7

3 0 0
                                    

"Akhirnya siap juga!" Aku menjerit riang seraya mengesat peluh di dahiku. 

Selepas itu aku menanggalkan glove sebelum aku melabuhkan punggung di atas kerusi batu yang berdekatan dengan kebun Nenek Emma. Akhirnya siap juga kerja aku pada hari ini. Tak sangka betul, aku yang dulunya jarang nak berkebun. Mampu juga menanam pelbagai sayur-sayuran di sini. Malah kali ini aku lakukan dengan usahaku sendiri. Memandangkan Nenek Emma dan Datuk Philip pergi menjual hasil tanaman-tanaman di pasar raya terdekat.

"Ini kalau aku flex dekat family aku yang aku tanam semua ni. Memang haram semua nak percaya!" balasku sambil menangkap beberapa keping gambar. Rasa gembira melihat hasil usahaku beberapa hari ini. Pokok tomato dan pokok  yang ditanam semakin tumbuh membesar. Malah kelihatan beberapa buah botol hidroponik bergantungan hasil usahaku di sebelah pokok-pokok benggala.

Telingaku menangkap bunyi tapak kaki dari belakang.

Aku berpaling dan melihat Amber yang menatang dulang dengan berhati-hati di tangan. Aku kira Amber akan berehat dan tak keluar dari bilik memandangkan dia masih lagi tak sihat. Tak sangka pula dia akan keluar dan bawakan kentang dan air minuman ke sini. Mungkin Nenek Emma yang arahkan dia untuk memberikan aku makanan.

"Nenek suruh awak rehat dan makan."

Tanpa banyak bunyi, aku terus membersihkan tangan. Kemudian berlalu ke meja batu yang sudah tersedia di penjuru kebun. Amber menghulurkan aku sebiji kentang yang dibalut dengan aluminium foil.

Aku menghidu-hidu bau kentang tersebut sambil membuka balutannya sebelum aku gigit penuh nikmat. Sedapnya!

"Awak memang suka makan ya?"

Aku berpaling ke arah Amber. Dia kelihatan sedang memandang aku dengan mata hijaunya. "Saya sedar semasa awak datang ke sini. Banyak kali awak tambah makanan."

"Bukan ke semua perempuan suka makan? Awak tak suka ke?"

Amber menggeleng.

"Saya cepat gemuk kalau makan banyak."

"Faham. Saya pun sama. Tapi itulah ada masa saya bersenam. Nak jaga badan kena selalu bersenam. Walaupun merana kena juga tahan sakit. Hmm awak masih lagi senggugut ke?"

"Saya dah okey sikit. Semuanya berkat minyak yang awak bagi. Thank you."

Aku sengih lalu menghabiskan kentang di dalam mulutku. Beberapa minit menikmati makanan, aku kembali menyambung kerjaku. Amber pula sudah hilang selepas mengambil pinggan mangkukku tadi. Selang tiga puluh minit, dia kembali dengan buku di tangan. Aku hanya memerhati Amber yang sedang duduk sambil membaca buku. Sesekali anak matanya memerhati tindak tandukku dan sesekali anak matanya kembali tertumpu ke arah novel di tangan.

Pelik... sebelum ini tak pernah pula dia habiskan masa dekat kebun. Selalunya dia lebih banyak habiskan masa di dalam rumah. Tidur dan belajar di dalam biliknya. Kerana beberapa kali juga aku ternampak dia sedang belajar di meja belajar.

"You read novel?" soalku sambil memerhati tajuk novel Amber. Novel thriller 'The Housemaid'. Tak sangka juga budak sekolah macam dia. Boleh adapt dengan novel dewasa. Selalunya budak sekolah, lebih suka novel bergenre horror dan cinta.

"Yup... reading is my hobby. But I preferred thrillers more..."

"Wow! Seriously? I love thrillers too! My favorite author is Stephen King, B Felise..."

"What? You read Felise novel?"

Ada nada teruja di sebalik nada suaranya. Aku mengangguk dan sambung menyiram tanam-tanaman.

"Yes... I collect all of that. Tapi sayang... saya tak mampu dapatkan versi special edition."

"Saya ada lebihan. Awak nak?"

