B A B 9

28.8K 1K 44
                                    








+Dato', barang dapur habis. Nak duit?

+Dato', transfer RM5k boleh? Nak beli barang. Skincare dengan mandian dah habis :(

+I penat dah berlakon, bila nak bagi I upah ni?

+Total transfer RM10k je la dulu senang cerita






NUH menggaru kening yang tidak gatal saat membaca kiriman whatsapp daripada Calla Maleeka yang sudah dirasuk hantu duitlistiknya. Minta sepuluh ribu macam minta sepuluh ringgit. Nombor Calla didail.

"Hello," Nuh jeling malas bila suara lunak Calla sakan memuji dia melambung ke langit ketujuh.

"Aku transfer lebih tu. Jangan kau habiskan semua pula. Berjimat la sikit. Jangan sampai aku jual kau semula dekat Tan Sri Ammar" pesan Nuh sebal.

"Nanti sampai Jaya Grocer bagitahu. Aku ke sana juga" kata Nuh sebelum mematikan panggilan.

Dia nak tengok sikit barang dapur apa yang nak dibeli sangat tu. Dapur rumah tu bukannya berasap sangat. Calla...Calla...

Mujur laki kau dato'.

Kemudian, Nuh menyambung semula kerjanya yang tergendala disebabkan Calla Maleeka tadi. Bijak wanita itu, waktu Nuh ada dekat rumah tak berani nak mintak. Berani minta dari jauh saja.

Sebaik sampai di pasaraya besar itu, Nuh meminta pemandunya parkir di sebelah kereta Maserati Levante hitam yang dia kenali.

"Dato'," tegur Ezra yang baru turun dari kereta.

"Calla dah masuk dalam?" Tanya Nuh kepada pengawal yang diupah untuk menjaga Calla.

"Dah, datin ada dengan Asqan" beritahu Ezra dan Nuh mengangguk sebelum berlalu pergi.

Calla Maleeka sedang memilih beras dan dengan selambanya Nuh mengangkat sekampit beras basmathi dimasukkan ke dalam trolli. Nuh memberi isyarat mata untuk meninggalkan mereka berdua saja membeli barang.

"Satu je dulu cukup Calla Lily...." Nuh ketap gigi bila Calla mahu mengambil dua bekas buah cherry yang berharga lapan puluh ringgit sebekas itu.

"Tapi nanti kalau tak cukup macam mana?" Calla menyoal semula.

"Cukup, bukannya sejenis buah yang kau beli. Ini buah saja dah ada lima jenis. Siapa nak makan? Kau bukannya baka musang buah. Dah, mari cari barang lain pula" Nuh menolak troli ke bahagian lain pula. Calla berdecit tak puas hati. Datang lelaki ini, habislah semua benda ada sekatan.

"Dato', nak ni?" Pinta Calla sambil menayang kotak bijirin.

"Satu je. Pilih mana kau nak makan. Takpayah nak beli semua jenis. Dapur rumah aku tu bukannya mini market" kata Nuh. Calla muncungkan mulut.

"Nuh nak ni. Tapi yang ini nak banyak!" Calla cakap awal-awal. Kalau coklat dia nak banyak sebab dia hantu coklat.

"Hm, ambiklah" Nuh pula memberi lampu hijau. Habis kesemua jenis coklat Calla sapu. Whittakers, ferero rocher, cadbury, ritter sport semua dia ambil dalam kuantiti yang banyak.

"Eh dah dah. Kau ni melampau pula ya. Nanti takdan 40-an pakai gigi palsu. Nak?" Ugut Nuh.

"Baik dato'..." Calla menjeling lelaki itu tak puas hati.

Calla senyum suka bila Nuh tak bagi dia guna duit yang dia minta atas alasan nak beli barang dapur tadi. Dia perhati sahaja Nuh membayar kesemua barangan yang dibeli. Heh, selamat duit dia. Boleh shopping nanti.













Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now