7

175 10 0
                                    

Sebaik sahaja otak mentafsir impuls yang dihantar saraf, Thaqif terkejut besar. "Eh! Ni drama apa yang kau lakonkan ni?"

"Ha'ah! Kau cakap apa ni?" Bukan hanya Thaqif sahaja yang terkejut, Qhalif dan Rafael turut terkejut mendengar kenyataan Qaeyscha. Namun berlainan pula respon yang diberikan oleh Mumtaz. Dia hanya tersenyum sinis. Motif?

"Laa... Korang jangan buat-buat tak faham lah pulak guys! Bukan ke si Thaqif ni yang simbah air kat baju kawan aku ni?"

Cikgu Fadhlul mengambil botol air dari tangan Thaqif. " Oh! Jadi kamu simbah Qaeyscha dengan air dalam botol ni ya?"

Qaeyscha mengangguk-ngangguk sedih. Thaqif pula terkebil-kebil tidak memahami situasi sebenar yang berlaku. Dia masih tidak sedar yang Qaeyscha sedang memutar belitkan cerita sebenar.

"Oh ya! Saya baru teringatkan sesuatu cikgu! Mungkin si Thaqif ni simbah air kat Qaeyscha sebab nak balas dendam kut. Tak gitu Thaqif?"

"Balas dendam apa pulak ni budak?" Kata-kata Mysha menambahkan kekusutan yang sedia ada.

"Ya lah. Kan kelmarin even kau menang main basketball dengan Qaeyscha tapi dia pulak diraikan macam dia pulak yang menang. Confirm kau marah bagai nak rak kan? And the most important thing is... Sebab tu lah kau simbah Qaeyscha dengan air dan ajak kawan-kawan kau ni kutuk Qaeyscha kan?" Mysha memintal-mintal hujung rambutnya.

"Wait! Wait! Wait! Korang memang dah siap sedia skrip ke? Apa yang korang katakan ni eh? Sejak bila pulak aku simbah air kat baju Qaeyscha ni? And, aku takda lah mengharap sokongan sangat pun. Apa ni?"

"Ha'ah. Simpan dendam tu memang lah ada. Tapi, sampai nak simbah air kat baju kawan kau tu tak lah." Sesungguhnya Rafael keliru dengan kenyataan-kenyataan yang keluar satu persatu dari mulut gadis-gadis di hadapannya.

"Hek eleh! Aku..." Kata-kata Mysha terputus begitu sahaja apabila Cikgu Fadhlul tiba-tiba bersuara. "Sekejap!! Kamu mengiakan yang Thaqif ada menyimpan dendam terhadap Qaeyscha?"

Glup!! Ya Allah!! Macam mana boleh terlepas cakap ni?! Huh! Rafael hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Mak aii! Apa ke bangang si Rafael ni? Habis lah!! Tak lama lagi aku kena terima hukuman lah ni! Argghhh!!! Ni semua sebab mulut tempayan si Rafael ni lah!

Mati! Mati! Mati! Aku rasa ajal aku memang dah sampai dah. Huargh! Mama...! Tolong Qhalif ma... Si Rafael bengong dah tempah bala yang kitorang semua kena tanggung ma. Qhalif takut kena hukum dengan Cikgu Fadhlul ma! I hate it!!!

Rata-rata mereka bertiga berada dalam ketakutan. Ya lah... Gila tak takut? Nak kena hukum Cikgu Fadhlul tu!!! Rasanya hukuman Cikgu Fadhlul lebih berat jika nak dibandingkan dengan hukuman mati mandatori dekat mahkamah.

Berlainan pula halnya dengan Mumtaz yang hanya beriak tenang. Aku dah agak dah... confirm kita kalah Thaqif... Aku bukannya tak tahu perangai si Qaeyscha tu.

"Huh! Kenapa diam? Bisu ke? Atau sekarang tengah fikir hukuman apa yang akan menanti? Dah takda apa yang nak dijelaskan? Tadi bukan main lagi mulut kau mengutuk aku. Macam roket lajunya." Qaeyscha dengan selambanya menyindir Thaqif dan kawan-kawannya tanpa ada secebis rasa bersalah bertamu di dalam hati. Haa... Ni lah akibatnya kalau berani-berani cari fasal dengan aku. Heh! Ni Qaeyscha lah. Pantang mengaku kalah! Nak bukti? Hah! Thaqif and the gang lah buktinya. Hahaha... Qaeyscha ketawa jahat di dalam hati. Kenalah ketawa dalam hati je... Kalau aku ketawa lepas, musnahlah lakonan aku.

"Okey macam ni lah. Qaeyscha, Wafa dan Mysha masuk kelas dulu. Hal dorang berempat ni serahkan dekat cikgu je. Biar cikgu uruskan mereka." Cikgu Fadhlul dengan tegas memberikan arahan.

"Hmmm... Baiklah cikgu. Kami masuk kelas dulu ya Thaqif and the gang... Good luck! Assalamualaikum..."

Qaeyscha berlalu dengan hati yang puas. Wafa dan Mysha hanya mengikut dari belakang.

Revenge! Ya revenge! Aku janji Qaeyscha! Kau akan terima balasannya. Erghh!!!












The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now