B A B 19

22.1K 838 35
                                    











CALLA masuk ke pejabat dengan mood yang berada di tahap sifar. Satu kerja pun tak jalan. Tetapi kerja semakin menimbun. Dia bersamdar pada kerusi kerja dan menghela nafas berat. Duduk rumah tak kena, datang pejabat lagilah. Seperti mencurahkan minyak ke dalam api.

Dalam pada dirinya tengah berserabut itu, Ghibran datang membawa fail menambahkan lagi kerja si adik.

"Good morning datin, ini ada proposal yang team Faiha buat dan dia tak sempat nak bagi sendiri pada El. Tolong" sua Ghibran.

"Okay" balas Calla dingin tanpa memandang Ghibran.

Ghibran rasa pelik dengan layanan si adik. Selalunya Calla baik-baik saja.

"Aik, badmood semacam saja. Ada masalah ke El? Nak share dengan Gibbs?" Tawar Ghibran baik hati mahu menjadi telinga yang mendengar masalah adik.

"Get out from my room, please" halau Calla senada.

"Amboi halau nampak. Lagilah Gibbs taknak keluar selagi El taknak share masalah El. Let it out, apa yang El tengah hadap sekarang ni hm?" Ghibran menopang dagu menghadap Calla.

"I said get out! Susah sangat ke nak faham?!" Calla naikkan suara dan Ghibran jelas terkejut. Apa kena dengan adik perempuan dia ni? Datang bulan ke?

"Hey, what's wrong with you Calla Maleeka? Ada masalah personal ke macam mana? Gaduh dengan Nuh?" tebak Ghibran mengundang senyuman sinis daripada Calla.

"Oh tahu? Nuh bagitahu ke? Lupa korang memang rapat pun kan, rapat sampai songsang kedua-duanya!" Ghibran berkerut dahi. Pelik-pelik betul ayat Calla hari ini. Semua Ghibran tidak faham.

"El cakap benda karut apa ni? Gibbs tak faham satu pun. Songsang apa?" Soal Ghibran semula.

"Apa tujuan you kahwin dengan kak Aisy? Sebab nak tutup kegiatan haram masing-masing ke? You dengan Nuh sama-sama jijik tahu tak? Kalau I bagitahu mama silap haribulan mama tak mengaku anak tahu?" Calla menuding jari ke arah Ghibran yang terpinga-pinga itu.

"Jaga bahasa tu sikit boleh tak? Apa hak El nak hina Gibbs? Of course Gibbs kahwin dengan Aisy sebab Gibbs cintakan dia! Apa benda yang you nak bagitahu pada mama? Bercakap tu biar orang faham" Ghibran mula berangin. Tak tahu apa salahnya, malah dihina pula. Calla memang dah melampau.

"Sebab yang patut dicintai, dikasihi dan disentuhi tu adalah kak Aisy! Bukan dengan kaum sejenis sendiri! Bukan dengan Nuh! I benci you Gibbs, I benci Nuh! Kenapa korang buat macamni. Kenapa buat dosa yang tak terjangkau dek akal waras seorang manusia" Teriak Calla.

"I buat apa dengan Nuh?!" Tempelak Ghibran.

"You berhubungan sumbang dengan dia kan dulu? Jangan ingat I tak tahu!"

"Astaghfirullahalazim....El ingat Gibbs teruk sangat ke sampai tak reti beza dosa pahala? Sungguhpun I rapat dengan Nuh dulu, kami cuma rapat sebagai kawan, El. Tak pernah terdetik walaupun sedikit dan minta dijauhkan untuk terbit perasaan suka pada kaum sejenis. Apa benda tuduhan El ni? Tak berasas langsung" Ghibran beristighfar perlahan.

Ya tahu, dia bukan lelaki yang alim sangat. Tapi baba dan mamanya bekalkan banyak ilmu agama dan Ghibran masih menjaga lagi batas-batas pergaulannya. Baik dengan lelaki mahupun yang perempuan. Tambah pula dia dah berkeluarga sekarang.

"Habistu ini apa? Tak payah nak bagi alasan kolot untuk bela diri" pendrive dikeluarkan dari beg dan diberi kasar pada Ghibran.

"Dah ini apa pula?" Ghibran terpinga-pinga. Namun, pendrive tersebut diambil juga.

"Tengoklah dosa sendiri, tapi jangan dekat office I. Disgusting!"  Jawab Calla angkuh.

"Jaga mulut El. Belajar hormat orang semarah apa pun you. Fine, I'll watch it and I'll be back after this" tegur Ghibran tegas sebelum keluar dari bilik adiknya.












       GHIBRAN buat muka geli dan jijik saat menonton video berdurasi pendek tersebut. Dia segera tutup dan mencabut pendrive dan pergi semula ke pejabat Calla. Pintu bilik ditolak kasar.

