11

209 8 1
                                    

"Jujur lah sayang ....
Aku tak mengapa ...
Biar semua ...
Jelas tak berbeda ...
Jika nanti aku yang harus pergi ...
Ku terima walau sakit hati ... Eheh! Sodap juga suara den nii. Hehehe..." Cikgu Fadhlul bernyanyi-nyanyi kecil sambil tangannya menghayun santai rotan ke depan dan ke belakang.

"Nampak muka dia happy semacam jee. Entah muka apa pulak dia buat kalau dia masuk kelas Qaeyscha."

"Esshh kau ni Qhal! Tak payah lah cakap macam tu. Doa kan je lah yang dia takkan masuk kelas Qaeyscha. Lagipun apa halnya dia nak jumpa Qaeyscha. Setahu aku Cikgu Fadhlul tu mengajar budak form 2 dengan form 3 je kot. Si Qaeyscha tu pulak dah naik form 4 dah pun. So, no worries laa bro."

"No worries kepala hotak hang! Dibuatnya ada hal yang dia nak bagi tahu atau nak bincang ke, haa... amacam?" Qhalif bertanya sambil menjongketkan keningnya.

Alaa... Be positive lah brother. Aku positive betul ni dia tak kan masuk kelas budak tu." Thaqif berkata sambil matanya tidak lepas daripada memandang aturan langkah cikgu disiplin yang digeruni di alam Sekolah Tinggi St. Schz Levi ini.

"But, I don't think so. He will turn right and walk slowly into 4 Ibnu Sina. Trust me!"

Mendengarkan kata-kata Mumtaz, keempat-empat mereka mula menumpukan fokus ke arah lenggangan Cikgu Fadhlul.

"One, two, three, four, five, six, andddd.... seven, GOTCHA!"

Serentak perkataan GOTCHA meluncur keluar daripada bibir Mumtaz kedengaran bunyi jeritan parau beserta bunyi sesuatu jatuh ke atas suatu benda keras sebelum jatuh ke atas lantai. Kemudian, turut kedengaran bunyi seperti orang jatuh disusuli dengan bunyi orang mengaduh kesakitan dalam nada amarah.

"Harimau dah masuk jerat dah."

Thaqif meraup muka.

Rafael berpeluk tubuh diiringi dengan muka beriak 'aku tak tahu dah nak buat apa'.

Qhalif menutup telinga bertujuan agar tidak mendengar apa yang sedang berlaku.

Mumtaz pula seperti biasa, beriak lebih tenang berbanding yang lain.

-----------------FLASHBACK-----------------

"Heyy Zaffran! Long time no see. Makin sihat nampak!"

"Ahahahaaa. Memang pun, orang rumah aku lah yang buat aku makin sihat ni."

Dua lelaki yang berumur hampir separuh abad itu bersalam sebelum berpelukan sesama sendiri.

"Alaa... Kau pun apa kurangnya Syamrein, dah makin berisi berbanding dulu."

"Hahahahahahaha... Alhamdulillah. Macam ni lah aku. Eh, aku dengar kau kat Perth sekarang?"

"Ha'ah. Aku baru balik lah ni. But, you know my wife, she forced me to come here. Nak teman konon even anak aku ada sekali."

"Ohh... Eh, anak kau yang mana satu erk? Dah lama aku tak tengok, mesti dah besar panjang kan?" Terjenguk-jenguk kepala Tan Sri Syamrein mencari anak Dato' Zaffran yang dimaksudkan.

"Of course lah! Lagi-lagi anak teruna aku yang sorang tu. Tinggi menggalah! Kalah tinggi akak dia yang dua orang tu." Dato' Syamrein membalas senang sambil menggamit seorang wanita dalam linkungan 40-an dengan di sisinya seorang remaja lelaki segak bertuksedo biru tua.

"Assalamualaikum uncle."

"Amboiii! Ni ke Mumtaz? Uish! Dah besar panjang dah. As your father claims, tinggi menggalah! Nak beat papa ke ni?" Tan Sri Syamrein menyambut huluran tangan anak muda di hadapannya dengan senyuman lebar.

"Ha'ah uncle, sayalah Mumtaz. Bukan nak beat tinggi papa uncle. Cuma papa ni dah memang rendah orangnya." Mumtaz berkata disusuli ketawa kecil.

"Gosh! Sesedap rasa je kan dia mengata papa dia kat orang." Datin Afinah membesarkan matanya. Tan Sri Syamrein dan Dato' Zaffran hanya tertawa kecil. Maklum akan sikap Mumtaz yang suka bergurau dan adakalanya gurauan itu terlajak daripada batasnya, namun tidaklah dia memaksudkannya pun.

"Alaaa... Bukan orang lain pun, uncle Syam je kot." Mumtaz membalas selamba.

Dato' Zaffran dan Datin Afinah kemudiannya berlalu untuk bersua dengan rakan-rakan mereka yang lain. Al-maklumlah, Dato' Zaffran kan bari balik dari Perth, Australia. Mumtaz hanya memilih untuk bersama Tan Sri Syamrein. Nak lepak katanya, rindu.

"Mumtaz, are you still studying?"

"Yahh, I am. Why uncle?"

"Nahh, I'm just asking. Study kat mana? SM St George, I guess?"

"SM St George? Hahahaaa... You got to be kidding me uncle! Takkan lah Mumtaz nak study kat sekolah papa?"

Walaupun tahu akan alasannya, namun Tan Sri Syamrei tetap memilih untuk bertanya, "Ahahahaha
.. But, why?"

"Uncle, could you imagine Mumtaz jadi budak nerd? Daaa... I'm not that type of boy" Mumtaz membalas sambil mengunyah cookies yang tersedia.

"Ohh, jadi Mumtaz ni kira budak nakal lah ehh?"

"Boleh lah dikatakan macam tu. Hehehee..."

Tan Sri Syamrein hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba, matanya ditutup dengan sepasang tangan. "I have an important thing to ask you. Who is the mosssssttt pretty girl in the earth? Ohh! No, no, no! In the universe! Heheheeee. Could you answer me?"

"Hahahahahaa... The exact answer is definitely and absolutely lah my young beautiful lady!" Tan Sri Syamrein menghambur ketawa senang.

'Bahagia sungguh uncle. Ni mesti tak lain tak bukan anak dia ni." Mumtaz berbisik di dalam hati sambil kepalanya memanjang sedikit untuk melihat wajah anak Tan Sri Syamrein.

Tan Sri Syamrein menarik lembut tangan gadis itu membawanya ke hadapan.

Sebaik sahaja melihat wajah gadis tersebut, senyuman mati, mata bagai ingin terjojol keluar, mulut tidak lagi terkatup.

"I... Isss... Is that you, Naomi Qaeyscha Aurora????"









The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now