15

117 3 1
                                    


"Oiit, Qaescha! Apa yang kau dok menungkan tu? Siap dengan senyum bagai... Tengah fikirkan arjuna idaman ehh?"

"Mak aii perempuan ni! Kalau ya pun, dah rindu sangat nak jumpa aku, sekurang-kurangnya bagi lah salam, tak pun ucap lah salam sejahtera ke, selamat pagi ke... Ni tak, tau nak sergah orang je. Aku petik kata-kata orang marah sebab terkejut, : nasib baik tau aku ni takdak penyakit lemah jantung, kalau tidak dah innalillahi wa inaalillahi roji'un lah aku jawabnya."

"Alah minah ni, marah pulak dia.... Aku pukul sikit je kot, dah nak melenting."

Seusai berkata-kata, hinggap satu tamparan yang lebih kurang sama bunyinya dengan tamparan pada bahu Qaeyscha, namun kali ini tamparan ini hinggap terus pada bahu Wafa.

"Arggghhhh! Sakit lah bangang! Haaa... Kau! Makan bangang dari aku satu." Wafa menggosok kasar bahunya, mulutnya pula terkumat-kamit membaca mantera supah seranah.

Qaeyscha terkekek ketawa, "Ahahahahahaaa... Baru engkau tahu rasa tamparan kau tadi kat bahu tulang ... aku ni kan."

"Laaa... Korang! Apa kecoh-kecoh ni?" Mysha datang bersama tiga ais krim Kit Kat Green Tea yang kemudiannya disuakan kepada Qaeyscha dan Wafa.

Qaeyscha menyambut huluran Mysha dengan senyuman, "Takde lah. Tadi kitorang ada sesi tampo menampo. Nak rasa?"

Mysha menggeleng laju.

Kebisuan mula melanda apabila masing-masing menikmati rezeki di genggaman tangan sehingga lah Wafa mula memecahkan suasana dengan....

Panggggggg!!!

"Hoiii mak kau terbalik!!!!" serentak dengan itu, ais krim Kit Kat Green Tea pengarang jantung, penghilang segala duka dan nestapa, idaman seantero dunia, kegemaran Mysha terbang melayang terus selamat mendarat pada tudung sekolah putih bersih lagi suci hak milik Qaeyscha yang duduk hanya sejengkal jauh daripadanya.

"Ais kerimm akuuuuu..... Heeeee....." *sob *sob *sob.

Qaeyscha memandang Wafa dengan muka 'kau-ni-memangkan?!'

"Aku tak tahu lah genetik mana kau dapat ni. Nak kata dari datuk kau, tapi tahun lalu kau nangis sebab datuk kau meninggal dunia disebabkan penyakit lemah jantung. Nak kata daripada parents kau, hehhh! Memang taklah kalau dah dua-dua doctor pakar yang sihat wal'afiat. Asal kau suka kejutkan orang erk?" Qaeyscha bertanya, bernada bosan.

Ais kirim kon milik Mysha diperhatikan dengan penuh teliti dan terperinci seperti agen CIA meneliti bukti-bukti yang dijumpai untuk menyelesaikan misi. Kon ais krim yang pada mulanya berada gah di atas kepala Qaeyscha mulai turun dengan bantuan ais krim Kit Kat Green Tea yang berwarna hijau itu. Ditambah lagi dengan ketiadaan geseran, menambahkan lagi kelajuan kon ais krim itu untuk turun. Wahahahaa! Dah masuk konsep fizik dah nampaknya!

Pada saat ais krim itu jatuh tepat pada lengan baju Qaeyscha, serentak dengan itu, meletus ketawa, gempita suasana, ketawa MUAHAHAHAA yang keluar daripada mulut Wafa memenuhi ruang angkasa, membuatkan beberapa biji kepala tertoleh-toleh ke arah gazebo tempat mereka bertiga duduk.

"Dalam kiraan satu sampai tiga... Kalau kau tak tutup mulut kau yang dah macam badak air menguap tu, maknanya kau memang nak makan penampo aku tapi kali ni kat muka pulak." Qaeyscha mengugut keras membuatkan Wafa terdiam tanpa sempat Qaeyscha menyebut 'satu'.

