4

36 1 0
                                    

"Masih tak jumpa lagi ke?" soal Medina tika melihat aku yang baru sahaja muncul di Restoran Ahmad dengan mata yang sudah sembam. Salah aku dek terlalu cuai keluarkan duit simpananku. Sampaikan duit itu boleh hilang dari helaian bukuku beberapa hari yang lepas.

"Tak jumpa lagi Medina. Sumpah habislah aku. Kalau parents aku tahu nanti!"

"Banyak sangat ke kau keluarkan?" soal Medina dengan sengaja menguatkan sedikit suaranya. Memandangkan suasana di restoran Ahmad tika ini boleh dikatakan agak meriah dengan pelanggan-pelanggan yang beratur keluar masuk disebabkan lunch hour.

"Boleh tahan banyak jugalah. Dalam 3.000 CHF macam tu."

Medina ternganga sekejap. "Asal banyak sangat kau keluarkan? Kau tahu kan sekarang ni zaman online? Tak payah susah-susah pegang duit dekat tangan?" Medina dah mula pandang aku bagaikan mak-mak Switzerland. Dia kalau bab membebel. Serupa macam mak-mak!

"Aku tahu tapi kau pun kenal aku macam mana kan? Setiap minggu aku keluar dengan Haziq. Yang tu pun dah terbang beberapa dalam simpanan aku. Lepas tu aku nak bayar untuk bilik rumah sewa aku lagi. Aku pun malaslah nak ulang alik keluarkan duit selalu. Sebab itu aku terus ambil aja duit tu untuk beberapa bulan."

"Cinta, aku rasa kau terlalu boroslah sejak dua menjak ni. Cuba kau simpankan sikit duit kau tu. Jangan terlampau boros sangat. Tengok sekarang apa dah jadi? Hilang duit kau. Lepas tu kau nak balik macam mana?" soal Medina seraya mencapai semangkuk sup cendawan di atas meja. Sedangkan aku menggigit kuat bibirku.

Terasa dan sedar bahawa simpananku. Hanya celah-celah gigi sahaja sekarang. Takkan aku nak menghadap maggi setiap hari? Boleh cirit aku nanti! Maklumlah perut aku. Bukan macam orang lain. Second hand kata abang aku!

"Aku rasa aku tak balik kot," putusku setelah lama berdiam diri. Rasanya ini sahaja jalan untuk aku kembalikan semula duitku. Mungkin aku perlu cari kerja sementara untuk pulihkan balik simpananku. Gaji di Swiss pun bukan calang-calang. Nasiblah aku masih lagi ada biasiswaku. Jadi aku boleh bertahan dalam beberapa bulan.

"Seriuslah kau tak balik? Tak nak cuba tanya parents kau ke? Mana tahu mereka boleh tolong."

Memang tidaklah! Mahu mereka buka tazkirah perdana sehingga beberapa bulan dulu. Baru nak tolong aku.

Aku kenal sangatlah keluarga aku macam mana. Semuanya macam ala-ala mafia kalau tahu aku ada buat salah!

"Kau nak aku mampus cepat ke? Tak naklah! Lagipun hari tu pun aku dah minta duit dekat abang aku. Naya nanti kalau aku minta lain. Tak apalah kau tak payah risau. Tahulah aku nak survive macam mana nanti."

Medina kelihatan serba-salah. "Kau tak nak pinjam sikit duit aku?"

Aku menggeleng laju. Tak naklah susahkan Medina. Lagipun yang salahnya aku. Kenapa pula Medina yang perlu bersusah payah untuk aku? Aku yang boros. Jadinya akulah yang perlu selesaikan segala masalah aku!

Bersikap matang sikit, Cinta! Jangan nak ambil jalan mudah sangat!

"Banyak dah kau tolong aku Medina. Ini pun aku boleh bernafas lega bila kau nak belanja aku makan," kataku sambil menjeling makanan di hadapan mata. Ada semangkuk sup cendawan, dua pinggan burger daging dan dua cawan air epal.

Dari aku sambung serabutkan kepala aku. Lebih baik aku jamah sedikit makanan.

Makanan percuma kot. Takkan nak pandang sahaja? Bedallah!

"Aku peliklah, Cinta. Macam mana duit tu boleh hilang macam tu ja? Setahu aku kau tu bukannya jenis yang cuai sangat."

"Mungkin aku tersilap letak kot. Manalah tahu sampul tu terselit dekat mana-mana buku masa aku dengan Haziq study hari tu."

