HARI ini Nuh ajak buat kerja gila dengan mengheret Calla ke pejabat bersamanya. Calla betul-betul merangkul erat tangan Nuh dan menyembunyikan wajah di sebalik tubuh sasa lagikan maskulin itu. Ada staff yang menegur, ada juga yang terlajak ramah bertanya siapa wanita yang Nuh bawa."She's my wife" umum Nuh takpa riak bersalah.
Rata-rata staf bawahan Nuh semuanya beres belaka. Tak ada yang menunjukkan riak tidak suka atau dengki. Dah memang manusia ditakdirkan berpasang-pasangan. Padanlah dengan Nuh, Nuh kacak level-level model eropah kut dapat isteri pula persis puteri arab. Sama cantik, sama padan.
"Dato' nak minum apa-apa ke? I boleh buatkan" pelawa Calla dan Nuh menjeling bersama sengihan mengusiknya.
"Wah bagusnya. Memenuhi ciri-ciri isteri mithali lah kau ni. Moga syurga tempat kau nanti. Boleh-boleh, nak white coffee kurang manis" pinta Nuh dan Calla menjeling tajam lelaki itu.
Pergi ke pantri, Calla membuat air untuk Nuh. Ada staff yang sedang menggunakan pantri juga tetapi mereka mengutamakan Calla terlebih dahulu. Serba salah Calla jadinya.
"Tak apa, buatlah dulu airnya. I boleh tunggu" kata Calla sopan.
"Eh tak apa datin, kami utamakan majikan terlebih dahulu. Silalah—" ujar salah seorang daripada merek ramah dan Calla mengalah juga.
Kekok pula datang pejabat orang harini. Dahla orang panggil dia datin. Nak berdiri bulu roma rasa. Jadi Calla faham perasaan mamanya sekarang. Sepatutnya panggil Nuh sudahlah dengan gelaran dato' tu. Calla yang tak terlibat ni panggil nama biasa saja. Dia lebih rela begitu. Haihh.
"Nah dato', your white coffee" dengan berhati-hati Calla meletakkan cawan air kopi panas itu di atas meja.
"Thankyou" ucap Nuh. Kemudian, dia perhatikan saja Calla yang mula kebosanan sedang melayan drama di dalam iPad.
"Jom balik" ajak Nuh tiba-tiba dan Calla segera berpaling.
"Dato'? Kita datang tak sampai dua jam lagi dato' dah ajak balik. Kita kena professional dato'. I boleh je tunggu" kata Calla penuh semangat waja.
"Tak apa, Adel dah bagitahu yang aku free je harini. Nak bawa kau tengok rumah landed tu. Lepastu kita balik rumah nenda" jawab Nuh yang sedang berkemas untuk pulang.
"Hm okay" balas Calla mudah. Dah itu yang Nuh cakap, apa lagi dia nak bahaskan.
TERPEGUN Calla saat sampai ke rumah banglo yang masih dalam proses penambahbaikan. Ini banglo mewah sangat ni. Siap ada, mini court dan mini surau berkonsep keterbukaan di luar rumah. Memang memenuhi ciri rumah idaman Calla. Tak apalah kalau Nuh suruh batalkan pinjaman peribadi tu pun. Lebih daripada cukup apa yang Nuh sediakan sekarang.
"Aku sekarang fokuskan lebih kepada bahagian landscape je dulu. Dalam rumah biasa je lagi. Kau nak masuk tengok?" Calla angguk semangat.
"Wow, classy!" Terpesona Calla melihat reka bentuk dalaman rumah tersebut. Sangat cantik.
"Inshaallah, bulan depan boleh la kalau kau nak pindah duduk sini" beritahu Nuh dan Calla angguk faham. Memang dia nak angkut semu duduk sinilah nanti. Kondominium tu biar jadi rumah persinggahan kalau tak larat nak berulang ke pejabat masing-masing.
"Overall, I suka design rumah ni. Cantik dan almost memenuhi citarasa rumah idaman I. Thankyou dato'" ucap Calla.
"Sama-sama kasih. Rumah kau juga" jawab Nuh.
"Arghhh!" Calla melompat terkejut ke arah Nuh kerana ada muncul seekor kucing gebu yang datang menggesel di kakinya.
"Dato' jauhkan dia dato' I geli!" Calla meronta-ronta bahu Nuh merayu minta dijauhkan.
YOU ARE READING
Nuh's Secret Wife [C]
Random"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mem...