"Huh?" Pergerakanku spontan terhenti tatkala Amber tiba-tiba meletakkan novelnya. Serentak dengan itu dia menarik aku hingga masuk ke dalam rumah. Aku terkebil-kebil memerhati Amber yang membawaku ke sebuah bilik stor yang terdapat di tingkat bawah. Setahu aku, selalunya bilik itu dikunci dan telah menjadi tempat larangan untuk aku jejakkan kaki ke sana memandangkan tempat itu menjadi port berehat cucu Nenek Emma.

"Tak apa ke saya masuk ke dalam bilik ni?"

"Nah don't worry. After all, it's my territory..." Amber menjawab selamba sebelum membuka lampu bilik. Dan secara spontan wajahku bercahaya apabila anak mataku terpaku ke arah rak buku yang terletak berdekatan dengan sebuah Tv dan beberapa lagi sofa kecil berbentuk bulat.

"Wow! This is heaven!" jeritku girang sambil memerhati novel-novel yang tersusun kemas di rak putih panjang. Terdapat banyak tajuk novel baru dan novel lama yang disimpan cantik di dalam rak. Bila diamati kembali, seperti aku berada di dalam sebuah bilik rehat yang memuatkan sebuah perpustakaan mini dan beberapa buah permainan video.

"You read love novels too Amber?" soalku apabila tersedar beberapa buah novel cinta disusun kemas di atas rak putih yang lagi satu.

"Hah? Tidak! Saya tak baca novel cinta. Semuanya novel abang saya. Sejak dua menjak ini. Dia banyak habiskan masa baca novel cinta."

Amber mengambil tempat di salah satu kerusi sambil memerhati aku yang masih takjub dengan pelbagai tajuk novel di hadapan mata. Aku menarik salah satu novel dan menyelaknya beberapa kali. Sebelum aku melabuhkan punggung di sebelah Amber.

Kami berbual-bual tentang buku kegemaran kami. Dan tak sangka pula, banyak juga topik yang kami bualkan. Bermula dengan buku kegemaran masing-masing. Beralih pula pada kisah di mana kami dalam fasa 'reading slump'. Selepas itu Amber bersembang pula tentang kisah di mana dia difasa 'BBB' dan tidak mampu membeli novel kerana kehabisan tabungannya.

Tak sedar aku sudah satu jam kami berbual. Rasa bagaikan sekejap sahaja masa berlalu. Dalam diam timbul rasa teruja mendengar mulut becok Amber bersembang itu dan ini. Sesekali aku rasa Amber ini bagaikan adik yang comel, becok dan selamba orangnya apabila dia sudah kamceng!



Sudah lebih dari seminggu aku tinggal di Grindelwald. Banyak ilmu berkebun yang aku pelajari. Bermula dari cara-cara aku menggembur tanah, selepas itu beralih pula pada cara-cara untuk menanam pokok. Selepas itu disambungkan pula dengan penanaman hidroponik dan juga pengutipan buah-buahan yang sudah matang. Tak sangka pula, sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik sudah seminggu aku menetap di sini. 

Tambahan pula, aku sudah mula berkawan dengan Amber dan menjadi kerja sampinganku menjaga Amber tika dia perlukan peneman.

"Abang balik lusa kan?" Soal Amber ceria. Sedangkan aku yang sedang mencicip teh panas. Hanya memandang Nenek Emma yang menatang dulang dengan tiga mangkuk merah di tangan.

"Tak salah Nenek, lusa dia balik. Bolehlah esok kita kemas bilik dia dan tukar cadar katil yang baru. Semalam Amber keluar dengan Cinta bukan? Macam mana dengan basikal lama abang? Masih lagi boleh digunakan?"

Amber mengangguk.

"Boleh digunakan lagi. Amber tengok rantai besi pun masih tak berkarat lagi." ujar Amber sambil menikmati mi di dalam mangkuk. Sedangkan aku bangun lantas membersihkan tangan di dalam sinki. Cukup hanya sekeping biskut untuk sarapan pagi. Nak menikmati mi kuning, aku tahu Nenek Emma gunakan daging khinzir ketika memasak sajiannya tadi.

"Cinta tak nak makan?"

"Dah kenyang Nenek." aku berbasa-basi. Nak berlaku jujur bahawa aku seorang Islam. Aku takut aku dipandang rendah pula nanti. Orang Swiss memang kebanyakan susah untuk mengambil orang Islam sebagai pekerja mereka. 

Mungkin kerana perbezaan budaya membuatkan mereka sukar untuk bergaul.

  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Arthur  | on-GoingWhere stories live. Discover now