05 | 𝐀𝐕𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 🛫

118 15 0
                                    

TERMASUK hari ini, sudah 3 bulan Maisarah melanjutkan pelajarannya di London

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERMASUK hari ini, sudah 3 bulan Maisarah melanjutkan pelajarannya di London. Aku kini berada di pejabat Tuan Luqman atau harus aku cakap pejabat aku? Haha.

Sejak dari dalam bilik mesyuarat tadi, telefon bimbitku tak berhenti-henti berbunyi. Entah notifikasi apa yang masuk banyak sangat. Nak kata pakwe, aku single mingle tringle fourengle.

Masuk sahaja ke dalam pejabatku, terus aku menghempaskan badan ke atas sofa. Penat! Dengan projek baru yang bertimbun-timbun. Dengan kes pekerja makan duit syarikat, dengan nak merancang strategi nak pikat Hariz bila dia balik nanti.

Huh! Penatnya..

Telefon bimbitku dipandang. Tadi banyak notifikasi masuk, kan? Aku terus buka. Terpampar mesej dari Maisarah. Aku terus buka dan baca.

Berbuka luas mulut setelah membaca pesanan Maisarah. Dia balik!! Maisarah balik Malaysia! Aaaa!!

Pantas aku capai beg tanganku, kunci kereta dan beredar dari situ. Tujuanku? Rumah! Jumpa Maisarah.

Setibanya aku dirumah, kelihatan kereta Tuan Luqman diperkarangan rumah. Aku tak tahu diorang dah balik ke belum sebab banyak sangat kereta Tuan Luqman.

Tak tahu ada yang berkurang ke tak. Tapi.. Aku nampak ada motor besar asing diperkarangan rumah. Motor siapa? Takkan Hariz kot. Selain merempit kat langit, dia merempit kat jalan juga ke?

"Assalamualaikum.." aku melangkah masuk. Kelihatan keempat-empat mereka sedang makan. Aku menghadiahkan senyuman.

"Ariana!! Rindunya aku!!" Maisarah berlari anak ke arahku sebelum tubuhku didangkapnya. Aku membalas.

"Rindu juga kat kau."

"So how's your work?" tanyanya. Aku mengangguk.

"Okay aje."

"What do you mean okay?" tanya Tuan Luqman. Hadeh, dia mula kecek omputeh doh.

"So so la.. Penat sikit sebab banyak sangat masalah pa.." aduku. Mengadanya kau Ariana!

"Bersabarlah.. Nak buat macam mana. If ya need help, just tell me. I can handle it for ya." Ujar Tuan Luqman selamba. Waaa! Hebatnya.

Aku mengerling sekilas ke arah Hariz. Dia hanya diam sambil makan. Mungkin tak selesa aku ada. Tapi ada aku kesah? Bukan dia selalu ada kat rumah ni pun. Haha! Jahatnya aku.

"Meh, makan Ariana. Kesian anak mama ni ye, penat." Ajak Puan Humaira. Aku menurut.

"Sarah macam mana belajar? Okay?" tanya Tuan Luqman berbasa-basi. Maisarah mengeluh seketika.

"Susah pa.. Banyak kena hafal.. Bang, kau dulu susah juga ke?" Maisarah menyiku Hariz yang sedang asik makan.

"Tak, sebab aku bijak." Wah! Penuh keyakinan ya. Maisarah menjulingkan mata. Abangnya memang suka angkat bakul sendiri.

PENERBANGAN CINTAWhere stories live. Discover now