Bahunya terhinjut-hinjut menahan tawa sebelum berkata, "Sorry berhabisss sorry wehhh... Aku tak tahan ahhh tengok kronologi ais krim tu dari mula dia hinggap kat kepala kau hinggalah dia jatuh ke tangan kau."

"Jadi suka? Kau nak rasa ke?" Qaeyscha bertanya dengan muka dingin yang sengaja dibuat-buat. Bestfriend tu beb! Takkan perkara kecik macam ni pun nak marah?!

"Hehehee... Taa nak, taa nak... Okay Mysha lepas ni aku ganti ais krim kau ehh? Kau minta je berapa, aku bayarkan." Wafa buat muka serius.

Mysha yang pada mulanya memamlingkan muka disertakan dengan wajah masam mencuka mula memandang Wafa dengan senyuman penuh pengharapan, "Betul ni Wafa? Kalau aku nak lima kau bagi jugak kan? Kan kau kata berapa aje aku nak... Kan, kan, kan...?"

Wafa hanya mengangguk. Dah aku janji 'minta je berapa, aku bayarkan', so kenalah tunaikan. Mungkir janji tu bukan jenis aku, tapi jenis syaitan laknatullah tu haa... pandangan berkalih pula pada muka Qaeyscha yang menyambung menikmati ais krim di tangannya. Dengan sedikit kegagapan, Wafa berkata, "Erm... Qaeyscha... Sorry tau aku kejutkan kau, plus ketawa-besar kan kau."

"Bukan aku aje terkejut, nii haa si Mysha ni lagi parah terkejut dia." Qaeyscha menjawab selamba.

Mysha hanya mengelengkan kepala tanda tidak mengapa atas perbuatan Wafa.

"So... Apesal kau tampar meja tadi?"

"Ehehehee... Takde lah, aku tampar meja tu sebab aku excited sangat nak bagitau kau yang aku nampak Encik Pengawas kau lalu tadi. Unfortunately, ais krim si Mysha terbang and fokus aku nak khabarkan kau pasal benda tu terus hilang berdesup"

"Alaa... Pasal tu ke? Heysh! Bukan rezeki lah nampaknya. Btw, takyah ahh panggil dia Encik Pengawas lagi?"

"Pehal pulak ni?" Wafa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hmmm... Gelaran tu cliché sangat lahh... Novel-novel aku yang tersusun cantik lagi kemas di rak buku kat bilik aku tu majority guna gelaran tu tau. So, aku nak gelar dia guna gelaran lain lah." Qaeyscha mula berfikir. "Oleh kerana aku minat sangat kat Captain America, so aku panggil dia dengan nama tu lahh..." Dua saat kemudian, "Ehh, tak, tak ,tak! Ni kan Malaysia, so nak panggil dia Captain Malaysia lah."

Wafa tunjuk muka bosan. Kalau si Qaeyscha ni dah berangan, tiada siapa pun boleh masuk dalam angan-angan dia tu as she wants her imagination juga yang thorrbaiiiik!

Seketika Qaeyscha terdiam "Hmmm... Buruk pulak... Haaaaaa!! Aku nak panggil dia My Imam lahh." Qaeyscha kemudiannya tersipu malu.

Wafa membuat reaksi hendak muntah manakala Mysha terus diam membisu.

"Jomlah balik. Kan pukul tiga ni nak lepak rumah aku. Haaa... Kau Qaeyscha jangan pulak tidur, kang terlepas pulak nak ke rumah aku."

"Hmmm... Hidup lagi kau Mysha? Dari tadi diam membisu... Ni mesti tengah layan si Farith poyo kau tu kan?" Qaeyscha bertanya penuh sindiran sambil meletakkan beg tepi Puma pada bahunya

Mysha hanya tersenyum.

Wafa yang memandang Mysha pura-pura membuang pandang membuatkan Mysha memukul manja lengan Wafa. Ketawa memecah suasana. Qaeyscha hanya tersenyum manis melihat gelagat kedua-dua rakannya.

�Q��1xr

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now