1

44 1 0
                                    

Switzerland. Satu-satunya negara yang pernah menjadi impian terbesar aku untuk menyambung pengajian suatu ketika dahulu. Dan siapa sangka, impian aku akhirnya tertunai juga tika mendapat tawaran sambung belajar di universiti Zurich beberapa bulan yang lalu.

Sehingga sekarang aku masih lagi. Tidak percaya bahawa aku akhirnya dapat juga menjejakkan kaki di negara Switzerland yang kaya dengan pemandangan indah dan bandar mewah ini.

Sumpah bertuah hidup kau, Cinta! Dapat biasiswa dan dapat sambung belajar di negara yang kaya dengan alam semulajadi!

"Cinta! Kau geraklah dulu. Aku rasa aku tak boleh pergilah. Tiba-tiba ja. Aku datang bulan," rungut Medina. Kawan sebilik aku yang menjadi kenalan rapat ketika aku sampai di Switzerland beberapa hari yang lalu.

"Ya ke? Hm tak apalah. Aku tolong bungkuskan untuk kau aje."

"Terima kasih sangat-sangat! Aku balik dulu! Kau kalau kau terlupa jalan ke apa. Telefon sahaja aku."

"Ya, aku tahu!" aku mengangguk lantas mengorak langkah keluar dari dewan makan. Sesekali aku membetulkan mafela di leherku. Rasa tak selesa dengan suhu dingin Zurich. Yang mampu menyejukkan tulang sumsumku.

Dalam beberapa tapak langkahku diambil, aku berhenti tatkala anak mataku terpaku ke arah beberapa pelajar yang sedang berkumpul di sebelah air pancut yang berukiran flora.

Kelihatan salah seorang dari mereka sedang bercakap-cakap sambil menunjukkan pesawat kertas yang dipegang oleh beberapa pelajar yang berdiri di atas pentas. Kelihatan banner biru yang tertulis paper plane game tergantung cantik di cengkaman beberapa pelajar kelab yang memakai baju kuning cair.

"The one who got a blue paper plane sticker. Will get a special gift from our club!"

"Ready?"

"One. Two. Three! Go!"

Prett!

Beberapa keping pesawat kertas dilayangkan terus ke udara. Serentak dengan itu semua pelajar bertungkus-lumus mendapatkan pesawat kertas yang terbang bertentangan. Tanpa sedar kakiku laju menghala ke arah pesawat kertas yang terbang di atas tangga beberapa meter dariku.

Bagaikan satu irama, tanganku laju di awang-awangkan ke udara. Langsung tak sedar susuk tubuh seorang lelaki yang baru saja menapak turun dari anak tangga fakulti law.

"Lagi sikit... Ha! Dapattt! Arghhhhh!"

Akibat hilang keseimbangan. Tangan aku refleks menangkap sesuatu dan malang tak berbau. Tubuhku semakin hilang keseimbangan sebelum tubuh aku terjatuh ke tanah.

"Damn!"

Mata aku yang tadinya terpejam. Drastik terbuka. Huh? Bukan suara aku tu. Kepala menunduk dan jantung hampir nak tercabut apabila pandanganku terpaku ke arah seorang lelaki yang mengerang kesakitan di bawahku.

Patutlah badan aku tak rasa sakit langsung! Rupanya tubuh aku terhempap ke atas badan dia!

"What the hell?!" Mata hitam lelaki itu menikam tajam ke arahku. Amaran supaya aku segera bangkit dari badannya. Sebelum dia sumpah aku tujuh keturunan!

Sepantas kilat aku terus bangkit dan menunduk berulang kali. Rasa malu dan serba-salah disebabkan kecuaianku sendiri. Tapi mata masih sempat menjeling lelaki di hadapanku.

Berhidung mancung dan berambut hitam pekat. Jawline pula cantik terbentuk. Badan tegap macam pelajar sukan.

Sah! Lelaki Fuck boy. Sebab selalunya jenis gini memang semuanya tak boleh dipakai. Tapi itulah ego aku pun perlu tolak ke tepi dulu. Sebab aku tahu semuanya berpunca dari aku.

"Es tut mir leid! (Maafkan saya) I didn't do it on purpose! I'm just catching the paper plane," kataku dalam berbahasa jerman dan sesekali aku menunjukkan pesawat kertas di tangan kiriku. Berharap agar dia memahami dan tahu bahawa aku cuba menangkap pesawat kertas yang melayang ke udara tadi.

Tiba-tiba lelaki itu berpeluk tubuh dan menundukkan kepalanya. Mak oi! Tinggi ya amat. Aku yang boleh dikategorikan sebagai tinggi pun. Dah separas dada dia. Memang orang luar negara, tinggi dan besar-besar kesemuanya. Sampaikan ada sekali aku rasa terlampau kerdil berbual bersama mereka.

"Macht nichts, (Tak apa) 'les terroristes',"

Senyum tipis. Namun sangat sinis di mataku! Les terroristes? Walaupun aku tak faham dia tengah bercakap dalam bahasa apa. Tapi aku tahu! Dia tengah gelarkan aku sebagai pengganas! Mulut jahanam!

"Excuse me sir? Bitte wierderholen sie das? (Boleh awak tolong ulang sekali lagi)," aku cuba kawal suara aku. Kalau boleh, sudah lama muka tu kena penampar sulung dari aku! Nasib aku ni jenis yang mampu bersabar lagi. Buat kalau aku tak menyabor. Mahu aku simbah muka mamat tu dengan asid!

Biar muka sedia handsome tu jadi goblin! Baru puas hati aku! Aku memang tahu orang luar negara kebanyakannya anti dengan orang Islam! Tapi tak sangka pula 'lelaki' di hadapan aku ni! Terang-terang tunjukkan perangai 'anti' dia dekat aku!

"Les terroristes." dia angkat kening tebal dia. Mungkin dia dapat tangkap, bahawa aku faham apa yang dia tengah cakap.

"Aku pengganas ke! Kau yang pengganas?! Tiba-tiba ja cari pasal dengan aku! Harapkan ja muka hansem! Tapi perangai serupa macam 'penyamun'! Dan satu lagi! Belajar bagi habis dululah, jangan nak gelarkan orang pengganas sangatlah! Otak udang! Hish, sebab inilah aku benci orang barat! Kebanyakan otak pakai dekat lutut! Kerja nak racist aja!" tengkingku dan kali ini aku boleh lihat mata hitam dia kelihatan terkejut dengan reaksi aku.

Mungkin dia tak sangka perempuan Asia macam aku. Boleh tahan berani bila berdepan dengan lelaki Barat macam dia.

Heh ingat aku peduli? Anak menteri ke! Anak Ceo ke! Apa-apa saja! Kalau mulut biadap! Memang kena sembur dengan aku!

"And please... study first. Before complaining Mr," kataku lantas berlalu meninggalkan dia dengan hati yang membara. 

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now