3

39 2 0
                                    

Terasa sekejap saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik. Sudah masuk lima bulan aku melanjutkan pelajaran di kota Switzerland. Dan siapa sangka dalam masa itu juga. Aku banyak berubah. Dari gadis yang tak pandai bersosial. Menjadi gadis yang berani bergaul.

Malah aku yang dulunya bertudung. Sudah berani menguraikan rambut di khalayak ramai. Kalau ibu bapaku tahu dan lihat penampilanku kini. Pasti teruk aku dikecam. Anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh. Sudah pandai menjadi duri dalam daging.

"Sakitnya hati saya!" rungut Haziq. Teman lelakiku usai kami berjaya keluar dari gerabak di stesyen Oerlikon Switzerland.

Haziq merupakan senior kosku. Dan boleh dikatakan sudah masuk tiga bulan kami menjalinkan hubungan. Apa yang aku boleh simpulkan. Aku selesa dengan hubungan kami. Haziq jenis yang memahami dan lawak orangnya. Cuma sekali-sekala barannya akan meletus. Jika aku tidak mengikut kemahuannya.

"Kenapa pula?"

"Awak tak sedar ke sayang? Lelaki Swiss depan kita tadi. Asyik betul pandang awak! Mentang-mentanglah teman wanita saya terlebih cantik! Berani pula dia nak tackle awak!"

"Perasaan awak aja kot Haziq. Mana ada dia pandang saya." kataku, cuba untuk berselindung. Bukannya aku tak tahu lelaki mat saleh tadi. Bukan main perhatikan aku. Tapi itulah, aku tidak mahu merosakkan mood kekasihku. Dia kalau cemburu. Memang cemberut habis mukanya!

Haziq melepaskan nafas. Kemudian bahu kiriku dipaut sebelum dia merengek. "Dia pandang awak sayang. Percayalah... Saya sebagai lelaki. Tahulah pandangan lelaki macam mana. Lagipun awak tu cantik. Mat Saleh mana yang tak terpikat dengan awak? Lagi-lagi bila awak lepas tudung awak. Sumpah sebiji macam awek Rusia."

"Tak adalah Haziq," ujarku sambil tarik senyum tawar. Tak selesa apabila Haziq mula berbicara tentang isu tudung di hadapanku.

Walaupun aku dah bebas dan selesa dengan diri aku yang sekarang. Namun dalam diam. Aku tetap berasa kurang selesa apabila isu itu menjadi topik perbualan kami. Rasa macam bagaikan disindir dalam diam.

"Hish betullah, awak nak tahu tak sayang? Kawan Mat Saleh saya bukan main puji awak bila tengok awak lepas tudung hari tu. Bukan main dia cakap yang awak ni cantik."

"Biasalah tu semua perempuan cantik." kataku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Fakta, kalau Mat Saleh memang kebanyakan manis mulutnya. Jenis mudah bergaul dan pandai bersosial.

"Awak nak minum apa?"

Buku menu dicapai sebelum aku menjeling Haziq sekilas.

"Coklat panas dan croissant. Tiba-tiba rasa mengidam nak makan macam Khairul Aming."

"Amboi macam perempuan mengandung pula nak mengidam."

"Biasalah sayang. Penat sikit buat assignment dalam kumpulan. Nasiblah kerja dah selesai," ujar Haziq dan belum sempat aku mahu memanggil pelayan. Telefon Haziq tiba-tiba sahaja berdering.

"Hello... Hah? What! Asal kau tak print lagi?! Kau cakap semua dah siapkan?!"

Haziq tiba-tiba bangkit lantas menyingga garang. Mujur restoran ini masih lagi tidak ramai pengunjung. Kalau tidak boleh tebal muka aku menahan malu. Haziq memang jenis cepat meletup. Dia dah tak pandang kiri kanan dia. Kalau dia dah berangin!

"Yalah! Aku datanglah! Kau tunggu sekejap!" balas Haziq sebelum mematikan panggilannya. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.

"Kenapa ni?"

"Maaf sayang. Saya terpaksa balik. Ada problem sikit dengan assignment kami."

"Kejap... bukan tadi awak cakap awak dah hantar ke?"

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now