03 | 𝐀𝐕𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 🛫

134 16 0
                                    

BERSISA waktu seminggu sahaja lagi sebelum Maisarah melanjutkan pelajarannya ke London

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSISA waktu seminggu sahaja lagi sebelum Maisarah melanjutkan pelajarannya ke London. Sedih. Berat terasa hati mahu melepaskan Maisarah ke London.

Tapi siapalah aku kan? Semoga Allah melindunginya sentiasa.

"Ariana Safwa! Kau termenung apa dari tadi sampai aku cakap satu habuk pun kau tak respon?" Tersentak terus aku dibuatnya. Aku berpaling ke arah Maisarah.

Dia bersama komputer ribanya berjalan ke arah aku yang berada di meja dalam bilikku. Adalah tu, nak minta tolong aku. Kalau tak, haram muka dia nak masuk bilik aku!

"Apa?"

"Kau kan bijak.. Yang ni nak buat macam mana?" Itulah modalnya untuk minta pertolongan dariku. 'Kau kan bijak'. Heish.

Aku lihat skrin komputer ribanya. Pelbagai kod arah terpapar. Aduh, aku dah lama tinggalkan sains kompeter ni.

"Aku tak tahu boleh tolong ke tak, tapi aku cuba." Jariku lincah menekan-nekan butang yang ada pada papan kekunci komputer riba Maisarah.

"Aku pergi buat kopi dulu, eh. Kau buat lah." Pamit Maisarah. Aku masih fokus pada kerjaku. Susah ni. Lagi complicated dari perempuan.

Tidak lama kemudian Maisarah tiba bersama dua mug kopi sambil mulutnya terkumat-kamit membebel.

"Asal?" tanyaku berbasa-basi.

"Abang Riz lah. Aku dah buat kopi dua mug tadi, pastu dia pergi ambik satu. Dahlah lama aku buat tadi. Buat dengan penuh kasih sayang." Mug yang berisi kopi tadi diletak ke atas mejaku dengan kasar.

Laju tanganku mengalihkan kertas-kertas kerja. Ya, aku dah mula berkerja dengan Tuan Luqman. Belajar sikit-sikit.

"Abang Riz? Bila dia balik?" tanyaku. Kopi tadi dihirup sekali. Cappuccino! Sedapnya!

"Baru aje. Dia cakap kat mama nak tidur sini malam ni." Terus terbuntang mataku. Hariz nak tidur sini? Dahlah bilik aku sebelah biliknya. Mahu setiap masa aku kena jelingan maut darinya.

Takpun, mahu tak keluar bilik aku. Tapi tak kot. Lepas aje aku bagitau mama, papa dan Maisarah tentang apa yang berlaku padaku haritu. Diorang terus bawa aku berubat untuk hilangkan trauma aku.

Masih tak hilang, tapi alhamdulillah kini aku dah boleh biasakan diri dengan makhluk bernama lelaki. Namun, untuk mempunyai perasaan atau nafsu kepada kaum Adam, aku rasa tidak kot.

"Oh ya, papa outstation mulai esok. Kesian kau kan, papa takde ingatkan boleh freehair dalam rumah, last-last Abang Riz pula datang. Kena bertudung lagi. Apa kata kau kawin aje dengan Abang Riz? Nanti kita jadi kakak ipar dan adik ipar.

Tapi nanti kau dah bukan adik aku. Kau akan jadi kakak ipar aku. Tapi tak apa, at least abang aku nanti dia boleh lawan fobia dia, plus kau pun boleh lawan trauma kau. Ha, satu lagi kau dah takyah pakai tudung sebab Abang Riz kan dah jadi suami kau, automatik papa akan jadi papa mertua kau."

PENERBANGAN CINTAWhere stories live. Discover now