B A B 8

30.4K 1K 22
                                    










           JAM berbunyi menandakan sudah masuk waktu subuh. Calla masih mamai terkapai-kapai mencari telefonnya mahu mematikan bunyi bising itu dan sudahnya dia terpaksa bangun juga. Calla mengeluh perlahan. Makin berpusing pula kepalanya melihat semua benda.

Calla bangun dan lututnya lembik tiba-tiba. Terus dia jatuh tergoleh seperti nangka busuk dan bergulung sekali dengan duvet tebal yang menyelimuti tubuh Nuh di atas katil.

"Lily?" Suara serak-serak basah Nuh menyeru memanggil si isteri yang tiba-tiba hilang.

Aduh, pagi-pagi buta janganlah buat cerita seram. Selimut tertarik sendiri jatuh ke bawah. Lepastu Calla Maleeka pula tiada di sebelah.

"A-auch!"

Nuh mengintai ke bawah melihat dafi mana datangnya perempuan mengaduh itu. Mata digosok beberapa kali dan ternyata isterinya yang seperti rama-rama baru nak berpecah dari kepompong.

"Lily? Waeyo?" Soal Nuh terpinga-pinga melihat Calla yang kelihatan comel pada pandangannya.

"I pening. Dato' tolong I sekejap" pinta Calla yang nampak tak berdaya mahu bergerak.

Nuh turun dari katil dan mengeluarkan Calla dari gulungan selimut tebal tersebut. Barulah Calla terkedek-kedek masuk ke dalam bilik air mahu mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Dia tak boleh solat lagipun.

Siap mandi, Calla menghabiskan masa dengan telefonnya.

"Hello, datin Calla Lily. Marilah jadi makmum aku di sini. Dah nak subuh gajah dah" panggil Nuh dari kejauhan.

"I period, dato'..." jawab Calla malas.

Terus Nuh menjeling isterinya tak puas hati sebelum berpaling dan solat sendirian.

Siap solat, Nuh datang menghampiri Calla yang sedang memilih baju untuk dipakai ke pejabat. Terus dia menolak pintu wardrobe itu tanpa banyak kata. Calla memandang Nuh pelik.

"Kau masih tak sihat dan aku tak benarkan kau untuk ke pejabat. Tidak sewajarnya ada bantahan sebab aku suami dan kau kena dengar cakap aku" ujar Nuh sambil menyilangkan tangan di dada gaya bos besar mengeluarkan arahan.

"Ta-tapi harini I ada program amal. Dan bukannya I sakit nak mati" Calla membantah juga.

"Memang bukan sakit nak mati. Tapi kalau jadi apa-apa nanti dalam majlis tu, siapa nak tanggung? Jangan degil, duduk rumah diam-diam. Esok baru boleh keluar rumah" tegas Nuh berkata. Dada Calla turun naik tidak puas hati dengan arahan yang baru dikeluarkan.

"Menyampah!" Dia tolak dada bidang itu kasar sehingga Nuh bergerak ke belakang. Nuh senyum sinis kemenangan.

"Hello Hessa—" Calla terpaksa mewakilkan setiausahanya bagi menghadiri program tersebut. Sambil itu matanya menjeling geram Nuh yang berdiri tidak jauh darinya itu.












NENDA Asiah bersiap cantik dengan jubah abaya hitamnya sedang menunggu di buaian jati luar rumah. Sementara pemandunya memanaskan enjin kereta, dia perhati ke sekeliling. Bagus tukang kebun yang diupah menjaga kawasan rumah. Semua kelihatan kemas dan sejuk mata yang memandang.

Tidak lama selepas itu, Range Rover hitam kepunyaan cucunya masuk ke kawasan parkir. Turun Nuh yang masih santai menyarung tshirt putih kosong dan juga tracksuit adidas ikut potongan kaki.

"Kamu tak ke pejabat harini Nuh? Daripada mana?" Soal Nenda Asiah.

"Eh, nenda nak pergi mana cantik-cantik sangat pagi ni? Errr Nuh dari rumah Nuh sebab semalam ada hal dekat office. Tak larat nak pergi office semula, jadi Nuh ambil cuti" Entahlah, orang yang paling kerap Nuh kena minta maaf nenda lah kut. Banyak sangat dosa dia pada wanita tua itu. Nak berterus-terang karang lunyai Nuh kena belasah.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now