1

726 21 1
                                    

"Assalamualaikum, selamat pagi dan salam transformasi saya ucapkan kepada barisan ketua bidang, guru-guru yang berdedikasi dan turut tidak dilupakan kepada anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Pada pagi yang diterangi dengan cahaya mentari diiringi awan gemawan berarak perlahan ditiup angin nan lembut sepoi-sepoi bahasa, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kita untuk berkumpul seperti selalu dalam keadaan yang aman tanpa sebarang ancaman. Baiklah, di sini saya ingin mengkhabarkan satu berita gembira yang pasti menyenangkan hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Mungkin sesetengah daripada kamu telah mengetahui tentang berita ini dan mungkin juga sesetengah lagi tu masih belum maklum. Oleh yang demikian, dengan penuh rasa menjunjung bangga, saya mengumumkan bahawasanya sekolah kita telah menjadi salah satu sekolah terbaik hasil pencapaian kumpulan anak pelajar yang mengambil peperiksaan khas tingkatan tiga pada tahun lalu. Alhamdulillah! Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kumpulan pelajar tingkatan tiga tahun lalu.", Puan Marilyn Abdullah Liew selaku pengetua Sekolah Tinggi St. Schz Levi berucap seperti yang selalu dilakukan oleh beliau setiap kali menjelang hari Isnin.

"Huaaaaarghh! Mengantuklah! Boring ahh pengetua ni. Asal hari Isnin, mesti ucapan panjang berjela. Asal ucapan berjela, mesti hari Isnin. Tau lah ada kelulusan tinggi tahap dewa. Tapi janganlah nak berucap panjang sangat macam Brooklyn Bridge tu haa... Macam lah ada orang nak dengar".

"Peerrggghh! Hiperbola dehh... Nak samakan dengan Brooklyn Bridge lah pulak. Kalau ya pun nak mengutuk tu, perlahan-lahanlah sikit suara kau tu. Haa, cuba kau tengok pengawas kat belakang tu, dah terjenguk-jenguk kepala dia cari siapa lah yang berani-berani mengutuk pengetua tercinta kita pagi-pagi buta ni."

"Alaa... Ni Naomi Qaeyscha Aurora lah. Setakat pengawas macam tu, kecik punya hal lah Cik Wafa Farisha oii!"

"Huh! Berlagak sangat. Tutur bicara menjunjung angkuh! Aku tahu lah pengaruh kau luas kat sini. Al-maklumlah, anak Tan Sri lah katakan. Takda siapa lah berani usik."

"Well, aku kan..."

"Heh! Sudah lah tu. Jangan buat bising lagi lah.", seorang gadis kecil molek menyampuk bagi menghentikan perbicaraan gadis yang dipanggil Qaeyscha sekali gus menghentikan pertengkaran kecil kedua-dua rakannya.

"Baiklah. Semua pelajar boleh masuk ke kelas masing-masing".

Mendengar sahaja arahan daripada pengawas tinggi lampai itu, Qaeyscha mengeluh kelegaan, kepenatan juga kelelahan menahan kepala lutut yang bergetar menahan kelenguhan.

"Eh! Tu bukan Mr. Prefect kau ke?" Wafa menepuk perlahan bahu Qaeyscha.

"Eh, ha'ah lah! Ich liebe dich my Mr. Prefect!", Qaeyscha melihat ke arah pentas dengan rasa teruja.

"Ceh! Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau katakan. Walaupun dalam bahasa Jerman, aku faham lah apa yang kau ucapkan", Wafa tersenyum sinis.

"Haa... Kalau kau tahu sangat, meh bisik kat aku maksud ayat yang aku ucap tadi tu." Qaeyscha mendekatkan telinganya pada mulut Wafa.

"Kau kata, 'I love you encik pengawas' kan?"

"Oh my Wafa! Macam mana kau tahu maksud ayat tu?"

"You know, we've been friends for many years, Qaeyscha. I know everything about you. Haa... Kau dah lupa ke kau ada inform kat kitorang yang kau suka kat Mr. Prefect kau tu. In addition, kau akan tuturkan ayat tu bila kau nampak dia je. So, Mysha and I concluded maksud ayat tu ialah 'i love you'.

'Ha'ah! Betul apa yang Wafa cakap tu. Lagipun Qaeyscha setiap kali engkau menuturkan ayat tersebut, pasti akan ada bunga-bunga cinta jatuh berguguran terus menimpa lembut pada ubun-ubun kepala mu wahai kawanku. Wajah mu pula bersinar bak bintang malam bergemerlapan nun tinggi di angkasa sana!", Mysha menambah dengan cara berpuitis hanya untuk menghangatkan suasana. Namun...

Dush! Dush! "Adoiii! Sakitlah!". Wafa dan Mysha menjerit setentak.

Tanpa mengendahkan mereka berdua, Qaeyscha terus mengatur langkah menuju ke arah kelas.

Seketika duduk membisu menunggu kelibat guru, fikiran Qaeyscha mula menerjah ke alam yang dibina sendiri. Muhammad Safiy Lutfi. Ya! Itu lah nama sebenar lelaki yang digelar 'Mr. Prefect' a.k.a Encik Pengawas. Raut wajah encik pengawas terbayang di tirai minda. Mata bundar berwarna kelabu pasti mencairkan mana-mana hati gadis yang melihatnya. Hidung mancung terletak ditambah seulas bibir yang merah membuatkan sekilas pandang menjadi 'berkilas-kilas' kali pandang. Pabila senyum terukir, lesung pipit yang comel pasti akan mengiringi menambah kecomelan serta ke-handasome-man sedia ada.

Qaeyscha tersenyum sendiri. 'Oh my! Aku ada peperiksaan besar laa tahun ni. Okay Qaeyscha! Don't think about him too much. Although, you're still young and unofficially fifteen Qaeyscha. And in this age, I think you should not think about all this crappy things.' Qaeyscha mengangguk sendiri mengiakan kata-kata hatinya, kemudian menyambung, 'Yeah! Bear it in your mind for your own sake Qaeyscha! Yeah! I will!'

"Bangun semua!"

Arahan yang membuatkan segala-gala yang difikirkan Qaeyscha bertebaran begitu sahaja sekali gus seperti mengarahkan Qaeyscha untuk fokus kerana kelas akan bermula.







The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now