E P I L O G

38.5K 1.1K 94
                                    






"AAAAAAARGH!" Teriak Luna tiba-tiba lalu merangkak laju ke arah Calla.

"Kenapa adik? Adik why?" Soal Calla risau bila si anak menangis seperti dalam kesakitan.

"Ni..ni..ni!" Puteri Luna Ayesha menunjuk hidungnya yang sudah kemerah-merahan.

"Haa, adik bawak masuk apa pula dalam hidung awak ni dik?" Calla sudah bersuara cemas. Apa lagi, lagi kuatlah si kecil itu meraung ketakutan.

"Sinilah bagi mama tengok. Ini kalau tahu dek baba awak ni dik, mama tak tahulah 3 hari 3 malam awak kena marah" bebel Calla lalu bangun mengambil pengepit tweezer kemudian membuka torchlight handphone.

Lagipula, mereka sudah lali sangat dah dengan perangai si kecik ni. Suka buat benda yang pelik-pelik dan merisaukan.

Perangai anak bongsu gamaknya.

"Kit!...mama kit!" Jerit Luna nyaring.

"Kakak Lily, sini lah tolong mama!" Panggil Calla turut terasa cemas. Selalu sangat perlara begini berlaku semasa ketiadaan Nuh di rumah.

Bertungkus lumus Calla dan Lily membendung si kecil itu agar tidak agresif. Satu rumah dengar tangisan nyaring itu.

"Mashaallah, Puteri Luna Ayesha binti Megat Nuh Iman! Awak sumbat apa dalam hidung awak ni? Mana adik dapat manik ni?" Terkejut Calla dibuatnya bila mendapat 'hasil tangkapan' iaitu adalah manik baju di dalam hidung kecil Luna.

Lily Ayyara tahan ketawa. Macam-macam hal adiknya itu seorang.

"Kit mama kit...." Adu Luna dengan wajah sedih.

"Ye, adik dah  tahu sakit. Tapi kenapa adik masukkan jugak?" Soal Calla yang tidak jadi hendak marah. Rasa nak gelak pun ya juga.

"Lepasni nak buat lagi tak?" Tanya Calla pura-pura garang.

"Naaaa!" Laju saja Luna menggeleng.

"Nak susu?" Soal Calla lagi sampil mengelap sisa air mata Luna.

"Ma! Ma!" Luna menepuk dada Calla perlahan. Comel saja tangan montok itu meminta susu pada si ibu.

"You're so funny Ayesha" Ejek Lily sambil ketawa.

Bagai mengerti apa yang dikatakan kakaknya, laju Luna menggawangkan tangan mahu menepuk kakaknya. Mamanya pula sudah terjegil luas bila si kecil itu sudah mula 'mencari pasal'.

"Adik! Minum elok-elok lah, mama sakit. Awak tu dah tumbuh gigi" Bebel Calla geram.

Patutlah Nuh pesan suruh ajar si kembar berangkai itu untuk berhenti menyusu badan dan tukar kepada botol pula.












MEGAT Nuh Iman pulang terus ke rumah nendanya untuk mengambil Calla dan anak-anak yang menghabiskan cuti sekolah di sana. Harini merupakan hari yang tersibuk yang dia rasakan. Langsung tiada masa untuk rehat.

Sampai di rumah agam Tun Asiah, Nuh dapat rasakan suasana dalam rumah itu dingin sekali. Wajah satu per satu diperhati. Ada nenda, ada Isa dan ada Rania adik iparnya.

Tetapi mana anak dan isterinya?

"Kau pergi mana Nuh?! Malam macamni baru balik" tanya Megat Isa yang sedang meriba anak kecilnya baru berusia dua bulan itu dengan nada yang bengang.

"Aku pergi kerja lah" jawab Nuh tidak bersalahnya.

"Kerja apa? Aku pun kerja jugak tapi boleh je balik  jumpa anak bini. Betul ke kau pergi kerja?" Tekan Isa lagi.

"Kau kenapa Isa? Dah aku cakap aku pergi kerja kan apa yang tak kena dengan ni?" Balas Nuh mula bengang sendiri. Penat kerja tak hilang lagi, kena serangan melulu pula.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now