Yana termenung jauh di balkoni banglo mewah itu, memikirkan dimanakah Krish sekarang. Adakah dia masih ada urusan "kerja" atau dalam perjalanan pulang ke pangkuannya? Sedang asyik mengelamun, terasa bahunya disentuh lembut. Bila dia toleh ke belakang, Yana tersenyum kelat bila yang menyapanya bukan Krish yang dirindui.
"Alahai, tahulah you rindu Krish tapi janganlah obvious sangat." Jay mencebik mulutnya, tanda protes dengan reaksi Yana. Yana yang tidak peduli dengan protes Jay sambung merenung ke langit senja. Jay memeluk erat Yana dari belakang dan mencium rambut Yana. Menghidu setiap aroma shampu yang terbit. Yana membalas kemesraan itu dengan memegang lembut pipi Jay.
"Sorry Jay. I betul betul rindu Krish. It's just not the same without him."
"I paham Yana....tell you what. Jom kita keluar malam nanti. I'll bring you to the club. Just enjoy the environment dan feel club tu. Nak?"
Yana mengeluh perlahan. Tidak pernah seumur hidup dia jejakkan kaki ke tempat sebegitu. Lagipun, nak pergi ke club kenalah ikut certain dress code kan? Takkan nak pakai tshirt dan jeans je? Serabut pula rasa.
"I takde baju proper nak pakai pergi sana,"
"Takyah risau. Club tu Krish punya. You can go there however you like."
🐎🐎🐎
Jay menunggu Yana dengan penuh sabar di samping kereta Alphard berwarna hitam milik Krish yang memang sengaja ditinggalkan untuk kegunaan harian mereka. Sesekali Jay merenung jam di tangan, memikirkan berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk Yana bersiap.
"Jom," Terpacul Yana di hadapan muka pintu berpakaian midi dress berlengan panjang berwarna merah gelap paras lutut yang dipadankan dengan ballet shoes berwarna hitam. Makeup yang dioles ke wajah Yana juga basic tapi tetap ada manisnya.
"You look lovely as ever Yana,"
"Ah memandai you ni," Bantah Yana akan pujian Jay. Bukan sifat Yana untuk menerima bulat² pujian yang dilontarkan lebih² lagi bila ianya bersifat fizikal. Kereta Alphard mereka laju meluncur keluar pagar banglo itu sebaik sahaja Jay dan Yana menaikinya. Sepanjang perjalanan tiada apa yang dibualkan sangat selain dari tangan Jay yang sekali sekala merayap dan mengulis peha gebu Yana. Yana hanya tersenyum dengan belaian Jay.
"Rindu I ke?"
"Every day. Without missing a beat. You tak rindu I ke? Dah dekat sebulan kita tak main."
"Rindu tu memang ada Jay tapi like I said, tak sama tanpa Krish..." Jay tersenyum dan terus menggosok lembut peha Yana. Sejam kemudian, mereka pun tiba di kelab milik Krish, Gala-X. Yana perasan beberapa orang sedang berbaris di tepi kelab itu, sepertinya sedang tertunggu-tunggu sesuatu. Ada juga yang cuba menyelinap masuk ke dalam kelab itu namun dihalang oleh bodyguard yang setia menunggu di muka pintu.
"Diorang beratur kenapa tu?"
"Nak masuk kelab,"
"Aik? Kenapa kena beratur?"
"Kalau semua masuk, penuh la kelab tu nanti sayang," Jay membuka pintu dan turun dari Alphard diikuti Yana dari belakang, yang masih keliru dan berasa asing dengan apa yang sedang berlaku. Jay menghampiri bodyguard yang menjaga pintu kelab dan sepertinya berbisik sesuatu ke telinga bodyguard itu. Jejaka bertubuh besar tu mengangguk faham lalu membuka pintu kelab, memberi laluan masuk kepada Jay dan Yana. Sebaik sahaja melangkah masuk, telinga Yana dibom dengan ledakan muzik kelab yang sengaja dipasang dengan kuat. Ruangan gelap kelab itu hanya diterangi oleh pancaran lampu laser. Susuk tubuh yang mengisi ruangan kelab juga berpakaian pelbagai fesyen moden. Ada yang berskirt pendek, ada yang berbaju singkat dihiasi labuci labuh dan ada jugak yang hanya berbaju dalam dan mereka semua sedang galak menari mengikut rentak muzik. Terpana Yana melihat suasana kelab itu.
YOU ARE READING
Krishnan
RandomYana, surirumah yang berumur 35 tahun mula merasa bosan dengan kehidupan seks bersama suaminya. Dia mula inginkan kelainan. Mungkin dengan lelaki India yang dia sering bertembung di kedai runcit berhampiran. Namun apa yang dia tak tau, lelaki terseb...