Prolog

62 1 0
                                    

"Baru balik, adik?" soal abang Adam sambil tersenyum. Abang sulungku itu memang mudah mesra. Berbeza dengan abang kedua aku yang jarang bercakap dan hanya ikut kepala dia sendiri.

"Adik pergi Popular tadi," jelasku sambil menunjukkan plastik Popular di telapak tangan. Kemudian aku berlalu ke dapur, capai sekotak fresh oren dan teguk seteguk dua.

Selepas itu aku kembali ke ruang tamu. Duduk di sebelah abang Adam sambil membuka tudung bawal kuning cairku.

"Abang Adam ada nampak tak barang adik? Kalau tak salah posmen baru ja delivery tadi?"

"Abang letak dekat bilik adik. Pergilah tengok," kata abang Adam sambil kembali menonton drama akasia. Abang Adam memang hantu jiwang.

Selalunya kalau ada drama jiwang baru. Memang dia selalu follow sehingga ke episod terakhir. Berbeza dengan aku yang sangat gemarkan drama thriller.

Harapkan sahaja nama aku Cinta. Tapi aku cukup benci menonton dan membaca cerita cinta! Bila aku cuba menonton berulang kali. Tetap hasilnya sama. Selera aku mati.

Rasa nak hantukkan kepala! Rasa nak muntah!

Terlalu clichelah! Cringelah! Geli-gelemanglah!

Dari aku jadi haters genre cinta. Baik aku tak cuba terus. Selamat pengarah dan penulis cinta dengan komen jelek aku!

Usai kakiku menapak masuk ke dalam bilikku. Aku terus capai kotak dan sebilah gunting di atas meja belajar.

Tak sabar sebenarnya nak buka hadiah dari rakan baikku yang menetap di Switzerland. Buka sahaja salotape di kotak Amazonku.

Spontan tubuhku terpaku.

"Seriously, Felise?" Aku ternganga. Takjub dengan hadiah Felise yang langsung tak disangka-sangka itu. Dia hadiahkan aku sepasang kasut bertumit tinggi berjenama Saint Laurent.

Patutlah bukan main dia soal saiz kasut aku beberapa bulan dahulu! Dia belikan aku kasut mahal bertumit tinggi rupanya!

I hope it suits you, Pie.

Have a nice day cutie! ❤️

B. Felise

Sekelip mata kad di tanganku dicampak ke kotak sebelum aku capai telefon pintarku, buka aplikasi Instagram dan cari nama Felise di bahagian chatting.

Girl... you give me YSL high heels?

Are you damn serious?!😔

B. Felise

Yup! Did you like it, Pie?👉👈

Are you crazy?!

Of course I love it! But... it's too expensive, Felise. I can't take it...😅

B. Felise

It's just a gift babe. 😊

Please, just use it.🥺

Aku mengeluh. Senanglah dia cakap. Tapi bukan untuk aku. Sudahlah aku hadiahkan dia kapal terbang kertas ukiran kayu yang murah dulu. Dia pula hadiahkan aku YSL.

Rasa macam tak kena pula hadiah aku.

I can't...

B. Felise

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now