6

23 0 0
                                    

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun awal. Membantu Nenek Emma memasak dan mendengar cerita-cerita Nenek Emma sambil membancuh teh panas di dalam teko bunga. Boleh dikatakan banyak juga yang dikongsikan oleh Nenek Emma. Dari kisah mereka sekeluarga membela beberapa ekor kambing. Selepas itu menanam beberapa sayur-sayuran di kebun kecil yang masih tidak diperluaskan lagi. Kemudian datang pula dengan hari musibah. Di mana hasil tanaman mereka rosak dengan cuaca yang buruk.

Hinggakan pada satu masa, mereka perlu makan ubi kayu dan air kosong untuk menjimatkan kos sara hidup mereka sekeluarga.

"Orang luar banyak yang menyangka orang Swiss ini kaya. Tapi sebenarnya kami hanya kaya dengan pemandangan alam semulajadi. Masyarakat dekat sini banyak yang sesak dan miskin jika melibatkan duit. Kos sara hidup di sini terlalu mahal malah saman dekat sini pun mampu menjerut semua masyarakat . Itu tak termasuk dengan kos makanan, pengangkutan dan cukai lagi. Banyak masyarakat yang berpindah. Sebab tak mampu nak sara hidup dengan kos sara hidup dekat sini..."

Nenek Emma menghela nafas. Sambil mengacau lauk di dalam kualinya.

"Nenek dan keluarga pun hampir nak berpindah. Namun mujur banyak benda yang Tuhan hadiahkan untuk kami. Hinggakan kebun kecil kami sudah mampu diperluaskan. Kami beli tanah untuk tambah keluasan kebun, rumah pun kami renovate sikit dan tambah bilik dan ruang yang ada. Kalau Cinta perasan, halaman rumah yang ada bunga-bunga tu. Semuanya hasil beberapa tahun yang lalu. Kalau tidak, memang tak adanya bunga dan hiasan dekat halaman rumah."

"Cinta suka tengok hiasan depan tu. Macam taman kecil. Cantik." Pujiku sambil mencicip sedikit teh panas. Entah kenapa apabila berbual bersama dengan Nenek Emma. buatkan sisi kanak-kanakku, ingin bermanja dan mendengar setiap ceritanya.

Mungkin kerana sikap penyayang dan ceria Nenek Emma. Membuatkan aku tanpa sedar jatuh sayang dengannya. Ajaib bukan?

Kami baru berkenalan. Tapi cukup mudah aku jatuh sayang pada Nenek Emma.

"Nenek! Amber pergi sekolah dulu." Amber yang baru sahaja bersiap dengan beg galas di belakang sempat menjeling aku sebelum dia mencapai sekeping roti bakar lalu berlalu ke pintu.

Dah kenapa dengan dia ni? Dari semalam lagi buat muka dengan aku! Tahu tak aku ni, lagi tua dari kau? Ada juga aku bagi hanger nanti!

"Warte! (Tunggu) Amber... Ambil dulu bekal makanan kamu."

"Danke. Jumpa nanti Nenek." Amber menyarungkan kasutnya. Kemudian berlalu keluar dari pintu kayu. Sebaik sahaja pintu kayu ditutup. Nenek Emma kembali menapak ke arah meja makan.

Roti bakar diletakkan ke dalam pinggan lalu dia mengarah aku makan sebelum aku memulakan kerja pada hari ini. Tanpa banyak bunyi, aku terus menyuap roti ke dalam mulut. Kunyah perlahan-lahan sambil menjeling langit cerah di luar tingkap.

Agak lama juga aku bertungkus-lumus menggembur tanah di kebun Nenek Emma tadi. Hinggakan wajah aku yang tadinya bersih tanpa sebarang kekotoran. Mula dipenuhi dengan tanah, lumpur dan rumput.

Mula-mula beranginlah juga. Sebab aku dah busuk dan serupa dengan budak-budak darjah satu. Namun apabila Nenek Emma tiba-tiba datang dengan membawakan aku Rosti yang baru dimasak.

Terus melonjak rasa terujaku. Mana tak bahagia? Kalau tiba-tiba dapat reward yang sedap-sedap! Mahu senyum sampai ke telingalah aku jawabnya! Sambil menikmati Rosti aku menjeling kebun Nenek Emma yang dibahagikan kepada dua bahagian. Satu untuk tanaman sayur biasa manakala sebahagian lagi tanaman sayuran yang memerlukan kayu sebagai tempat untuk berpaut. Sebagai contoh timun.

Selepas habis berkebun. Aku kembali masuk ke dalam rumah, mandi dan menikmati makan malam. Kemudian aku kembali semula ke bilik, habiskan masa membaca novel Felise. Sehinggakan angka tepat pukul 12.00 pagi.

"Dahagalah pula." Rungutku sambil menutup helaian buku. Kemudian aku bergerak turun dari katil dan menapak keluar dari bilik.

