MAISARAH dan Iris disebelahku dipandang. Berdebar. Ya hanya itu yang aku rasa. Bagai jantung ingin meloncat keluar.
Pintu dewan yang dihiasi dengan bunga-bunga orkid putih dan merah jambu. Aku pun tak tahu kenapa dia pilih orkid. Padahal aku suka bunga tulip, bukan orkid.
“Wey aku nervous.” Aku genggam tangan Maisarah dan Iris. Wajah mereka dipandang bergilir-gilir.
Aku kini mengenakan baju kebaya labuh berwarna merah jambu muda dikenakan dengan tudung shawl yang berwarna merah jambu sedikit terang.
Maisarah dan Iris mengenakan baju kurung moden labuh berwarna meroon. Pintu dewan dihadapanku mula terbuka. Jantung makin lagu berdetak.
Dari jauh, aku dah nampak Hariz yang segak mengenakan baju melayu sedondon denganku yang duduk berdepan dengan tok kadi.
Aku pun tak tahu kenapa macam ni. Biasanya aku tengok dalam drama, pengantin lelaki yang datang lambat masuk masjid atau dewan.
Aku menapak masuk ke dalam dewan tersebut bertemankan Maisarah, Iris dan mereka yang memebawa hantaran di belakangku.
Jambak bunga mawar dipegang kemas. Terus mataku terdedah dengan cahaya-cahaya lampu dari kamera-kamera yang ada.
Bunyi tepukan dari para tetamu buatkan aku lagi berdebar. Dari jauh aku nampak Hariz yang tersenyum manis memandang aku. Bagai sedang memberi semangat.
Aku balas senyumannya. Kaki mula melangkah perlahan-lahan ke arah pelamin. Sampai sahaja ke jinjang pelamin, aku terus melabuhkan punggung. Terasa lemah lutut dari tadi lagi.
Beberapa saat kelak aku bakal menjadi isteri orang. Milik orang. Aku bakal mengalas tanggungjawab yang besar. Belum apa-apa tubir mata dah terasa panas.
Aku angkat kepala. Pandanganku bersabung dengan pandangan Hariz. Matanya seolah-olah bertanyakan keadaanku.
Aku senyum. Terus dia paling menghadap tok kadi. Tumpuanku kini hanya kepada Hariz Eskandar. Bakal suamiku.
“Bismillahirrahmanirrahim,” bergema satu dewan suara tok kadi. Mic dibaiki.
Aku tekun mendengar tok kadi memberi kuliah. Beberapa surat diminta untuk ditandatangani.
“Baik, Hariz Eskandar bin Luqman.” Tok kadi mula bersuara. Jantungku berdegup lebih kencang.
“Saya,”
“Aku nikahkan dikau dengan Ariana Safwa binti Ahmad berwakil walikan aku, dengan mas kahwinnya sebanyak 20 ribu ringgit, tunai.” Terbeliak mataku. 20 ribu? Bapak banyak!
“Aku terima nikahnya, Ariana Safwa binti Ahmad dengan mas kahwinnya sebanyak 20 ribu ringgit, tunai.”
“Sah?”
“Sah.”
“Sah?”
“Sah.”
“Alhamdulillah,” tubir mataku automatik panas. Tanpa dipinta, air mata laju membasahi pipi.
YOU ARE READING
PENERBANGAN CINTA
Romance୭ 🧷 ✧ ˚. ᵎᵎ 💌 𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ 1𝒔𝒕 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐏 𝐄 𝐍 𝐄 𝐑 𝐁 𝐀 𝐍 𝐆 𝐀 𝐍 𝐂 𝐈 𝐍 𝐓 𝐀 ᵃ ᵛ ⁱ ᵃ ᵗ ⁱ ᵒ ⁿ ˡ ᵒ ᵛ ᵉ 𝐻𝑎𝑟𝑖𝑧 𝐸𝑠𝑘𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 × 𝐴𝑟𝑖𝑎𝑛𝑎 𝑆𝑎�...