❝ Macam bersambung je.. ❞ Kata Leena mengerutkan dahinya. ❝ -agak agak apa punca dia? ❞ tanya Leena kepada dua rakannya.❝ Aku dengar cerita laa.. perempuan tu histeria bermula dari tandas lama tu. ❞ Jawab Raisa.
❝ Tapi macam ya, sebab tandas lama tu pastu bahagian hujung adalah tempat seorang perempuan bunuh diri, tak silap aku. And tali putih kat siling yang dia bunuh diri pun still kat sana. ❞ Eve menyokong kata kata dari Raisa kerana itu cerita turun menurun dari Senior mereka.
❝ Bitch, tak aman aku nak menimba ilmu lepasni. ❞ Muka Leena seperti pasrah.
Tak lama lepastu mereka dikejutkan dengan satu kroni perempuan Form 3 yang memapah perempuan tengah menangis kuat. Mereka bertiga hanya menyaksikan sahaja tanpa berkata apapun. Sepertinya mereka ingin ke surau yang berada di seberang asrama perempuan.
Dan tak lama setelah itu muncul lagi perempuan islam bertudung juga menangis dan dipapah oleh kawannya, seperti perempuan tadi mereka sepertinya hendak menuju ke surau.
❝ Wow... ada lagi ke ni? ❞ Eve sedikit risau dan mengeluarkan rantai cros di dalam bajunya lalu mengenggam.
❝ Uncomfortable siaaa.. ❞
Mereka dikejutkan dengan teguran dari rakan Leena yang berbaju pengawas. Namanya Tia.
❝ Korang nak tau ke sapa kena first semalam? ❞ Tia mengatakan hal itu kerana sudah tentu ketiga rakannya itu tidak mengetahui siapa yang histeria petang semalam.
❝ Sape? ❞ Tanya Leena yang sungguh penasaran apa yang telah terjadi petang semalam.
❝ Kenal Rebbecca? Perempuan tu lah yang kena! ❞
❝ Rebbecca mana? ❞
❝ Aduhhh! Si Rebbecca tuuu, yang pernah minta tumpang kat aku tu lah! ❞
❝ Ohhhhh!!! Kenal! Rebbecca kelas 2 Harum ke? ❞
Tanya Leena kembali.❝ Iye, tu lah dia. Dia kata dia mula mula nampak 1 bayangan hitam kat cermin tandas lama tu. Lepastu iman dia tak kuat tau. Kawan dia tanya dia kenapa sebab diam semacam pastu pucat. Tak sempat dia menjawab, kawan dia tu memapah hingga ke kelas. Dah beberapa minit dekat kelas dia menangis sebab tengok bayangan hitam tu dekat belakang kawan dia yang sorang lagi. Lepastu dia kata dia tak sedar, tetapi apa yang kawan dia tengok Rebbecca tu meraung seperti wanita mengerang. ❞
❝ Hah..? ❞
❝ Dia tak agresif sangat cuma mengerang lepastu kawan dia bawa dia pergi kaunseling dan membaca doa disana. ❞
❝ Lepastu? ❞
❝ Dia pun menjerit kat bilik Kaunseling. Jadi jeritan tu lah yang kita dengar semalam. Lepastu dah beberapa minit dia sedar, guru kata baik dia balik tetapi Rebbecca menangis lagi dia kata ada orang tahan kaki dia, benda tu tak suruh dia balik. Cikgu Remi kan guru komputer korang, cikgu Remi pandai tengok benda tu lepastu sama kampung ngan Rebbecca. Sebab tu masa komputer korang separuh masa je.. ❞
❝ Lah pulakk.. cikgu Remi pandai tengok benda tu ke? ❞ Sampuk Raisa seakan tidak percaya.
❝ Cikgu Remi memang pandai tengok benda tu. ❞ Jawap Leena.
YOU ARE READING
Sekolahku.
Horror[COMPLETE] Sekolah yang telah berusia 57 tahun tuanya. Baru baru ini murid murid telah diganggu oleh hantu. Adakah hal punca dari murid sendiri? Leena dan kawan kawannya menyaksikan semua kejadian yang tak pernah dia lihat lalu meninggalkam bekas da...