5

203 13 0
                                    

"Oh my! Betul ke ni Qaeyscha?!"

"Laa... Betullah. Ni hah! Dua biji mata aku ni yang nampak sendiri kat dalam official group twitter  dorang tu. Konsert sempena musim panas ni kat Hampton."

Qaeyscha melabuhkan punggung di tempat duduknya dikuti dengan Wafa dan Mysha yang masing-masing duduk di hadapan Qaeyscha.

"Ye ke Scha? Ya Allah! Aku nak sangat pergj konsert Fifth Harmony tu tau!"

"Hmm...! Aku pun sama".

Mata Wafa dan Mysha bersinar-sinar tatkala mendengar perkhabaran yang dibawa Qaeyscha tentang Fifth Harmony, iaitu kumpulan kesayangan mereka yang akan membuat persembahan secara live dan masa untuk beramah mesra bersama peminat.

'Nak pergi? Uish! Gila tak nak?  Tapi masalahnya, konsert tu bukan kat Dataran Merdeka ke, Istana Budaya ke tapi nun jauh kat negeri omputih tu haa... New York City! Mungkin perbelanjaan kat sana mungkin parents aku dengan Mysha boleh tanggung sendiri, tapi tiket? Macam abi aku nak beli. Umi lagi lah tak nak. Si Qaeyscha tu je lah yang dapat pergi...'

"Korang ni sungguh-sungguh ke nak pergi?"

Wafa dan Mysha mengangguk laju.

"Erm... Kalau macam tu, nanti aku cuba pujuk daddy supaya dapat bawak koeang sekali . Lagipun, kalau aku tak bawa korang, alamatnya sorang diri je alh aku jalan tempat orang. Daddy pulak dengan urusan kerja dia?", Qaeyscha berkata tenang.

"Oh my lovely Qaeyscha! I love you so much! Muah! Muah! Muah!" Wafa memeluk Qaeyscha sebelum melompat kegirangan.

Mysha memeluk Qaeyscha erat seraya berkata, "I also love you babe. Moga Allah permurahkan rezeki kau dan permudahkan segala urusan baik di dunia mahupun akhirat. Qaeyscha!!! Kau lah kawan aku dunia dan in sya Allah di akhirat!"

"Oi! Oi! Lepaslah! Tak bernafas aku ni Mysha oii!", Qaeyscha terkapai-kapai kelemasan dalam pelukan Mysha yang begitu erat hingga menyukarkannya untuk bernafas.

Selajur Qaeyscha dilepaskan,"Amboi! Dengar je aku nak bawa korang ke NYC, terus jadi sahabat dunia akhirat lah? Siap dengan peluk cium lagi ni. Ikhlas ke tak ni?"

"Wehh... Kita berkawan dah almost 5 years tau. Even dulu aku dengan Mysha bukan schoolmate kau, tapi pernah tak kitorang berdua ni khiati kau? Tak pernah kan? Kau ragu dengan persahabatan kita ke Qaeyscha?", Wafa berkata dalam nada yang serius. Mysha pula hanya tetangguk-angguk. Jelas sekali mukanya beriak sedih.

"Laa... Aku main-main je pun. Yang korang tetiba nak sentap ni apasal?"

Qaeyscha melemparkan seukir senyuman. Rasa kegembiraan dan kesyukuran mendongkol nun jauh di dasar hati pabila menyedari satu pemberian-Nya yang patut dihargai. Pemberian yang maha bernilai iaitu kewujudan dua insan yang senantiasa berdiri teguh di sampingnya dalam apa jua keadaan. 

"Wait! Wait! Wait!" Wafa dan Qaeyscha tercengang kehairanan melihat gelagat Mysha yang seperti kucing menghidu-hidu tercari-carikan makanan.

"Uwekk!!! Ha'ah lah! Kau kentut eh Wafa?!" Qaeyscha membuat aksi rasa ingin termuntah sambil mengepit hidungnya di antara jari telunjuk dan jari hantunya.

"Eh! Kau jangan nak main hentam kromo je tuduh orang ya! Aku tak kentutlah. Ish! Agak-agak lah jugak." Wafa yang sedikit panas baran itu mula panas hati dengan tuduhan Qaeyscha.

"Entah-entah si Mysha ni kut yang kentut. Lepas tu pura-pura tanya orang. Tak gitu Mysha?" Tak cukup Wafa, Mysha pula menjadi mangsa tuduhannya.

"Mana ada! Kau ni kan Qaeyscha, suka betul tunding jari kat orang. Haa... Aku ada dengar ceramah Ustaz Al-Azman Adam semalam, dia kata orang yang suka menuduh orang ni orang yang tak baik tau.

Qaeyscha tidak mempedulikan kata-kata Mysha serta wajahnya yang sudah mencuka. Tiba-tiba dia terasa seperti bahagian pahanya basah. Aiik?! Nak kata aku terkencing, tak juga. Qaeyscha segera menunduk untuk melihat punca kelembapan pada bahagia pahanya.

"Euww!! Apa lendir kat tangan kau tu Qaeyscha?"

"Meh aku hidu." Wafa menarik tangan Qaeyscha lalu didekatkan di hidung mancungnya.

"Bwekk! Ni telur tembelang ni!" Giliran Qaeyscha pula menghidu tangannya sendiri. Selajur menghidu cecair di tangannya, dia segera berlari keluar dari kelas untuk mencari tandas. Matanya berair menahan muntah yang ingin membuak keluar.

Mysha dan Wafa yang baru sampai ke tandas perempuan itu mula mengatur nafas tenang setelah menjadi calon-calon pelari pecut 100 meter sebentar tadi hanya untuk mendapatkan Qaeyscha yang berlari seperti lipas kudung ke tandas. Dengan termengah-mengah, Mysha bertanya, "Are you okay dear?"

Qaeyscha hanya mampu menaikkan ibu jari tangannya sambil Wafa mengelap muka rakannya yang dibasahi air. Eh! Eh! Si Qaeyscha ni, orang lain muntah, mulut je basah. Yang dia ni pula muntah setiap inci muka basah. Whatever lah...

Macam mana pulak telur boleh ada kat bawah meja aku erk? Dah tu, telur busuk pulak tu! Setahu aku lah aku memang tak makan telur. Kalau di sekolah pun, aku makan salad yang Mak Limah bekalkan dari rumah. Ini mesti kerja budak sekolah ni jugak. Hish! Confirm lah budak sekolah yang punya kerja. Takkan lah kucing kelabu terbiar yang selalu berkeliaran di sekitar sekolah ni punya kerja pulak. Uish... Tak logik... Tak logik... Tapi masalahnya sekarang, siapa?










The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now