Ubati Luka

16.4K 122 5
                                    

"Saya dah suruh kamu perlahankan suara kan?" Krish masih mundar mandir di hadapan Kak Ina yang sedang duduk di sofa baldu berwarna hijau zamrud.

"Dah sedap macam mana saya nak senyap?" Kak Ina tersenyum nakal sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Tuan!" Terdengar suara seorang lelaki memanggil dari luar. Krish melambai tangannya, seolah memberi signal supaya lelaki itu masuk.

"Saya dah dapat sedikit sebanyak maklumat yang tuan minta. Suami dia bekerja sebagai security guard di sebuah mall. Majikannya bagitahu dia ada sedikit masalah attitude dan sering ponteng kerja. Selain itu dia juga selalu sewa bot kepunyaan Encik Ahmad Darus untuk memancing ke laut dalam. Tidak mempunyai hutang namun...sering melanggan 'ayam'."

Krish mengangguk faham kemudian mengarahkan lelaki itu menghantar Kak Ina pulang. Krish resah memikirkan keadaan Yana yang terkejut melihat adegan berahi dia bersama Kak Ina. Dia sangkakan Yana berfikiran terbuka namun sangkaannya meleset sama sekali.

Nasi sudah pun menjadi bubur. Tiada apa yang Krish dapat lakukan selain dari menunggu Yana untuk menghubunginya. Sementara itu terpaksalah dia mencari tukang cuci lain untuk mengemas rumahnya sementara ini.

🐎🐎🐎🐎

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di rumah Krish. Yana masih keliru dengan apa yang dilihatnya tempoh hari. Dan yang paling pelik...kenapa dia merasa ghairah apabila menonton aksi melampau itu. Secara moralnya, apa yang Krish lakukan amatlah salah di mata masyarakat tapi jika difikirkan kembali...pastinya seronok dan teruja jika dapat merasa batang selain kepunyaan Melayu.

"Tidak! Ini salah! Sudahlah melakukan maksiat lepas tu dapat bayaran pula. Tak ubah seperti pelacur!" Bentak Yana sendirian, cuba untuk bawa kembali hati nuraninya ke jalan yang lurus tapi jauh disudut hatinya masih ada rasa ingin tahu apa rasanya 'bermain' dengan Krish.

"Daripada aku terus termenung atas sofa buruk ni, baik aku pergi masak sebelum 'bos besar' balik," Yana bangkit dari sofa dan menuju ke dapur namun langkahnya terhenti bila kedengaran seperti pintu rumah dibuka, muncul kelibat suaminya yang baru pulang dari kerja.

"Eh abang, kata kerja sehingga pukul 11 malam.... Kenapa abang masam muka ni?" Suami Yana menghempas pouch beg lusuh ke lantai dan menunding jari ke arah Yana.

"Kalau ko tak berenti kerja hari tu, tak payah aku pening pening nak cari duit," jerkah suaminya.

"Kenapa ni bang? Apa dah jadi ni?" Yana cuba bertenang walaupun hatinya juga sedang panas dengan sikap suaminya itu

"Aku dah janji dengan kawan aku nak bayar set pancing yang aku beli dari dia hari tu. Tapi dah ko berenti kerja ni, macam mana aku nak bayar?"

"Abang pandai pandai berjanji siapa suruh? Berapa ribu set pancing tu?" Yana bernada sinis. Apa ya itng Yana tak tahu, jawapan yang bakal suaminya beri akan mengejutkan dia.

"RM3000...." Melopong mulut Yana bila mendengarnya. Maka terjadilah perang mulut antara pasangan suami isteri itu. Yana menyalahkan suaminya boros manakala suaminya menyalahkan Yana menjadi batu bebanan keluarga itu. Yana menangis semahu mahunya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia keluar dari rumah sekarang. Tapi ke mana? Yana mencapai beg sandang belakang dan mula memasukkan beberapa pasang pakaian ke dalam beg itu. Selesai berkemas, dia mencapai kunci rumah dan menelefon teksi untuk mengambilnya. Melihatkan keadaan Yana yang membawa begpack bersamanya maka bertempiklah suaminya mengatakan Yana isteri derhaka dan menyusahkan suami.

"Perempuan gemok tak sedar diri! Aku harap ko mampos malam ni!"

Terus melangkah Yana. Terus. Melangkah.

"Ke mana kita Yana malam malam ni?" Tanya makcik teksi bila Yana melangkah masuk ke dalamnya.

