DEMI keselamatan mereka berdua, Nuh membawa Calla pulang ke villa Tan Sri Ammar. Isa memandang kosong si abang yang sedang mengendong perempuan tidak pasti apa status mereka dibawa masuk ke dalam rumah agam kepunyaan Tan Sri Ammar itu. Isa memilih menunggu di luar sekejap."Masuklah dulu Isa, tunggu dekat luar tu bosan. Masuk dulu meh, auntie boleh buatkan air" ajak Puan Sri Bahiyyah.
"Eh tak apa auntie, susah-susah je. Isa tungguh abang je kejap" tolak Isa yang lebih kepad segan sebenarnya.
Yang peliknya abang dia tu. Dapat masuk dalam rumah orang kaya ni bagai lupa diri pula nak keluar semula. Siapa abang dia ni sebenarnya? Isa tertanya-tanya
Calla didudukkan di birai katil. Dengan wajah yang sembab dia memerhati saja perbuatan Nuh yang terlalu khuatir akan keadaan dirinya sekarang. Hati wanitanya tersentuh tiba-tiba.
"Shhh, jangan la menangis. Aku kan ada" pujuk Nuh semula dan Calla menyembabkan wajah di abdomen lelaki itu. Teresak-esak dia menangis sampaikan Nuh pun risau.
Bila mahu menarik jaket denim tersebut, Calla menahan tidak mengizinkan. Nuh tatap wajah sembab itu lama. Sehinggalah Calla membuka mukut dengan sendirinya.
"Ko-kotor...di-dia ci-cium dekat..si-sini..." cerita Calla sambil tersedu.
"Okay then, I'll clean you first. Let's take shower" ajak Nuh dan Calla tidak memberi jawapan. Tangan Calla dipimpin masuk ke dalam bilik air.
Siap mandikan Calla, Nuh mengucup lama setiap bahagian yang disentuh lelaki tak guna itu. Terakhir sekali puncak hidung separa mancung Calla dikucup.
"Kau tetap kepunyaan aku Calla Maleeka. Kau masih isteri aku yang sempurna dan tak ada cacat cela lagi di mata aku. I will make him pay for what he have done to you. Jangan takut lagi okay? Aku ada" Calla mengangguk sambil mengemam bibir kerana terharu.
Selimut ditarik sehingga paras dada dan Nuh mengucup dahi bersih itu.
"Aku turun sekejap. Ada hal nak bincang dengan baba, mama dan Isa. Selesai nanti aku naik semula teman kau okay?" Maklum Nuh dan Calla menagangguk mengerti.
NUH duduk bersandar pada pintu Mercedes Benz hitam sambil memeluk tubuh. Angin malam ini lain macam sejuknya. Mungkin kerana baru lepas hujan. Dia berdehem menghilangkan rasa canggung diantara dia dengan Megat Isa.
"Apa yang kau rahsiakan daripada kami semua Nuh? Ada kaitan ke sebab apa kau tak suka nenda sebut pasal jodoh?" Tanya Isa serius. Mata pula gayanya malam ini.
"Ada, Isa. Calla Maleeka tu isteri aku yang sah. Dah dua tahu aku nikahi dia. Aku minta maaf sebab rahsiakan hal ni daripada semua. Dalam keluarga kita, kau orang pertama yang tahu" cerita Nuh.
"What?! Kau biar betul? Macam mana kau hidup tenang selama dua tahun ni? Nenda tak syak sikitpun?!" Terkejut anak beruk Isa dibuatnya.
"Takkanlah aku nak tipu pula. Aku takut nak bagitahu nenda malam aku dinikahkan tu. Bukannya nikah sebab suka sama suka. Nikah pun dekat surau pejabat agama je. Itupun atas permintaan Tan Sri Ammar sendiri sebab nak jaga nama baik keluarga" tambah Nuh lagi untuk meyakinkan Isa bahawa dia tidak menipu dalam hal ini.
"Kau memang gila Nuh. Habistu, kau keluar malam ni kau cakap apa pada nenda? Oh patutlah kadang kau jarang ada dekat rumah...." Isa senyum senget.
"Aku cakap la aku ada hal. Incase nenda berbunyi pasal aku, aku harap kau tolong la cover aku sekejap eh? Jangan bongkarkan rahsia pula. Buat masa sekarang, tak sesuai lagi nenda nak tahu hal sebenar"
YOU ARE READING
Nuh's Secret Wife [C]
Random"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mem...