04 | 𝐀𝐕𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 🛫

109 14 1
                                    

AKU memandang Hariz dengan wajah ketatnya dari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU memandang Hariz dengan wajah ketatnya dari tadi. Gurun pula aku dibuatnya. Selepas dia rampas fon aku tadi, satu patah perkataan pun tak keluar dari mulutnya.

Kini kami menuju balik ke rumah mama. Aku dah sedia nak tadah telinga nanti. Salah aku lah kan sebab mute fon tadi. Heish.

"Abang Riz marah Ariana ke?" tanyaku memecahkan kesunyian. Kepala didongakkan ke depan. Nak tengok muka Hariz.

Terus dia memberhentikan kereta. Hampir tersembam ke depan aku dibuatnya.

"Abang Riz kenapa?!" marahku. Kalau jatuh tersembam kat depan tadi, mahu kemik hidungku.

"Kau... Jangan dekat." Tegas suaranya. Alamak. Aku lupa dia fobia dengan perempuan.

"Sorry.." sengih tak bersalah ditayangkan. Hariz sambung memandu. Aku dibelakang hanya diam sambil memerhatikan langit yang cerah.

Bila lah aku nak bebas.. Lambatnya nak masuk kerja! Tak sabar dah ni! Hehe.

Sejak dari tadi, hanya sunyi menemani kami. Akhirnya kami tiba di rumah. Aku terus berlari anak masuk ke rumah. Nak tunjuk muka cantik aku ni, haha. Mana tahu mama rindu ke.

"Mama!!" sapaku riang. Puan Humaira yang sedang memasak terus berjalan laju ke arahku. Badanku dipeluk kemas.

"Ariana.. Ariana pergi mana? Tahu tak mama dan papa risau. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Wajahku diusap-usap. Mata Puan Humaira berair. Rasa bersalah makin menggunung dalam hatiku.

"Ariana pergi jalan-jalan kat mall pastu tengok wayang aje tadi." Kataku berserta sengihan tak bersalah. Berjangkit dengan Maisarah dah ni.

Tapi aku terharu. Mama dan papa risaukan aku macam aku ni anak kandung diorang. Kadang aku terfikir, kenapa diorang sanggup terima aku dan percayakan aku.

Andai kata aku sebenarnya jahat, pengintip orang jahat ke? Kan naya.

"Lain kali, bagitau mama dulu. Kenapa tak pergi dengan Abang Riz?" soal Puan Humaira. Aku diam sejenak. Takkan nak cakap Hariz tinggalkan aku?

"Taknak lah. Abang Riz kan takut perempuan. Kesian Abang Riz nanti." Bab-bab cari alasan ni, bagi aje kat aku. Juara menjawab. Bernas tak bernas tu belakang kira.

"Takpe lah, pergi naik mandi. Ariana dah makan tengah hari ke belum?" Aku menggeleng. Rasanya belum. Tak ingat dah. Hahaha. Yang pasti aku lapar.

"Kita makan sama-sama. Ariana pergi mandi dulu." Aku hanya mengangguk sebelum mengorak langkah naik ke bilik. Alamak rindunya Maisarah!

-ˋˏ ༻ 𝒂 𝑟 𝑖 𝑎 𝑛 𝑎 𝒔 𝑎 𝑓 𝑤 𝑎 ༺ ˎˊ-

SIARAN tv bertukar-tukar mencari rancangan yang menarik. Kepala disandarkan ke sofa. Bosannya! Aku bersendirian dirumah.

PENERBANGAN CINTAWhere stories live. Discover now