Medina terdiam. Buat seketika suapan di mulutnya terhenti.

"Cinta aku cakap ni kau jangan marah aku pula tahu. Sebenarnya aku syak macam Haziq tu yang ambil duit kaulah. Macam pelik sangat sampul tu boleh hilang macam tu aja. Sedangkan habit kau memang akan selitkan mana-mana kad atau benda-benda penting dalam buku kau. Jadi tak mungkinlah, kau akan mudah terlupa. Tu habit kau kot."

Aku koyak senyum tawar. Tak mungkin aku akan memarahi Medina. Sedangkan separuh dari hatiku turut mengesyaki kekasih hati. Namun tetap juga aku cuba positifkan akal fikiranku. Tak mungkin Haziq mencuri dari aku.

Dia kekasih aku. Tak akan dia tergamak nak mencuri?

"Tak kot Medina. Mungkin betul yang aku memang cuai masa tu. Library pun buat pengumuman nak tutup. Sebab tu aku rushing semacam dan mungkin sampul tu tercicir dekat mana-mana..."

"Hmm, mungkin." Medina akhirnya beralah. Manakala aku kembali menikmati burger di dalam mulutku. Beberapa suapan aku terhenti.

Entah kenapa terasa tawar pula rasanya.



Cuti musim panas sudah bermula. Medina dan Haziq sudah lama berangkat ke Malaysia. Tinggal aku keseorangan di bumi Zurich bersama-sama risalah kerja di tangan.

Hari pertama dan kedua, aku masih tidak mendapat sebarang pekerjaan. Walaupun sudah beberapa kota dan kedai aku sudah lalui. Namun aku masih tidak berjaya mendapatkan kata-kata lulus dari boss kedai.

Rasanya beginilah rasanya kesukaran sebagai seorang pelajar antarabangsa untuk mencari pekerjaan di negara seberang. Sukar dan penuh dengan onak dan duri. Tambahan setelah mereka tahu aku hanya ingin bekerja semasa musim panas sahaja.

Terus diriku ditolak!

"Oh kamu ada rupanya Cinta. Patutlah lampu hadapan terbuka tadi. Nenek ingat kamu satu rumah lupa nak tutup lampu." Tegur Nenek Mary, jiran rumah sewaku yang sedang memeluk kucing berbaka shorthair di hadapan pagar rumahnya. Wanita Zurich itu memang peramah sejak dari dulu lagi. Banyak kali juga kami satu rumah mendapat biskut coklat cip yang dibakarnya.

"Tak boleh balik. Cinta ada masalah duit sikit. Sebab tu sekarang tengah cari kerja. Nenek ada kenalan rapat tak, yang tengah cari kerja masa musim panas?" balasku dalam bahasa Jerman sambil mengusap-usap Toby. Kucing kelabunya yang memang sudah terbiasa bermanja dengan aku.

"Kamu cari kerja? Sekejap, kenalan nenek pun baru saja telefon nenek tadi. Beritahu bahawa dia perlukan seorang pelajar yang boleh dipercayai untuk bekerja sementara dekat perkampungan Grindelwald. Bila dia soal, nenek terus teringatkan kamu."

Aku tayang sengih. Teringat dulu aku pernah membantu Nenek Mary jagakan kucing di rumahnya dalam masa seminggu. Buang kumbahan kucing kelabunya dan berikan mereka makan dan minum. Dapatlah juga upah dan buah tangan dari Nenek Mary selepas Nenek Mary pulang dari Grimentz.

"Perkampungan Grindelwald?" Jauhnya! Ambil masa tiga jam juga untuk ke sana. Takkan aku nak cari rumah sewa. Hanya semata-mata nak kerja dekat tempat yang jauh?

"Kamu jangan risau. Tempat tidur semua dah disediakan. Kamu cuma perlu bawa diri dan pakaian kamu sahaja. Fahren (Pergilah). Bukan senang kamu nak melawat Grindelwald. Perkampungan Grindelwald sangat cantik. Lagi-lagi semasa musim panas."

Mataku spontan bersinar. Rasa sangat teruja untuk berangkat ke Grindelwald! Setahu aku Grindelwald adalah perkampungan yang popular dengan gunung Alpine. Cantik dan penuh dengan alam semulajadi. Tak terbayang bagaimana pemandangan tika musim panas. Pasti hijau sehijaunya!

"Saya nak Nenek Mary!"

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now