Selepas meneguk beberapa liter air. Aku kembali ke koridor bilik. Beberapa langkah, tiba-tiba telingaku menangkap bunyi tangisan. Spontan tubuh aku terhenti dan terus aku meneguk liur.

Sudah... Aku tak tahu pula dekat sini ada hantu Swiss! Aku gigit bibir dan cuba memasang lagi telingaku. Rasa tak percaya dengan apa yang aku dengar.

"Erghhh..."

Bulu roma aku terus menegak. Aku teguk air liurku dan terus aku percepatkan langkahku. Beberapa langkah suara tangisan itu semakin kuat. Hinggakan aku berhenti betul-betul di hadapan pintu bilik Amber.

"Sakit..."

Berlapis-lapis kerutan di dahiku tika suara itu semakin kuat di muka pintu bilik Amber. Suara dia ke? Aku cuba menjengah sedikit kepalaku ke muka pintu. Tika itu anak mataku memanah ke arah tubuh Amber yang terbaring di atas katil dengan kedua-dua telapak tangan di perutnya. Wajahnya berkeringat.

Mula-mula aku nak biarkan sahaja. Tapi apabila mendengar rintihan Amber yang serupa bagaikan cacing kepanasan itu. Aku tak sampai hati pula. Perlahan-lahan pintu biliknya aku ketuk sebelum aku memberanikan diri masuk ke dalam.

"Bist du okay?(Awak tak apa-apa)"

Amber berpaling dan wajahnya berubah. Mungkin dia terkejut dengan kemunculan aku di dalam biliknya.

Sementara aku menggigit lidah. Harap sangat dia tak maki aku. Lagipun aku datang dengan niat yang baik. Orang tengah sakit. Takkan dia masih nak kekalkan ego dia pula kan?

Lainlah kalau ya. Memang aku sumbat mulut dia dengan buku '50 Kebaikan Merendahkan Ego Kita' nanti!

"Beritahu saya dekat mana sakit." Aku cuba lembutkan suara. Biar dia tahu aku datang ke sini, bukan nak ketawakan dia.

Lambat-lambat Amber menunjukkan bawah perutnya. Mulutnya masih lagi dicebikkan. Mungkin dia sedang tahan sakit.

"Wait, let me call Grandma Emma first."

"No need. Please, let Grandma rest. She's doing a lot of things today. I'm just period-pain."

Aku terpinga-pinga. Adakah dia tak nak menyusahkan Emma? Sebab itu dia tahan rasa sakit dia sejak dari tadi?

Aku menarik nafas lantas berlalu ke bilik. Buka bagasi dan keluarkan satu botol kecil berwarna hijau lumut sebelum aku kembali ke bilik Amber.

"Hold on a little. Let me sort it out." Kataku sambil menyelak baju nipis Amber ke atas. Kemudian aku mengoleskan sedikit minyak ke perutnya, sebelum jari-jemariku mengurut perlahan-lahan di situ.

Amber yang tadinya berkeringat. Sudah semakin tenang apabila jari-jemariku bergerak di sekitar perutnya. Dia menarik nafas, sedikit lega dengan urutanku.

"Is it comfortable?"

Amber mengangguk walaupun kelihatan agak kekok mula-mula. Dengan kesempatan itu aku mengamati sebentar raut wajahnya. Wajah Amber boleh tahan matang. Bulu matanya sangat lentik dan bibirnya tebal terbentuk. Jikalau Amber bersekolah di Malaysia. Pasti ramai yang menyangka Amber seorang siswi dan bukannya seorang pelajar sekolah.

"Minyak apa tu?"

"Cap Kapak. Bagus untuk sakit perut dan sendi kita." Jawabku dalam bahasa Jerman. Baru teringat bahawa dekat sini. Tidak dijual Minyak Cap Kapak.

"Selesa... Amber suka."

"Ambillah. Kalau Amber nak." Setakat minyak Cap Kapak tu. Dalam beg aku pun masih lagi ada beberapa botol. Lagipun kesian juga dengan keadaan Amber. Kena tahan sakit selalu jika datang senggugut. Tak salah pun kalau aku sedekah satu botol.

"Tak apa ke?"

Aku mengangguk. Kemudian sambung mengurut bawah perutnya. Dalam beberapa minit selepas itu, aku turun ke dapur dan kembali semula dengan sebiji mug di tangan.

"You should have some hot lemon. After that you can sleep." Arahku sambil menghulurkan sebiji mug kepada Amber. Rasa lega apabila melihat dia sudah tidak berpeluh-peluh.

"Air lemon bagus untuk senggugut."

Amber jeling sekejap mug di tangan dan perlahan-lahan dihirupnya sedikit air lemon itu.

"If you need anything, please just call me." Balasku usai Amber menghulurkan sebiji mug kosong dan sebaik sahaja aku menutup pintu. Aku sempat menangkap senyuman di bibir merah jambu Amber. 

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now