6

192 11 0
                                    

"Dah lah, jom kita masuk class dulu. Lagi lima minit nak habis waktu rehat ni." Mysha berkata sambil matanya merenung jam yang melingkar di pergelangan tangannya.

"Ish bau apa ni? Wehh! Korang ada bau semacam tak?"

Qaeyscha, Wafa dan Mysha serentak berpaling ke arah suara yang menjerit secara tiba-tiba itu. Kelihatan Thaqif, Rafael, Qhalif dan Mumtaz sedang berjalan tidak jauh dari mereka.

"Ha'ah lah. Pergh!! Siapa pulak kentut tengah jalan ni? Kau eh Thaqif?"

"Oiit! Apa pasal aku pulak yang kena ni? Tu haa... Perempuan yang baru keluar dari tandas tu. Mesti bau ni datang dari dorang. Tengoklah baju perempuan muka tak siap tu... Basah. Ish! Tak senonoh langsung." Thaqif membuat muka jijik.

Apa dia kata tadi? Cuba ulang sekali lagi. Tak senonoh? Dan yang paling menyakitkan telinga dan mengguriskan jiwa raga aku ni, dia kata aku muka tak siap?!!! Ya Allah! Berikanlah tahap kesabaran yang tinggi kepada hamba-Mu ini!

"Woii!! Kau fikir muka kau tu siap sangatlah? Eiii...! Tak sedar diri, muka macam tenuk, memandai je kata orang muka tak siap... " Qaeyscha mengetap giginya geram namun dalam masa yang sama dia tertawa di dalam hati saat terlihat telinga musuh ketatnya memerah. Marah lettew. Hahaha...

"Muka aku macam tenuk kau kata? Amboi! Sesedap rasa je kau mengata aku kan?! Kau fikir baik ke kata orang yang handsome macam aku ni muka macam tenuk? Ish, ish, ish!"

"Eleh! Yang engkau kata muka aku tak siap boleh pulak kan?" Qaeyscha berkata sambil membesarkan matanya.

"Alaa... Tu bukan mengata namanyaaa..." Thaqif sengaja meleretkan percakapannya sambil kakinya sengaja menguis-nguis tanah.

"Eee... Macam Mr. Sotong je dia ni aku tengok." Mysha berkata separuh berbisik. Qaeyscha hanya tertawa kecil.

"Heh girl! I heard you!"

"Ops!!!" Mysha cepat-cepat menutupmulutnya. Tak sangka pulak dia dengar apa yang aku kata.

"Haa... Kalau bukan mengata, apa pulak?"

"Betul lah! Tu bukan mengata namanya... Tapi tu fakta!" Kata-kata Thaqif disambut dengan tawa rakan-rakannya kecuali Mumtaz yang diam membisu sejak tadi.

"Hahaha... Fikir kan apa lah dia nak jawab tadi..."

Qaeyscha menjeling Wafa tajam. Huh! Ada kawan tapi tak boleh diharap. Kiranya boleh lah dia back up aku, ni tak... Aku pulak yang jadi bahan gelak dia. Cis!

Wafa automatik terdiam melihatkan jelingan tajam Qaeyscha.

"Kalau setakat muka handsome tapi mulut bau macam longkang depan sekolah kita tu takda guna jugak kan? Lebih baik muka macam beruk tapi mulut bau bunga mewangi."

"Amboi! Mulut kau ni! Boleh tahan pedas jugak ya!"

"Hah?! Sorry, sorry. Kau terasa ke? Aku kata je pun. Tak sangka pulak ada yang terasa." Qaeyscha pura-pura membuat muka bersalah.

"Haipp!! Ada je modal kau buat untuk kutuk aku kan? Hish! Nasib baik kau ni perempuan. Kalau tak..." Thaqif sengaja menghentikan kata-katanya. Tangannya pula sengaja digenggam kuat...Nak tunjuk marah sangatlah konon. Tapi lain pula jadinya...

