07 | 𝐀𝐕𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 🛫

113 14 1
                                    

SEGAR terasa badan selepas tidur tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEGAR terasa badan selepas tidur tadi. Rambut hitam pekatku yang masih lembab dikeringkan.

Wajahku dipantulan cermin dianalisis. Cantiknya. Hahaha. Perasannya kau! Tiba-tiba aku teringat tentang perbualan aku dan mama dalam fon semalam.

Kenapa mama suruh aku balik segera? Siap Hariz lagi datang ambik aku. Terus tudung sarung dicapai. Aku turun ke ruang tamu.

Puan Humaira sedang memasak. Aku mendekatinya.

"Morning, ma." Aku melabuh duduk dimeja makan. Senyuman manis terukir dibibir.

"Bangun dah? Semalam kenapa balik masuk bilik terus? Mama dan papa ada benda nak bagitau." Puan Humaira mendekatiku bersama bekas yang berisi tomyam. Wah! Sedapnya.

"Semalam kepala Ariana sakit, ma. Rasa berdenyut aje. Tu yang masuk bilik terus. Tidur." Kataku bernada biasa. Puan Humaira mengangguk.

"Pergi kejut papa ngan Abang Riz tu. Kita bincang harini aje lah. Lagipun Abang Riz dah nak masuk kerja hujung minggu ni." Arah Puan Humaira. Aku mengangguk. Apa kena mengena aku dengan Hariz pula?

Lantak dia lah nak balik bila. Aku lekas bangun dan menuju ke bilik utama. Bilik mama dan papa. Pintu diketuk.

"Papa.. Mama panggil makan.." laungku. Terdengar papa mengumam. Aku meneruskan langkah ke bilik Hariz pula.

Pintu diketuk.

"Abang Riz! Mama panggil makan." Senyap.

Pintu diketuk lagi.

"Abang Riz?" Senyap. Usai itu aku pergi sahaja. Biar mama lah pula kejut.

Baru beberapa langkah aku bergerak, terdengar pintu bilik Hariz dikuak. Aku terus berpaling.

Terpampar wajah Hariz bersama tangan yang sedang mengeringkan rambutnya yang serabai dan ada beberapa titis air yang mengalir. Kacaknya! Ya Allah, semoga dia jodoh aku!

Nasib baik pakai baju. Hariz kacak berbaju putih dan berseluar slack panjang. Entah nak ke mana dia.

"Apa?" tanyanya mengejutkan lamunanku.

"Erm.. Ma.. mama panggil makan." Terus gagap aku dibuatnya. Allahuakbar, kacaknya hamba-Mu ini.

Hariz mengangguk sebelum pintu kembali tertutup. Aku terus berlari anak turun ke dapur. Makin lama aku berdiri kat situ, makin melting aku!

"Abang Riz mana?" tanya Tuan Luqman. Aku mengangkat bahu.

"Tadi dah buka pintu, pastu dia tutup balik." Kataku singkat. Tuan Luqman dan Puan Humaira mengangguk.

Punggung dilabuhkan berhadapan dengan Puan Humaira. Aku terus ambil nasi dan lauk. Kerusi bersebelahan dengan Tuan Luqman ditarik.

Hariz melabuhkan punggung disebelah Tuan Luqman. Wajahnya tetap tidak beremosi.

PENERBANGAN CINTAWhere stories live. Discover now