5

29 1 0
                                    

Novel Felise yang bertajuk 'The Box' aku keluarkan dari dalam beg tika aku berjaya melabuhkan punggung di dalam gerabak untuk ke Grindelwald. Sambil membaca, aku memerhati pemandangan bukit bakau yang menghijau di luar tingkap. Terasa seperti baru sahaja masuk ke dalam babak Harry Potter tatkala melihat pemandangan indah di tanah Switzerland.

Walaupun sudah masuk beberapa bulan, aku menyambung pengajian. Namun masih tidak mampu membuang rasa terujaku tatkala melihat keindahan tanah Switzerland di hadapan mata.

"Felise, sumpah cantik betul rumah kau..." bisikku seraya menjengah sedikit kepalaku keluar dari tingkap. Sambil-sambil itu aku membiarkan rambutku ditiup angin musim panas Switzerland tatkala gerabak merah menyusuri padang yang dipenuhi dengan bunga-bunga kuning.

Setelah tiga jam menghabiskan masa di dalam gerabak. Akhirnya aku menapak juga turun dari stesyen Grindelwald. Selepas keluar dari lobi stesyen. Anak mataku terpaku ke arah susuk tua seorang lelaki yang memakai baju lusuh dan seluar hitam di kerusi menunggu.

"Hallo. Suami Nenek Emma?" soalku, takut aku tersalah sangka pula. Sebab setahu aku setibanya aku di Grindelwald nanti. Suami Nenek Emma akan datang dan menjemput aku ke rumah.

"Panggil Datuk Philip sahaja. Kamu Cinta kan? Jiran kepada Nenek Mary?" soalnya sambil menapak ke tempat parking kereta. Sementara aku membuntuti langkahnya dan mengangguk laju.

"Tak sangka perempuan muda yang cantik dipilih Mary. Emma akan terkejut nanti kalau lihat kamu Cinta. Dia tak akan sangka orang seperti kamu yang meminta kerja di kampung."

Aku pamer senyum tawar. Kalaulah Datuk Philip tahu bahawa aku dah serupa orang gila. Cari kerja merata tempat. Mesti dia tarik balik ayat dia.

Walhal memang ada orang yang memberikan kata persetujuan.

Namun kerja yang diberi bukan kepakaran aku. Menjadi model sementara. Memang keluar dari skop pengetahuan aku. Tambahan lagi kalau gambar aku tak bertudung terpapar dalam majalah atau video pengiklanan nanti! Habis aku kena tembak dengan senapang gajah bapak aku!

"Saya lebih suka udara dekat kampung." Aku berbasa-basi sambil masuk ke dalam perut kereta.

Amboi, Jelita! Suka udara kampung konon! Cakap jalah kaki kau gatal nak meronda dekat Grindelwald tu! Nak menipu pula! Aku membebel di dalam hati manakala Datuk Philip hanya tayang senyum ramah.

Kereta dipandu menyusuri air terjun, beberapa jalan dan beberapa kampung. Sesekali aku dan Datuk Philip berkenal-kenalan sambil bercerita kisah masing-masing di dalam kereta. Kata Dato Philip dia tinggal bersama isterinya Emma dan seorang cucu perempuannya di kampung.

Dan tak sangka pula, sebenarnya Datuk Philip ada seorang lagi cucu lelaki yang belajar di universiti yang sama denganku. Kata Datuk Philip cucu lelakinya akan pulang selepas bercuti ke Canada nanti. Jadi sebelum cucunya pulang. Aku akan duduk sebentar di bilik cucu lelakinya. Memandangkan bilik tetamu masih lagi tidak dikemaskan.

Dalam sepuluh minit kereta Datuk Philip membelah jalan raya. Akhirnya kami sampai ke kawasan perkampungan kecil yang dipenuhi dengan beberapa ekor biri-biri. Datuk Philip mematikan enjin kereta. Lantas bergerak turun.

Sempat dia memekik bahasa Jerman pada beberapa kelompok biri-biri yang melaluinya. Aku hanya terkebil-kebil melihat beberapa kelompok biri-biri yang berlari-lari menjauhi kawasan perumahan Datuk Philip.

"Willkommen!"

Aku tayang sengihan apabila melihat susuk tubuh Nenek Emma yang memakai gaun ungu di muka pintu. Aku bersalaman dan serentak dengan itu tubuhku dibawa ke dalam pelukannya.

"Kamu sangat cantik! Mary banyak bercerita tentang kamu. Nenek harap kamu selesa tinggal di sini!"

Aku tersenyum dan mengikut langkahnya masuk ke dalam ruang tamu. Serentak dengan itu semerbak bau harum kentang tumbuk menyapa rongga hidungku.

"Amber cucu nenek, baru sahaja siapkan Papet Vaudois. Sekarang memang masa yang tepat untuk kamu makan,"

Papet Vaudois. Daun bawang dan kentang yang ditumbuk dan direbus selama berjam-jam. Selalunya Papet Vaudois akan dimakan bersama dengan sosej lemak yang dimasak. Sedap memandangkan aku pernah menikmatinya semasa di kafe universiti dulu.