"Huh! Macam lah kau tu tak kutuk aku. Kau yang mula dulu, aku hanya sambung je. By the way, teruskan je lah kata-kata engkau tu. Kalau tak, apa? Kalau tak kau nak pukul aku? Hek eleh tenuk seekor ni...! Macam lah aku takut sangat kat dia... Hah! Meh lah sini aku kasi kau free flying kick. Susah nak dapat ni."

Qaeyscha mula meninggikan suaranya sambil melompat-lompat lagak seorang master taekwando.

Mak aii! Perempuan ni tak takut langsung dengan aku? Hish, kalau si Tharrieq tu, aku acah nak tumbuk, dah nangis siap mengadu dengan umi aku lagi. Ni perempuan ni tak reti nak takut ke?

Belum sempat Thaqif ingin meningkah kata-kata Qaeyscha buat kesekian kalinya, Cikgu Fadhlul, cikgu disiplin sekolah mereka datang dengan terburu-buru bersama rotan panjang yang sememangnya selalu berada di tangan cikgu berwajah bengis itu.

"Hah! Kamu semua ni dah kenapa? Sekarang ni kan waktu pembelajaran, yang tak masuk kelas lagi ni apa hal?" Cikgu Fadhlul bersuara keras. Apa taknya? Dah 10 minit berlalu waktu rehat tapi bebudak ni masih lagi berkeliaran di persekitaran sekolah. Apa nak jadi lah dengan budak-budak ni.

"Eh! Cikgu Fadhlul! Ish... Takda apa lah cikgu... Kami cuma... Emm... Ka... Ka... Kami Cuma... Err..."

"Eh eh! Kamu ni Qhalif, sejak bila pulak dah jadi gagap ni?" Cikgu Fadhlul berkata sambil menghayun perlahan rotan buluh yang ada pada genggamannya.

"Sejak dia tengok cikgulah" Rafael menjawab selamba tapi perlahan.

"Apa dia? Saya tak dengar lah", mata Cikgu Fadhlul seperti hendak terkeluar menambahkan lagi ketakutan pada diri Qhalif yang sedia takut sejak tadi.

"Ish takda apa lah cikgu. Rafael salah cakap je tadi tu."

Cikgu Fadhlul mengangguk perlahan.

'Fuhh... Nasib baik cikgu percaya. Kalau tak, naya aku!'

Rafael pula tersenyum sinis. 'Huh! Teringat kenangan pahit lalu lah tu... Penakut! Phuuh!'

Mumtaz turut tertawa kecil melihat wajah ketakutan Qhalif. Masih segar pada kotak ingatannya sewaktu Qhalif yang dihukum sebat sebanyak 7 kali disebabkan menconteng dan menyembur cat pada setiap pintu tandas sekolah. Sebenarnya kerja tidak bermoral yang dilakukan hanya untuk keseronokan itu turut disertai oleh mereka bertiga namun Qhalif yang tidak sempat melarikan diri akibat tergelincir di hadapan pintu tandas telah ditangkap oleh pengawal sekolah. Qhalif pula mengaku hanya dia seorang sahaja yang melakukan kerja tersebut dan disebabkan pengakuan itulah juga mereka bertiga terselamat dari hukuman. Mereka juga rasa bersalah kerana empat orang punya kerja, satu orang sahaja yang tertangkap. Ceh! Dah macam peribahasa Melayu pulak aku dengar.

"Haa... Yang awak pula Qaeyscha, dah kenapa dengan baju awak tu?"

Meluncur sahaja pertanyaan tersebut, timbul satu idea jahat. "Hmm...Macam ni cikgu, tadi saya pergi tandas dengan kawan saya yang dua orang ni. Pastu keluar je dari tandas, si Thaqif ni simbah saya dengan air. Tu haa... Sampai setengah air dalam botol tu dia kerjakan."










The Falling Of Musuh Tradisi (incomplete)Where stories live. Discover now