3

246 13 0
                                    

Beberapa minit kemudian...

"A.... Auuu... Adoi! Adoi! Angkat aku! Angkat aku cepat!"

Rafael dan Mumtaz segera menolong Thaqif berdiri.

"Ahahahahahaha.... Haa... Tadi cakap bukan main lancar lagi, macam air! 'Cheerleaders je pun. Tak perlukan strategi, tak perlukan taktik serangan." Lancar sungguh Qaeyscha berkata-kata seperti tiada yang akan terasa.

"Kau cakap baik-baik sikit ehh! Kau fikir senang ke nak buat benda alah ni?", Thaqif berusaha menahan amarah yang pasti akan meletus pada bila-bila masa sahaja. Tak gentle lah kalau tengking perempuan kan.

"Alhamdulillah! Dah sedar pun. Lain kali jangan anggap jadi kumpulan sorak ni senang. Perkara asas  pun kau tak boleh nak buat kan? Belum aku suruh kau buat benda yang lebih lagi ni. So, the main point is, jangan cakap ikut sesedap rasa aje."

Tanpa mempedulikan kata-kata Qaeyscha, Thaqif melaungkan aragan kepada sahabatnta, " Mumtaz! Bak sini bola tu. Tak sabar pulak aku nak main dengan budak ni."

Mumtaz berlari-lari anak menuju ke arah Thaqif sambil mendukung sebiji bola di tangan.

Qaeyscha mula memanaskan badan. Thaqif tertawa sinis.

'Huh! Stretching konon. Sekali tengok waktu main nanti, bola tak dapat sentuh langsung. Hahahahaha...' Thaqif ketawa jahat di dalam hati.

'Ni tak lain tak bukan mesti mengutuk aku ni! Kau tengoklah nanti, hei, ni Naomi Qaeyscha Aurora lah! Takda apa yang aku tak boleh buat lah wehh...'

Qaeyscha sekadar menjeling tajam. Sekali pandang sahaja, Qaeyscha maklum dengan apa yang bermain di dalam fikiran Thaqif berdasarkan senyuman yang tersungging di bibir lelaki itu.

35 minit kemudian....

"17-15!" Mumtaz melaungkan mata yang berjaya dipungut oleh Thaqif dan Qaeyscha.

"Fuyoooo!! Hebat jugak budak perempuan tu main erk!"

"Ehh Rafael! Kau tak tahu apa-apa ke pasal budak perempuan tu?" Qhalif bertanya sambil menaikkan kening kirinya kehairanan.

"Tahu apa-apa? Eh, aku tak tahu apa-apa pun.", Rafael membalas sambil menjongketkan kedua-dua bahunya.

"FYI, budak tu lah anak Tan Sri Syamrein. Nama budak tu Naomi Qaeyscha Aurora. Dia tu popular tau. Laaa... Takkan kau tak pernah pasal dia kut?"

"Nama tu aku pernah dengar lah jugak. You know, budak laki kelas aku selalu cerita pasal dia. Cantiklah, kayalah. Tapi tak pernah pulak aku tengok muka dia sebelum ni. Ni kira first time lah. Hmmm... Not bad...".

'Amboi Rafael! Not bad kau kata? Engkau je pun tengok budak macam tak cukup mata, nerlagak kata not bad je. Haih encik hati, janganlah kau terjatuh cinta pulak dekat budak tu.'

Rafael meraup lembut mukanya sambil tertawa kecil mendengar suara hatinya.

Preeeeeeetttt.... Preeeeeeetttt.... Preeeeeeetttt....

Bunyi wisel yang nyaring menandakan tamatnya perlawanan antara Thaqif dan Qaeyscha.

"Pemenang bagi perlawanan pada petang ini dirangkul oleh Darrien Thaqif Aqeelllllllll!!!!!"

"Good job bro!"

"Hebat lah wehh kau main tadi."

"Congratulations abang Thaqif. Walaupun muka abamg kencang waktu main tadi, tapi abang tetap handsome."

Pelbagai ucapan tahniah  meniti di bibir para penyokong. Namun wajah Thaqif menjelaskan seperti ada sesuatu yang membuatkannya tidak puas hati.

Hal ini demikian kerana....

"Yeaayyyyy!! Takpa Qaeyscha, even kau kalah dalam game ni, kitorang tetap sokong kau wehhh.....  Wuuuuuu!!!". Kedengaran sorakan kegembiraan yang datangnya dari pasukan yang menyokong Qaeyscha. Para penyokongnya pula bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli cheerleaders sahaja tapi juga separuh daripada mereka merupakan rakan-rakan Thaqif dan turut tidak terkecuali Rafael yang sejak tadi telah berpaling tadah dengan menyokong Qaeyscha pula.

Muka Thaqif yang sedia merah akibat keletihan bertambah merah melihat gelagat rakannya yang turut tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat kepada Qaeyscha. Dah macam udang kena bakar gamaknya. Nafasnya turun naik menahan geram.

'Kurang asam punya kawan. Boleh pulak dia sokong lawan  aku?! Memang nak kena ni!'

Thaqif membuang kasar tuala kecil yang ada pada tangannya.

"Hoi! Yang engkau beria-ria sokong budak tu apa kes?! Sekarang ni kawan kau aku ke atau dia?!"

Terhenti langkah Rafael sebaik sahaja mendengar jerkahan rakan baiknya.

"Wou... Wou... Wou... Relax lah bro. Memang lah kau kawan aku. Tapi besar nanti aku kahwi  dengan perempuan jugak kan? Bukan dengan kau kan? So, mulai sekarang lah aku nak didik diri aku untuk lebih mengenali perenpuan. Tu lah pasal aku sokong dia untuk lebih dekat dengan dia."

"Eh! Yang kau cakap pasal kahwin ni apasal? Didik diri untuk lebih mengenal perempuan konon. Kau dah cukup kenal Allah ke sampai sibuk-sibuk nak kenal orang perempuan ni? Ingat RAfael! Allah tu yang utama. Pasal perempuan tu kau jangan pura-pura risau lah sampai nak belajar itu dan ini. Satu sekolah dah maklum kau tu P.L.A.Y.B.O.Y bersiri lah... Apa yang perempuan nak? Apa yang perempuan suka? Kau tahu kan pasal semua tu? Alaa.... Pendek kata, kau ni dah expert sangat berkenaan perempuan ni. Tak gitu Encik Rafael Fizwan?"

'Alamak panjang pulak leteran mamat ni. Masak aku kena brainwash.' Rafael tersengih, "Aku gurau je lah Qif. Kau jangan lah tension sangat. Istighfar Qif! Istighfar! Ingat Allah! Hehehehe..."

"Hah! Pandai pulak kau ingatkan aku tentang Allah. Tadi bukan main berteriak lagi kau sokong si Qaeyscha tu haa.... Serupa orang tak ingat dunia dah aku tengok."

"Alolooo... Abang Thaqif jealous ke sebab Abang Rafael sokong Adik Qaeyscha je? Mehh, abang peluk sikit." Rafael berpura-pura ingin memeluk Thaqif yang sudah memuncung dengan mendepakan tangannya.

Thaqif tidak berkata apa. Hanya menolak kasar dan menjeling Rafael tajam yang sudah mengekek ketawa.











The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now