08 | 𝐀𝐕𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 🛫

107 15 0
                                    

JANTUNGKU berdegup kencang bagai mahu berpisah dengan jasad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JANTUNGKU berdegup kencang bagai mahu berpisah dengan jasad. Akhirnya, hari ni. Di tanggal 21/11, aku akan menjadi tunang kepada Hariz Eskandar.

Jambak bunga mawar putih yang kini berada ditanganku dipandang. Aku berbaju kurung moden berwarna soft purple dikenakan dengan tudung shawl putih. Aku pun tak tahu match ke tak, tapi ni pilihan Hariz.

Mama paksa dia pilih waktu kami pergi ke butik tempoh hari. Dia jawab ala-kadar aje dalam vc haritu. Tak kiralah, aku dah cakap awal-awal kat mama, nanti waktu bersanding aku nak warna pink!

Camera yang mengambil gambarku dipandang. Para tetamu juga ramai. Naik segan pula. Sedih pun ada. Bakal suami tak ada pun waktu bertunang. Orang lain bahagia aje waktu tunang bakal pengantin lelaki tunggu kat luar, tapi aku?

Senyuman kelat terukir dibibir. Maisarah kata Hariz seorang yang matang. Kalau matang takkan dia biarkan aku bertunang sorang-sorang?

Aku tahu dia bukan sekadar fobia, tapi dia memang taknak kawin dengan aku. Kalau dia betul-betul nak lawan fobia dia, dia akan datang. Dia takkan biarkan aku sorang-sorang.

Mungkin dia terima lamaran aku pun sebab mama dan papa paksa?

Aku mengangkat wajah sebaik sahaja merasa lampu-lampu dari camera-camera tadi mula bercahaya. Turut kedengaran bunyi-bunyi dari camera tersebut.

Pemandanganku dihiasi dengan wajah bersih mama yang melangkah ke arahku. Maisarah yang berada disebelahku sudah siap bersama dulang yang berisi sebentuk cincin berlian.

"Assalamualaikum bakal menantu mama.." Puan Humaira memberi salam. Tubir mataku serta merta terasa panas apabila mengingatkan hubungan kami yang bakal berubah kelak.

"Waalaikumsalam, mama." Puan Humaira mengambil sebentuk cincin berlian tadi lalu menyarungkan pada jari manisku. Aku menyalami tangan Puan Humaira. Terdengar pelbagai bunyi camera yang merakam moment itu.

Maklumlah, kawin dengan anak pengusaha syarikat antara termaju. Kawin pula dengan Hariz Eskandar yang terkenal dengan sifat dingin dengan perempuan. Orang luar tak tahu Hariz ada fobia.

Cahaya kamera berkelip-kelip. Aku tersenyum kepada setiap kamera. Dan setelah itu bermulalah sesi mengambil gambar.

Aku banyak ambil gambar dengan Maisarah. Bagaikan Maisarah pula pengantin lelaki. Hahaha.

Usai itu, aku terus mengajak Maisarah ke dapur. Biar orang lain tak buat, tapi aku buat. Biasanya orang yang bertunang akan duduk aje atas pelamin pastu layan-layan tetamu, kan?

Tapi aku taknak. Tak best. Lebih baik aku berborak dengan Maisarah tentang impian kami yang tak akan kesampaian.

"Wey cuba tengok cincin kau." Aku menghulurkan tangan kepada Maisarah.

"Bapak cantik! Siapa pilih? Mama ke?" Tanganku diangkat ke atas dan diletakkan ke atas meja dan diangkat balik. Maisarah menganalisis kecantikkan cincin tersebut. Aku angkat bahu. Mana aku tahu, balik-balik dari kerja dah siap beli cincin.

PENERBANGAN CINTAWhere stories live. Discover now