"....rumah banglo hari tu,"

🐎🐎🐎🐎

Yana hanya berdiri di hadapan pintu pagar itu. Sesekali kakinya melangkah ke kiri kemudian ke kanan. Betul ke apa yang aku buat ni? Malam malam ke rumah orang bujang yang bukan mahram malah bukan seagama. Betul ke tindakan ko ni Yana?

"Yana???" Kedengaran suara dari interkom. Yana terkejut dengan suara statik Krish. Macam mana dia tahu aku ada di sini? Yana lihat sekeliling dan kemudian ternampak sepasang kamera di kiri dan kanan pagar itu. Tanpa berlengah lagi, Yana menekan butang interkom.

"Krish...saya...." Pintu pagar terbuka sendiri sebelum sempat Yana menerangkan situasinya. Sebaik sahaja Yana melangkah masuk, pintu pagar itu tertutup semula secara sendiri. Kelihatan Krish sedang menunggunya di pintu rumah tanpa berbaju, hanya mengenakan sweatpants berwarna kelabu. Bidangnya dada, bisik Yana sendirian.

"Kenapa ni Yana?" Soal Krish perlahan. Yana memandang muka Krish dan cuba buka mulut untuk memberitahu apa yang telah berlaku namun air matanya pula yang mengalir keluar. Menangis teresak esak lah Yana di hadapan Krish.

"Masuklah Yana, we'll talk inside," Yana menurut jemputan Krish, terasa lemah kakinya akibat bebanan emosi yang semakin menekan dirinya. Persekitaran banglo itu agak gelap sekarang, mungkin kerana Krish sudah pun tidur waktu dia tiba. Aih, menyusahkan Krish lagi aku ni.

"Yana duduk dulu. Nanti saya buatkan air," Yana mengangguk dan mengambil tempat di sofa 3 seater berkain baldu itu. Tangisannya masih tidak berhenti. Tidak lama kemudian, terbit satu aroma yang sungguh mengasyikkan. Air coklat panas.

"Saya dengar air coklat panas mampu ubati hati yang terluka," ujar Krish yang cuba menghiburkan hati Yana. Yana cuba mengukir senyum namun terasa kelat dan ketat. Krish kemudian menggenggam tangan Yana dengan lembut.

"Malam ni kita tak perlu bincang pasal apa yang terjadi. Kita cakap pasal benda lain, okay?" Yana mengangguk perlahan. Malam itu macam macam topik mereka bualkan seperti asal usul keluarga, pekerjaan, harapan pada masa akan datang dan juga hal ehwal serta gossip semasa. Sepanjang perbualan tidak pernah sesekali Krish berbangga diri atau berbincang perihal duit di depan Yana. Yana berasa senang sekali dengan sifat Krish yang merendah diri setiap masa.

"Terima kasih Krish sebab sudi ambil Yana sebagai tetamu malam ni tapi saya rasa saya kena beredar sekarang,"

"Kenapa pula Yana? Sini ada tersedia bilik tetamu untuk Yana tidur buat seketika. Tak perlu susah susah Yana cari tempat menginap yang lain." Yana mendiamkan diri, otaknya sedang ligat cuba mencipta alasan untuk menolak jemputan Krish.

"Lagipun, kalau saya jadi suami Yana, saya takkam berdiam diri duduk di rumah menunggu kepulangan isteri. Saya pasti akan keluar mencari. Lebih teruk, suami Yana akan cuba paksa Yana pulang dan mungkin cederakan Yana. Kalau dia cederakan Yana...saya takkan sesekali lepaskan dia," Krish genggam erat penumbuknya seperti jikalau suami Yana berada depan matanya sekarang akan dia hayun penumbuk sulung tepat ke mukanya.

Ada betul juga kata Krish tu. Sia sia sahajalah aku keluar dari kandang buaya semata mata nak masuk semula.

"Mana bilik saya Krish?" Tanya Yana dengan senyuman. Melihatkan Yana kembali tersenyum, Krish juga melirikkan senyuman manisnya dan kemudia menarik tangan Yana menuju ke tingkat atas. Krish membawanya ke bilik yang bersebelahan dengan study room. Krish membuka pintu bilik itu dan di dalamnya terhias dengan hiasan indah tapi ringkas. Minimalistic omputih panggil.

"Cantik," ujar Yana. Krish tersenyum puas.

"Kalau cantik, duduk sini lama sikit ye?" Krish mengusik Yana. Yana hanya tersenyum dengan usikan bersahaja Krish itu.

"Jadi live in maid la saya ni, Krish?" Ujar Yana. Krish berfikir sejenak dengan statement Yana lalu tersenyum.

"Nampaknya begitulah," Yana

KrishnanWhere stories live. Discover now