2

37 1 0
                                    

Dari semalam lagi, wajahku bukan main masam mencuka. Mood merudum habis dengan mamat mat saleh yang pandai-pandai mengutuk aku sebagai terrorist semalam. Ada ke patut muka cun macam aku ni. Digelarnya sebagai terrorist?!

Haih, sayang gila pada manusia yang cuba apply untuk masuk ke dalam universiti Zurich. Jika masing-masing ditolak hanya semata-mata manusia racist yang tak cukup zat itu!

Harapkan sahaja siswa universiti. Tapi otak masih lagi tak cukup tumbesaran!

Jangan sampai aku pergi cari susu lembu dan tonyoh mulut mamat tu dengan puting susu lembu nanti! Mana tahu masa tu juga otak dia nak berfungsi!

"Senyumlah sikit. Bukan ke kau yang teringin sangat nak rasa cheese fondue dekat restoran ni?" tegur Medina seraya menutup buku menu.

Aku jeling Medina sesaat sebelum tarik senyum lebar. "Hish! Tak payah senyumlah! Dah serupa macam movie smiley! Aku tengok!"

"Salah kaulah paksa orang tak ada mood ni senyum! Kalau orang lain, aku rasa dah lama mulut kau tu kena sumbat dengan stoking busuk. Aku ni dikira baik lagi. Ikut arahan kau."

"Salah aku pula. Aku cuma nak pujuk kau untuk cuba senyum sikit! Bukan senang tahu. Kita nak masuk dalam restoran ni! Berduyun orang beratur sebab nak merasa cheese fondue dekat sini!" Bebel Medina sambil menunjukkan pintu restoran yang masih lagi terdapat beberapa pelanggan yang masih lagi setia beratur di pintu masuk.

Tak pelik dek restoran ini memang terkenal dengan para pelajar dan beberapa pelancong Islam. Kata senior kami sebelum ini. Hanya restoran ini sahaja yang menyajikan makanan halal, murah dan lazat pada pelanggan.

Lagi-lagi untuk cheese fondue!

Untuk satu sajian. Seorang pelajar akan dapat dalam 27CHF. Bagi aku 27CHF sudah harga kayangan. Tapi jikalau di restoran yang lain. Memang harga untuk cheese fondue. Mampu mencecah sebanyak 30CHF!

Sangat mesra harganya. Ya mesra sangat! Level Firaun lagi adalah! Nasiblah aku dapat biasiswa. Kalau tidak memang boleh jatuh bankrupt aku dibuatnya!

Secara jujurnya, aku langsung tiada rasa untuk merasa cheese fondue sebenarnya. Aku bukannya jenis manusia yang gilakan cheese. Lagipun bagi aku tak berbaloi mana. Menikmati cheese fondue dekat sebuah restoran di Switzerland. Jika harga serupa dengan harga di airport!

Membazir duit! Sedangkan aku boleh sahaja buat sendiri cheese fondue di rumah sewa. Lebih jimat dan kesihatan pun terjaga! Tak payah nak memeningkan kepala!

Namun itulah, Medina tetap juga dengan pendiriannya. Kata dia rasa dan pengalaman tak akan pernah sama. Lagipun tak salah pun merasa sekali makan dekat restoran terkenal. Aku pun teringin juga nak merasa cheese fondue yang selalu Felise ceritakan. Mungkin rasa cheese fondue di restoran lebih sedap dan lebih terasa resepi orang-orang Switzerland!

Dalam beberapa minit menunggu, akhirnya pelayan lelaki datang dengan menatang sebuah dulang yang berisi sebiji periuk merah dan juga raga berwarna krim kecil yang berisi beberapa biji roti berpetak segi.

Medina sudah meneguk liur. Mula teruja apabila bau cheese sudah menyengat masuk ke rongga hidung.

"Guten tag (selamat makan)."

"Danke (terima kasih)." Medina membalas senyum pelayan lantas meraih telefon pintar di dalam beg galasnya. Beberapa keping gambar diambil. Manakala aku lebih banyak menanti masa untuk melantak cheese fondue di hadapan mata. Lapar punya pasal.

Beberapa saat menunggu. Aku sudah mula panas punggung. Medina kalau bab bergambar. Kawan pun dia boleh lupa!

Aku rasa kalau ada kereta yang meluncur laju di belakang dia pun. Memang habis kena langgar tujuh tiang perempuan ni.

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now