TERASA sekejap saja waktu berlalu, hari berganti hari dan harini Nuh sudah berangkat pulang ke tanah airnya semula. Penat jet-lagged diletak tepi dahulu yang penting dia nak melepaskan rindunya pada isteri cantiknya. Tambah, comel juga.Sepatutnya Megat Nuh Iman berjanji untuk mengambil Calla di rumah Tan Sri Ammar tetapi Calla telahpun menukar fikiran. Dia tak mahu kedua orang tuanya tahu yang Calla dan Nuh sedang tidak baik-baik saja. Jadi Calla pulang senyap-senyap ke kondominium yang sudah dua minggu ditinggalkan.
"Assalamualaikum, flower. I miss you so much. Kenapa balik sini senyap-senyap. D text dah kan nak ambil flower dekat rumah baba. And D call nak datang sini kenapa flower tak angkat call D?" Nuh masuk ke dalam rumah pun menggunakan kunci pendua.
Calla hanya diam duduk memeluk lutut menonton tv. Fikiran menerawang entah ke mana. Hanya jasad saja tinggal di rumah.
Apabila ada sentuhan di bahu Calla, menandakan Nuh sudah berada dekat dengannya. Calla mengelak untuk disentuh dan pejam matanya rapat.
'Aku rindu sentuhan ini ya Allah tapi aku tak mampu nak redha apa yang dia buat' rintih Calla di dalam hati manakala mata sudah terasa panas.
"Babyboo D, hey D balik ni. Kenapa ni flower? Macam takada mood je" Tanya Nuh lembut. Dia cuba
"Sini duduk atas riba D. D nak kiss my flower puas-puas" Calla terasa badannya cuba diangkat lalu dia terus berdiri. Mata yang masih merah akibat menangis merenung dia tajam. Bagai mahu telan Nuh hidup-hidup
"Flower ?" Panggil Nuh dalam nada lembut. Wajahnya sedikit kaget. Tangannya yang cuba meraih tangan Calla malah diterpis kasar.
"Dont touch me!" Larang Calla bengis bagai dirasuk. Jelas muka Nuh bingung dengan tindakan tiba-tiba isterinya itu. Lantas tubuh kecil Calla dipeluk erat. Calla meronta ronta minta dilepaskan tapi apakan daya, Nuh mengetatkan pelukan.
"Stop it flower! Sakit. D ada buat salah apa-apa ke? Kalau ada cuba bagitahu apa salah D" Tanya Nuh dengan wajah yang redup. Dia pelik kenapa Calla bertindak begini
"Bukan salah, tapi dosa! Dosa besar Dato' Megat! I hate you! You jijik! I sumpah bencikan you!" Hambur Calla bersama linangan air mata.
"A-apa salah D flower? D tak faham. Kenapa marah-marah macamni sekali ni?" Soal Nuh sedikit sebak. Kecewa dengan sikap Calla yang agak keterlaluan itu. Baru tinggal 5 hari dah mengamuk begini rupa.
Baru Nuh melangkah setapak, Calla menuding jari memberi amaran.
"Kau jangan dekat! Aku jijik dengan lelaki macam kau. Hipokrit!" Sembur Calla.
"Calla Maleeka! Okay fine, nak marah tu marah lah. Tapi biar D tahu salah D dekat mana? Jangan hina D macamni rupa. I'm your husband" Nuh membela diri.
"Sendiri buat salah sendiri fikirlah. I menyesal kenal you Dato' Megat. I bencikan you!" Nuh pejam mata cuba menelan kata-kata nista dari si isteri meskipun pahit rasanya.
"Okay lagi? Apa yang buatkan you menyesal? Selain bencikan I, kenal I apa lagi Calla Maleeka Tan Sri Ammar?" Nuh mengalah juga akhirnya. Nadanya sedikit begetar.
"I menyesal mencintai lelaki hipokrit macam you. Silap I dari dulu I tak fight dengan baba asalkan I tak jadi isteri kepada seorang lelaki rosak macam you ni!" Luah Calla. Tangisan yang tiada henti semakin melebat.
YOU ARE READING
Nuh's Secret Wife [C]
Random"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mem...