05

13 1 0
                                    

Leena's pov.

Aku naik ke kelas bersama Raisa, Eve, Ashley, Tia dan Fina. Kami tertawa dan berborak sambil berjalan menuju ke kelas yang berada di Block B tingkat 2 kelas 2 Budaya. Saat aku naik tangga aku dapat merasakkan satu aura yang aneh. Ah.. mungkin perasaan aku sahaja. Setelah naik tangga mengapa bahu ku terasa amat berat.. padahal aku hanya membawa 3 buku untuk subjek hari ini.

Akhirnya aku sampai ke kelas bersama 4 orang kawan ku. Tia? Kelas lain. Aku tercungap cungap kerana kelelahan sehingga aku di tegur Raisa kerana tempat duduk Raisa hanyalah berada di depan ku sahaja.

❝ Kau okay ke? Macam tak je. Muka kau dahla pucat cam orang kepenatan padahal kelas kita dekat je. ❞

Aku pun tahu bahawa aku memang cepat kepenatan kerana tubuhku yang besar ini.

❝ Okay je ni, penat bah naik tangga hari hari, cuba buat elevator ke... ❞

Jawabku sambil membuka penutup botol air. Lalu meminumnya.

❝ Bersenam lah sikit.. bongok. Tapi yalahkan kalau 3 tahun aku naik tangga camni tiap hari tak lama lagi tinggal tulang mat.. ❞ Kata Raisa yang sedikit menyokong permintaan dariku.

❝ Oh ye.. Kau nak beli nasi tapau tu ke nanti? ❞

Lagi lagi Raisa bertanya dekat aku beli ke tak nasi tapau harini.. Bukan taknak cuma mahal nak mampus RM 5 dalam dia ada 2 lauk je, ayam dengan sayur. Aku ni dahla jenis tak makan sayur.

❝ Kau tak rasa membazir ke sial? ❞ Rungutku.
❝ Kalau hari hari camni bole miskin aku.. ❞
Sambungku.

❝ Hmmm... Takyah jela hari jumaat nak ke? ❞

❝ Boleh je, sebab murah kalau hari jumaat RM 3 je.. ❞ Jawab ku menyokong Raisa.

Masa rehat.


Fina mengajak Raisa dan Leena pergi ke kantin manakala Eve dan Ashley hanya menitip duit kepada Leena untuk dibelikan makanan.

Mereka bertiga pun beratur membeli makanan. Setelah itu, mereka ingin naik ke kelas dan memakan makanan di sana.

Mereka berborak santai rancak dalam semua topik, bagi mereka berborak dengan Fina adalah paling best sebab banyaklah topik nonstop yang dia akan cerita dalam 1 hari itu juga.

❝ Nak teman aku tak? Tukar baju sebab lepasni aku nak training. ❞ Kata Fina sambil menyuap nasi ke mulut.

Leena dan Raisa hanya memandang satu sama lain.

❝ Ajak lah yang lain.. Takkan kami berdua je.. Seram lah.. ❞ Pinta Raisa.

❝ Ajak Eve dan Ashley. ❞

❝ Ramai sikit sial, ajak 1 kelas ni pun boleh.❞ Kata Leena.

❝ Takyah la banyak sangat. ❞

❝ Okay, fine! ❞ Rungut Leena.

Mereka bertiga pun selesai makan dan mengajak Ashley dan Eve untuk menemani si Fina menukar baju di tandas sambil menunggu mereka juga membuang air kecil sementara ada kesempatan.

Akhirnya selesai, mereka lalu melepaskan Fina di tengah jalan. Fina menuju arah lurus manakala mereka berempat menuju ke tangga kelas.

Sekolahku.Where stories live. Discover now