4

217 14 0
                                    

Kelihatan empat orang remaja lelaki sedang duduk berehat-rehat di kantin sekolah yang tampak lenggang.Maklumlah, jarum jam sudah menunjuk ke arah angka 5.00.

"Erm... Thaqif kalau aku tanya kau marah tak?" Qhalif tiba-tiba bersuara dengan teragak-agak.

"Eh, eh! Engkau ni. Macam mana aku nak marah kalau aku belum dengar soalan kau. Yang kau tetiba tanya camni kenapa?"

Rafael yang sedang meneguk air terbatuk kecil.

"Ha'ah lah engkau ni. Ada ke tanya soalan macam tu. Apa sebenarnya yang kau nak tanyakan ni? Bunyi macam serius aje."

"Takda lah. Aku curious tahap gaban sebenarnya. Macam mana lah pulak Thaqif yang menang tapi budak Qaeyscha tu pulak dapat sokongan lebih."

"Ohhh... Kau dah tersalah orang nak tanya ni?" , Thaqif membalas.

"Aiik?! Apasal salah pulak?", Qhalif bertanya hairan

"Sepatutnya soalan ni kau tujukan kat si Rafael tu haa...", bibirnya memuncung ke arah Rafael. " Al-maklumlah, abang Rafael kita ni kan salah seorang daripada penyokong dia".

"Ahahahahahaha... Kau masih marah kat aku ke Thaqif?". Rafael ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Sebenarnya aku tak kenal pun budak tu. Serasa aku lah, dia tu new student kat sekolah kita ni."

Tiba-tiba Mumtaz yang sejak tadi diam bersuara, " Laa... Korang tak tahu ke siapa Qaeyscha tu?"

"Siapa?!" Thaqif, Qhalif dan Rafael bertanya serentak.

"Amboi! Gelojohnya." ,Mumtaz tersenyum lalu berdehem sebelum memulakan kata. "Macam yang korang semua tahu, Qaeyscha tu anak Tan Sri Syamrein. Betullah kata Rafael tadi tu, dia tu new student kat sini. Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa dalam masa yang singkat je dia dah popular. Kan, kan?"

Ketiga-tiga pendengar yang setia itu mengamggukkan kepala laksana burung belatuk.

"Haa... Korang takda perasan apa-apa tak bila aku sebut dia anak Tan Sri Syamrein?"

Kini ketiga-tiga pendengar setia itu menggelengkan kepala masing-masing.

"Eh! Jap! Kalau dia anak Tan Sri Syamrein, maksudnya dia adik abang Noah lah kan?"

"Bingo! Korang sedia maklum jugak kan tahap popular abang Noah tu? Lagi-lagi dalam kalangan perempuan. Fuhh... Aku yang laki ni pun tak dapat nak nafikan ketampanan wajah dia tu. So, memang tak hairan lah kan kalau adik dia pun popular. Tengok muka lah wehh..." Mumtaz meneguk sedikit air di dalam botol. "Huu...Penatlah pulak jadi narrator tak berbayar ni".

Alaa... Janganlah macam ni Mumtaz. Ceritalah lagi." Rafael yang terkenal dengan sikapnya yang mengada-ngada itu mula menarik-narik lengan Mumtaz.

"Ha'ah Mumtaz. Ceritalah lagi", kini giliran Qhalif pula memujuk sambil membuat muka comel.

Thaqif hanya tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya.

"Ya lah, ya lah. Aku sambung ni. Tapi boleh tak jangn buat muka mengada-ngada tu? And one more thing, lepas kan tangan aku! Eee... Gelilah!" Mumtaz berusaha melepaskan tangannya daripada tetus berada dalam genggaman Rafael yang mula mengacah untuk menciumnya.

"Hoi!!! Korang nak dengar ke atau tak cerita Mumtaz ni?"

Thaqif segera meleraikan tangan Mumtaz sambil menolak muka Rafael yang hanya beberapa inci sahaja dari muka Mumtaz.

'Nak cium Mumtaz konon. Mummy dia nak cium dia pun dia dah merungut, kata tak macho. Ni nak cium si Mumtaz yang satu jantina pulak? Huh! Action je lebih...'

"Hehehe... Kau hutang dengan aku Taz..." Rafael kemudiannya membuat muka menggoda.

Mumtaz pula hanya buat tak tahu sahaja. 'Si Rafael ni kalau dilayan, haa... menjadi-jadilah perangai tak senonoh dia tu'.

"Okay, aku sambung. Mak kandung Qaeyscha tu dah lama meninggal. Sejak dia dilahirkan lagi. Lepas tu daddy dia putuskan nak kahwin lagi satu waktu umur dia 4 tahun camtu lah. Aku pun tak seberapa nak pasti. Mak tiri dia pulak orang Jerman tapi dapat kerakyatan sebab bapak mak tiri si Qaeyscha tu orang Melayu. Hmmm... Apa lagi ehh? Oh ya! Mak tiri dia tu ada anak satu. Laki atau perempuan aku tak tahu lah pulak. Haa? Ada apa-apa lagi yang korang nak tahu?"

Ketiga-tiga mereka menggeleng.

"Fuhh... Macam mana kau tahu kisah hidup budak Qaeyscha ni?" , Qhalif bertanya penuh teruja.

"Laa... Mak aku dengan mak tiri Qaeyscha tu kawan rapat. Tu yang aku tahu serba-sedikit tentang dia."

Mulut Qhalif dan Rafael membetuk huruf 'O'. Lain pula halnya dengan Thaqif yang tiba-tiba sahaja membisu.

"Hoi! Jauh termenung nampak. Dah sampai U.S ke Pak Thaqif oii?!!"

Terburai tawa Qhalif, Rafael dan Mumtaz.

"Tak baru nak sampai kat KLIA." , Thaqif membalas, mengikut rentak mereka sebelum menyambung, "By the way, boleh tolong aku buat satu projek ni tak?"

"Projek?" , hampir serentak perkataan itu meluncur dari mulut mereka bertiga.

"Ha'ah. Ini baik punya projek!", Thaqif tersenyum jahat sambil matanya melilau ke arah sekeliling sebelum memaklumkan 'projek' yang bakal dijalankannya melalui bantuan rakan-rakannya.










The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now