WAJAH tidak berperasaan itu memandang nendanya kosong tanpa rasa takut mahupun gentar. Si adik pula rancak berbalas mesej dengan kekasih. Apa nak jadilah Megat Isa Iman ni seorang.Kecik besar kecik besar saja Nenda Asiah memerhatikan gelagat cucu-cucunya yang paling bertuah itu.
Selama 5 tahun, hidup Nenda Asiah dimeriahkan dengan ditemani 3 orang cucunya. Yang sulung, Megat Nuh Iman, kedua Megat Isa Iman dan yang bongsu Megat Luth Iman.
Sejak kematian satu-satunya anak lelaki yang dia ada iaitu arwah Megat Terawis 5 tahun yang lepas di tanah suci, Nenda Asiah menjadi penjaga yang paling dikasihi cucu-cucunya. Biarlah semuanya dah dewasa pun, tapi masih lagi manja di mata Nenda Asiah.
"Tengok tu nenda 'pum pang-pum pang' macam guruh ni pun dia buat tak dengar saja haih cucu ooo cucu" bebel Nenda Asiah.
"Nanti kalau Nuh membantah karang nenda claim Nuh cucu derhaka pula" itu saja modal yang Nuh punya untuk membela diri.
Bukan niat mahu membujang sehingga ke tua, tapi dia langsung tidak berminat dengan usul nendanya itu yang mendesak menyuruh dia kahwin. Urusan di pejabat pun tidak menang tangan mahu diuruskan apatah lagi mahu mengurus pe'el anak dara orang.
"Tengok kawan-kawan Nuh yang nenda kenal la, Ghibran tu dah ada anak dua dah. Yang lagi sorang, Tengku Budriz tu anak nak masuk tiga. Tak teringin ke nak ada kehidupan sendiri, Nuh?" Tanya Nenda Asiah. Dah berbuih mulut mengingatkan cucunya itu.
"Teringin la juga nenda, tapi biarlah. Ada jodoh Nuh kahwin la. Ni orang sebelah ni nenda tak mahu tanya? Gatal kaki dah nak berbini" Nuh menghalakan pada adiknya pula.
"Haah nenda, Isa kan ada. Isa dah ada calon. Cantik, seksi, pandai ambil hati orang tua. Kalau nenda restu nanti Isa bawa datang rumah" selamba Isa menjual minyak di hadapan nendanya.
"Tak payah nak mengarut sangatlah kamu tu. Orang tengah bercakap tentang abang kamu. Kamu punya calon tu nak buat apa? Rambut mengurai, pakaian terbuka sana sini macamlah nenda tak kenal siapa dia" cantas Nenda Asiah yang kian mendidih menghadap dua orang cucunya itu.
"Eleh, selek betul nenda ni. Nanti Isa jadi suami dah dapat mandat, Isa bimbinglah isteri Isa baik-baik. Sekarang ni, yang bertutup tu belum tentu terjaga tau nenda. Kan Nuh kan?" Lengan Nuh disenggol meminta sokongan.
"Betul lah tu. Hm dahla cakap soal ni. Nuh penatlah. Nuh naik atas dulu. Nak pergi tengok Luth pula" Nuh meminta diri mahu menyelamatkan diri.
Tinggal lah Isa dan juga Nenda Asiah di ruang rehat tingkat bawah itu.
"Entah-entah abang kamu tu songsang tak? Diam-diam dia tu buat nenda risau sebenarnya" Nenda Asiah menyerkap jarang.
Mahu tercopot jantung Megat Isa tika itu. Dia diantara mahu ketawa dengan kasihan pada Nuh yang dituduh sedemikian.
"Astaghfirullah, tak baik tuduh abang Isa macam tu nenda. Megat Nuh tu masih berpaksikan agama islam dan di jalan yang betul. Nenda tak boleh la macamni, nanti kalau abang Isa tu stress macam mana? Betul juga kata Nuh tu, soal jodoh ni biar yang di Atas yang menentukan. Kalau ada tu ada lah" nasihat Isa pula. Begitulah kalau nenek dengan cucu bertuah ni duduk berdua.
"Jodoh tu kena cari. Nenda ni makin berusia. Kalau boleh sebelum nenda pergi nenda nak tengok paling tidak pun Nuh dengan Isa ada peneman hidup. Lega sikit hati tua nenda ni" balas Nenda Asiah lagi.
"Aduh, ini yang tak boleh ni. Nenda jangan guna modal macamni. Isa sedihlah nenda. Sungguh, percayalah cakap Isa nanti jodoh Nuh akan sampai juga" Isa cuba meyakinkan si nenek yang terlajak risaukan cucunya.
NUH mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu beberapa kali sehinggalah ia terbuka dari dalam. Muncul sosok tubuh tinggi lampai menjengul di depan Nuh. Megat Luth Iman. Adik bongsu istimewa yang dia ada. Paling Nuh dan Isa sayang. Dah berusia 22 tahun pun tetap comel di mata Nuh.
"Babang!" Panggil Luth dengan pelatnya.
"Iya, Luth tengah buat apa tu? Babang kacau Luth ke?" Tanya Nuh mengambil berat sekali perihal adik bongsunya ini.
"Eh taklah, Luth main tu!" Luth menunjukkan mainan robotik dia yang baru siap dipasang.
"Wow, Luth dah siap pasang? Ini dah boleh main ke Luth? Luth nak main dengan babang tak?" Nuh masuk membelek robot yang boleh bertukar jadi kenderaan itu minat.
"Dah! babang, Luth hebat ann?" Luth mencuit bahu Nuh meminta pujian.
"Hebat la, adik babang memang hebat. Nanti babang belikan Luth robot macamni tapi design lain pula nak?" Pancing Nuh. Anak down syndrome seperti Luth, kena pandai tarik minat dia. Barulah okay.
"Nak! Nanti babang beli banyak-banyak kat Luth oleh?" Pinta Luth semangat.
"Boleh, tapi Luth kena sayang babang dulu. Baru abang belikan yang baru" Nuh menjongket kening.
Tanpa dipinta, tubuh kekarnya dipeluk erat oleh Luth dan pipinya pula dicium. Nuh memberi isyarat thumbs up dan Luth membalasnya juga.
"Goodboy. Macam inilah adik babang. Nanti jangan berkurung dalam bilik tau. Jangan kunci pintu bilik. Bahaya. Luth kena teman nenda tu, sebab nenda tak ada kawan. Luth faham tak babang cakap ni?" Pesan Nuh.
"Paham babang. Pasni Luth tak unci dah pintu!" Janji Luth mendengar kata.
"Okay good. Luth dah makan?" Luth mengangguk.
"Dah, Ita bagi bakan. Babanyak Luth bakan tadi" cerita Luth. Nuh ketawa mendengarnya.
Adik oh adik, semua orang dalam rumah ni panggil pembantu rumah kita tu Kak Rozita. Awak panggil dia Ita je eh. Nasib la Kak Rozi....
"Babang keluar dulu okay? Ingat, Luth jangan kunci pintu bilik tau" pesan Nuh sekali lagi dan Luth mengangguk faham.
Begitulah rutin Nuh sehari-hari. Pergi pejabat, balik borak dengan nenda, melayan karenah adik-adiknya dan barulah ber me time di bilik kerjanya di tingkat atas sekali.
TBC.
YOU ARE READING
Nuh's Secret Wife [C]
Random"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mem...