"Amber mari! Berkenalan dahulu dengan Cinta!"

Seorang perempuan yang berambut keperangan lurus kelihatan sedang meletakkan beberapa biji pinggan di atas meja sebelum dia menapak menghampiri aku. Comel dengan ketinggian yang sama paras dengan aku. Rasanya perbezaan umur kami tak jauh beza. Mungkin boleh dijadikan sahabat selama aku tinggal di sini.

"Amber Louise..." bibirnya dicebikkan. Dan dari riak wajahnya seperti dia tak suka dengan kehadiran aku.

Hmm susah juga kalau jadi perempuan cantik ni. Banyak orang tak suka. Aku kalau bab angkat bakul sendiri. Memang menang dekat aku!

"Cinta letak dahulu beg di atas kerusi. Mari makan dulu..."

Nenek Emma meletakkan pinggan yang berisi Papet Vaudois di atas meja. Sambil mengarah aku untuk menikmati juadah. Tanpa berlengah aku terus meletakkan beg di atas kerusi sebelum aku mengambil tempat di hadapan Nenek Emma dan Datuk Philip. Kami makan bersama-sama sambil Nenek Emma bersembang tentang kehidupan mereka sekeluarga di Grindelwald.

Kata Nenek Emma. Mereka sekeluarga mengusahakan perniagaan sayur-sayuran kecil-kecilan sahaja. Memandangkan mereka memiliki kebun seluas 6,000 meter persegi di belakang rumah.

Sebelum ini mereka juga menternak beberapa ekor kambing untuk kelangsungan hidup. Namun apabila perniagaan sayur-sayuran mereka mendapat banyak permintaan. Datuk Philip dan cucu lelakinya memberi kata putus untuk menjual sahaja kambing-kambing mereka kepada pembeli.

"Selalunya pekerja nenek, Dorothy yang bantu Datuk dan Nenek menguruskan kebun tu. Namun malang tidak berbau. Dorothy kemalangan dan dia perlu bercuti selama beberapa bulan untuk sembuh. Nenek tak mahu cari pekerja tetap yang lain nanti. Kesian kepada Dorothy. Sebab itu Nenek tanya Mary. Mana tahu ada pelajar yang mahukan kerja sementara dekat sini."

"Jadi tugas saya gantikan tempat Dorothy?"

"Ya dan kalau ada masa kamu akan bantu Nenek. Kemaskan rumah dan bantu Nenek memasak," ujar Nenek Emma sambil menyuap Papet Vaudois ke dalam mulut sambil tersenyum ramah.

Dalam beberapa minit menikmati juadah makanan. Nenek Emma akhirnya membawaku ke bilik cucu lelakinya yang terletak di tingkat atas. Kata Nenek Emma. Hanya bilik Amber dan bilik cucu lelakinya sahaja yang berada di tingkat dua. Manakala bilik Nenek Emma dan bilik tetamu berada di tingkat bawah.

"Berehatlah dan jika kamu perlukan apa-apa beritahu sahaja pada Nenek. Bilik Nenek berada di tingkat bawah."

Aku mengangguk lantas meletakkan bagasi di sebelah almari. Kemudian memerhati sekeliling bilik. Boleh tahan besar dan dinding bilik dipenuhi dengan gambar kereta, perempuan seksi, pemain bola dan poster The Weekend yang tertulis Starboy.

Di sebelah meja belajar terdapat dua dumbell, komik Marvel dan majalah Playboy tersadai di lantai kayu.

"Haraplah aku tak jumpa benda pelik-pelik masa aku tidur nanti," rungutku lantas membuka bajuku. Kemudian menyusun beberapa produk muka di atas meja belajar. Buat seketika perhatianku memanah ke arah bingkai gambar yang diletakkan bersebelahan dengan kereta hot wheels. Gambar empat orang manusia yang sedang tersenyum ceria sambil bergambar di hadapan Lake Caumasee.

Kanak-kanak perempuan yang berambut keperangan itu pasti Amber. Manakala kanak-kanak lelaki yang berambut hitam itu tak lain tak bukan abang Amber.

"Jadi yang tengah peluk mereka ni. Mesti parents dia orang..." tembakku sambil melihat lelaki muda berambut keperangan manakala perempuan pula berambut hitam panjang. Teringat semasa makan malam tadi. Nenek Emma sempat bercerita bahawa ibubapa Amber kemalangan sejak Amber berusia lima tahun lagi.

Selepas dari kemalangan itu. Nenek Emma dan Datuk Philip yang bertanggungjawab menjaga Amber dan abangnya.

Selepas meletakkan bingkai gambar di atas meja. Aku terus melentokkan kepala di atas bantal. Berharap agar aku tidak terhidu bau kepam atau stoking busuk di atas katil cucu lelaki Nenek Emma. Jika tidak memang aku perlu bangun dan cari sabun atau minyak wangi untuk hilangkan bau tak menyenangkan!

Seketika hidungku menangkap bau minyak wangi lelaki. Bau sedap dan langsung tidak menyengat rongga hidungku.

Sekurang-kurangnya tidur di bilik lelaki. Tak adalah teruk sangat.

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now