"Mana dapat benda bodoh dan jijik macamni?" Tanya Ghibran garang.

"Kawan baik you lah kot, silap percaturan gamaknya" jawab Calla.

"Siapa dia? Nuh? Tak mungkin Nuh, mesti ada yang dengki buat benda-benda bodoh macamni. Ikut Gibbs jumpa Daniel sekarang" Ghibran menarik memaksa Calla mengikut dia.

"Ish, apani?! Taknaklah!" Lawan Calla dan Ghibran persetankan ulah kebudakkan adiknya itu.

"Daniel, can you do me a favor?" Ghibran menyapa sepintas lalu stafnya. Mahu meminta tolong sedikit.
Calla merengus geram dan membuat muka tidak puas hati.

"Help me to clear this stupid a*ss" Ghibran menyua pendrive yang diberikan Calla tadi.

"Huh? Boleh, tapi makan masa sikit lah. Dalam 20 minit macamtu. Boleh tunggu ke bos?" Tanya Daniel.

"Okay, I tunggu" Ghibran menarik dua kerusi dan duduk di hadapan meja Daniel. Calla buat muka bosan sambil menilik jam di tangan.

"Erk—" Daniel naik segan pada mulanya.

"Just do your job, I'm straight by the way" jawab Ghibran tahan malu. Siapalah yang tak bermoral sangat ni.

Lebih 15 minit juga mereka menunggu dan Calla buat muka bosan.

"So how Daniel?" Daniel senyum kekok.

"Video ni video ori boss—" Calla ketawa mengejek.

"Tapi banyak scenes yang dah di cut. Suara pun bukan suara asal. Banyak yang diedit ni. Memang hebatlah siapa yang buat kerja ni" terang Daniel dan Ghibran angguk faham. Giliran Calla pula tergenap.

"Ni saya dah clearkan semampu saya. Nak perfect tak boleh dah sebab dalam ni pun yang copy punya" Daniel menunjukkan video yang telah siap dia cuci.

"Thankyou so much Daniel, nah upah sebab dah gigih tolong I" beberapa keping not RM50 diberikan pada Daniel yang dah bersusah payah mengasah skill untuk membantu majikannya.

Ghibran bercekak pinggang dan berdiri di hadapan Calla yang senyap sunyi sedari tadi itu.

"Apa yang El buat ni El rasa betul ke? Tuduh melulu tanpa bertanya. Gibbs percaya dan pasti yang El dah lukakan hati Nuh disebabkan benda tak masuk akal ni kan? Nak pesan pun macam terlambat. Tapi boleh tak lepasni kalau apa-apa jadi, apa-apa yang El belum pasti kebenarannya, El jangan ambil tindakan membabi buta? Jadi matang sikit Calla Maleeka. Dah 26 tahun, dah besar dah. Belajar kawal perasaan tu sikit" tak pasal kena ceramah percuma. Calla diam tidak melawan.

"Gibbs tak kisah, sikit pun Gibbs tak ambil hati kalau El nak tengking Gibbs, sembur Gibbs macam tadi. Sebab El tu adik Gibbs. Kita sedarah, El satu satunya adik perempuan yang Gibbs ada. Gaduh nak cabut kepala pun, tetap tak ubah hakikat yang kita adik-beradik yang boleh berbaik. Tapi kalau El buat macamni pada Nuh, itu salah El. Sangat-sangat salah. Malah berdosa. El fitnah suami El sendiri" Ghibran nampak tangan Calla menggigil.

"El ingat Nuh tu level-level Gibbs ke? He's your husband!. Syurga El dan El sendiri tahu tempat El dekat mana kalau dia tak ampunkan El kan? Even dia terasa hati pun, itu bukan petanda baik untuk El sebagai seorang isteri. Gibbs malas nak sebut soal hukum tapi Gibbs tahu adik Gibbs ni tak buta bab tanggungjawab seorang isteri. Lepasni, apa pula tindakan El? Macam mana El nak handle Nuh?" Soal Ghibran dan Calla tiada jawapan untuk itu.

"I'm so sorry Gibbs. Salah El..." tak dapat sambung lagi, lidah Calla benar-benar kelu. Tambah dia sudah mula dihambat rasa menyesal sekarang.

"Salah El pada Gibbs, demi Allah Gibbs maafkan. Dengan Nuh, Gibbs tak dapat nak tolong. Yang pasti Gibbs akan cari mastermind yang hantar pendrive ni pada you sampai jumpa" ujar Ghibran. Calla mengangguk kesal. Semua kata-kata Ghibran benar belaka. Tak ada yang salah sikitpun.

Teringatkan wajah kecewa Nuh, tangisan Nuh lagi membuatkan Calla kelemasan dalam rasa takut. Masih adakah kata maaf dari mulut lelaki itu setelah apa yang Calla hamburkan sebelum ini?

Astaghfirullahalazim,

Calla takut.
























TBC.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now