11 | 𝐀𝐕𝐈𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 🛫

104 13 0
                                    

BUAIAN dihayun perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUAIAN dihayun perlahan. Langit malam yang dipenuhi bintang. Aku menghela nafas berat. Patut ke aku bagitahu Hariz tentang kisah silam aku?

Tapi itu macam aib aku. Aib keluarga aku. Tapi dia bakal suami aku, dia berhak tahu latar belakang aku sebagai bakal isteri dia.

Macam mana kalau lepas aku bagitau dia, dia berubah niat. Dia nak batalkan perkahwinan kami? Mengeluh lagi.

"Mama.. Kakak buntu. Kakak rindu mama." Perlahan-lahan tubir mata terasa panas. Aku mendongak memandang langit. Tenang. Seolah-olah mama sedang memandang aku semula bersama senyuman.

Dan.. ada papa yang memeluk mama dari belakang. Mereka memandang aku dengan senyuman manis seolah-olah memberi semangat.

"Ehem," terdengar suara garau berdehem. Aku berpaling. Hariz.

"Abang Riz buat apa kat sini?" tanyaku bersama senyuman. Air mata dilap.

"Aku sepatutnya tanya kau buat apa kat sini." Aku tersenyum lagi. Hariz melabuhkan punggung berhadapan denganku.

Kepalaku kini hanya terfikir patutkah aku bagitahu Hariz? Mata dipejamkan sesaat.

"Kau okay ke?" soal Hariz. Mataku kembali terbuka. Aku senyum dan angguk.

"Jangan ambil hati sangat dengan kata-kata Mira. Kau bukan orang luar. Kau bakal isteri aku. Kau tunang aku. Kau keluarga aku." Hariz senyum manis. Aku turut tersenyum.

Rasa terubat sedikit hatiku dengan senyuman manisnya yang akan selalu mencairkan mana-mana perempuan.

"Abang Riz.." aku diam seketika. Hariz tetap pegun menunggu kata-kata seterusnya dariku.

"Ariana nak jujur." Aku beranikan diri pandang matanya. Dahi Hariz berkerut.

"Jujur apa?" tanyanya hairan.

"Ariana sebenarnya atrowomen."

Hariz raup rambutnya ke belakang. Mata kembali memandang aku.

"Ingatkan apa lah tadi!" Wajahnya jelas lega. Aku senyum pahit. Bukan itu sebenarnya yang aku nak bagitau.

"Abang Riz, Ariana nak tanya."

Hariz pandang aku dan memberi isyarat 'teruskan'.

"Macam mana kalau Ariana cakap latar belakang Ariana tak seindah orang lain?" Kataku perlahan. Jujur aku takut untuk mendengar jawapannya setelah ini.

"What's wrong with that?" soalnya mula fokus.

"Abang Riz pun tahu macam mana keadaan Ariana waktu mama jumpa Ariana, kan?" Aku mula jujur. Hariz mengangguk.

"Ariana tak suci. Abang Riz patut tahu semua tentang Ariana. Kalau Abang Riz tak sudi terima Ariana pun tak apa. Ariana reda." Aku tersenyum nipis.

"I already know everything about you, Safwa." Itu sahaja balasannya. Aku mengerutkan kening. Maksudnya?

PENERBANGAN CINTAWhere stories live. Discover now