USAI membersihkan diri dan solat berjemaah dengan Hariz, kami turun makan malam. Riuh suasana tika itu. Pelbagai cerita dikongsikan.
Walaupun aku selalu aje dijeling dengan Maimunah, namun aku biarkan sahaja. Suami siapa sebenarnya? Suami aku kan, suka hati aku lah. Sibuk aje.
“Cinta?” panggil Hariz. Lamunan aku terus melayang. Hariz berjalan mendekatiku di bakloni bilik. Terasa tangan kekar seseorang melingkar dipinggangku dari belakang.
“Cinta buat apa?” Perlahan sahaja suaranya disebelah telingaku. Aku pandang Hariz seketika sebelum kembali menatap langit malam.
“Ariana rindu mama dan papa,” jujurku. Aku berharap mama dan papa ada dengan aku saat ini. Tengok aku kawin, jadi wali aku.
“Ariana tak kuat, abang. Ariana rindu mama dan papa.” Aku mula manangis. Tubuhku dipusing oleh Hariz supaya menghadapnya.
“Shh, abang tak suka tengok cinta nangis. Cinta kuat. Cinta kena kuat. Ada hikmah kenapa Allah ambil mama dan papa cinta.” Air mataku dilap dengan jari kasarnya.
“Abang, Ariana nak tanya sesuatu, boleh?” Tangisanku semakin reda. Hariz jongket kening sebelah.
“Macam mana abang boleh tak takut perempuan dah?” Pelik juga. Tiba-tiba aje dah boleh bersentuhan dengan aku. Hariz senyum persis mencairkan mana-mana perempuan.
“First of all, I'm sorry sebab tak ada dengan cinta waktu kita bertunang. Waktu tu abang tengah cuba lawan fobia abang. Abang takut kalau abang datang waktu kita tunang, abang masih fobia, cinta akan kecewa.” Jelas Hariz.
Anak matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Renungan lembut. Dan aku tenggelam.
“Macam mana abang lawan?” korekku lagi.
“Hurm.. Adalah.” Hariz berjalan masuk semula ke bilik. Eleh, nak berahsia pula dia!
“Abang.. Tak baik berahsia.” Aku masih tak puas hati.
“Tidur, cinta. Esok nak bersanding atas kereta kebal pula.” Hariz membaringkan diri ke atas katil. Aku turut berbaring disebelahnya.
Mengingatkan esok aku akan bersanding atas kereta kebal, aku terus pejam mata. Semoga pagi cepat menjelma.
Kaku seketika badanku apabila terasa lengan kekar Hariz melilit tubuhku. Dan ditarik rapat ke dadanya.
“Thank you, cinta. Goodnight.” Itu sahaja yang aku dengar sebelum mata mula memberat dan masuk ke alam mimpi.
-ˋˏ ༻ 𝒂 𝑟 𝑖 𝑎 𝑛 𝑎 𝒔 𝑎 𝑓 𝑤 𝑎 ༺ ˎˊ-
DIRIKU ditilik di hadapan cermin. Hari ini aku mengenakan gaun putih yang kembang. Memandangkan aku nak duduk atas bumbung kereta kebal.
Hariz berjalan keluar dari walk in closetnya. Dia segak mengenakan kemeja putih bersama seluar slack hitam. Tunggu dia mengenakan blazer hitam plus tie, pasti kacak maut.
YOU ARE READING
PENERBANGAN CINTA
Romance୭ 🧷 ✧ ˚. ᵎᵎ 💌 𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ 1𝒔𝒕 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐏 𝐄 𝐍 𝐄 𝐑 𝐁 𝐀 𝐍 𝐆 𝐀 𝐍 𝐂 𝐈 𝐍 𝐓 𝐀 ᵃ ᵛ ⁱ ᵃ ᵗ ⁱ ᵒ ⁿ ˡ ᵒ ᵛ ᵉ 𝐻𝑎𝑟𝑖𝑧 𝐸𝑠𝑘𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 × 𝐴𝑟𝑖𝑎𝑛𝑎 𝑆𝑎�...