BUTIK The Iris's dituju. Mama kata, butik ni bagus. Walaupun pakaiannya harga kayangan, namun berkualiti tinggi. Layanan disana juga tiptop.
Iris Alaeza. Itulah nama pemilik butik tersebut. Mama kata Iris tu kawan Maisarah. Nak beli baju kawin aku, tapi semua ikut. Sekali dengan Maisarah juga ada.
Tuan Luqman memarkir kereta betul-betul di hadapan butik tersebut. Hampir jatuh rahangku melihat butik The Iris's. Di usia 24 tahun, dia dah boleh ada butik yang besar kedebuk ini?
Aku yang pemilik Syarikat M's Beauty ni pun semua usaha papa. Bukan aku. Bapak argh! Idola.
Puan Humaira dan Tuan Luqman melangkah masuk terlebih dahulu. Kemudian diekori aku dan Maisarah. Barulah Hariz masuk.
"Iris! Iris Alala! Aku datang ni!" Maisarah melaung mencari Iris. Nampak gaya macam Maisarah dan Iris ni rapat.
"Roseeee! Lamanya kau tak datang sini!" Kelihatan seorang gadis cantik berlari anak ke arah Maisarah. Aku syak itulah Iris.
"Eh, Aunty Maira." Iris menyalamni Puan Humaira sebelum tersenyum ke arah Tuan Luqman dan Hariz.
"Ni siapa? Future wife Abang Riz ke?" Iris mendekatiku. Aku ditilik dari atas ke bawah. Dia berpusing-pusing menganalisis diriku.
"Pandai kau, betul." Jawab Maisarah. Membulat mata Iris.
"Seriously?!" Iris memegang kedua belah bahuku. Aku hanya tersenyum kekok dan mengangguk.
"Gila! Kau pakai apa dho? Eh nama dia apa?" sempat aku dengar dia bertanyakan perlahan namaku.
"Ariana," jawab Maisarah turut bernada perlahan. Cis, ingat aku tak dengar ke?
"Kau pakai apa dho Ariana? Aku betul-betul ingat Abang Riz akan single sampai tua. Hebat dho kau. Respect!" Bersungguh Iris berbicara. Nampak gaya sekepala dengan aku dan Maisarah ni.
"Aku paksa dia kawin dengan aku," bisikku. Tapi aku tahu semua orang dengar.
"Kau tak dapat jelingan maut ke?" Kami berbicara dalam nada berbisik. Cis, berbisik ke kalau semua orang boleh dengar?
"Entah, tak ingat.."
"Oh ya, back to the main point. Selamat datang ke The Iris's. And I am the owner," senyuman yakin terukir dibibir. Sempat Iris posing beberapa. Aku tergelak kecil.
"Dah-dah. Aunty datang sini nak tempah baju pengantin untuk Abang Riz dan Ariana." Puan Humaira langsung ke isi sebenarnya.
"Aunty nak baju macam mana? Semua ada." Ujar Iris bersama gaya tangan dipinggang dan kepala sedikit terdongak bersama sebelah tangan lagi memegang rak baju.
"Ariana nak baju macam mana?" Puan Humaira memandang aku. Eh? Aku kena pilih ke?
"Ikutlah. Ariana okay aje." Aku senyum manis.
YOU ARE READING
PENERBANGAN CINTA
Romance୭ 🧷 ✧ ˚. ᵎᵎ 💌 𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ 1𝒔𝒕 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐏 𝐄 𝐍 𝐄 𝐑 𝐁 𝐀 𝐍 𝐆 𝐀 𝐍 𝐂 𝐈 𝐍 𝐓 𝐀 ᵃ ᵛ ⁱ ᵃ ᵗ ⁱ ᵒ ⁿ ˡ ᵒ ᵛ ᵉ 𝐻𝑎𝑟𝑖𝑧 𝐸𝑠𝑘𝑎𝑛𝑑𝑎𝑟 × 𝐴𝑟𝑖𝑎𝑛𝑎 𝑆𝑎�...