B A B 31

28.8K 893 32
                                    












          NUH yang sedang menonton tv santai tiba-tiba datang si gendut Megat Nuriel Al Farisi menepuk pehanya. Mahu mengadu sesuatu la gayanya itu. Nuh sorotkan pandangan matanya. Kening diangkat sebelah bagai bertanya.

"Baba, tatak Yara saying bad words. No good baba" Megat Nuriel si pengadu domba. Padanlah si kakak suka marahkan dia.

"Kakak cakap apa?" Tanya Nuh dengan wajah yang sengaja diseriuskan.

"Tatak Yara cakap oh shit! Not good kan baba" tidak padan dengan pelat, tetap mahu mengadu pada si bapa.

"Puteri Lily Ayyara Binti Megat Nuh Iman" lantang Nuh menyeru nama anak sulungnya.

"No! Taknaklah!" Bentak Lily yang tahu nasibmya bila babanya memanggil dengan nama penuh siap dengan binti sekali. Lily berdiri jauh di suduh dan menahan tangisan.

"Aik? Baba tak cakap apa pun lagi. Baba baru panggil. Sini lah kejap, baba nak tanya kakak ni" gamit Nuh dengan suara yang lembut.

Megat Nuriel berdiri di sisi babanya. Tidak sabar nampaknya mahu melihat si kakak kena marah. Siapa suruh tak bagi dia main mainan masak-masak tu. Kan dah kena.

"Taknak, nanti baba mawah tatak..." rengek Lily Ayyara.

"Tak, betul baba promise baba tak marah. Sini dulu dekat baba. Ke nak baba yang bangun pergi dekat kakak?" Tawar Nuh dan Lily menggeleng lagi.

"Taknak dua-dua!" Bentak Lily.

"Okay baba bangun" Nuh berura-ura mahu bangun dan Lily terus datang mencicit mendekati babanya. Belum apa-apa lagi sudah teresak menangis.

"Ish tatak janan la nanes!" Megat Nuriel jatuh kasihan pula melihat si kakak. Tiba-tiba dia pun nak menangis juga.

"Megat Nuriel diam. Tadi awak yang bagitahu baba kakak not good" Pesan Nuh dan Megat Nuriel geleng kepala. Dia terus memeluk kakanya erat.

"Yiel cowie, baba janan la mawah tatak. Nanti tatak nanes. Yiel cian tatak..." sudahnya dua-dua menangis.

Dalam hati Nuh sudah ketawa. Ada pulak macamtu. Tadi bukan main mengapi-apikan baba dia suruh marah kakak. Kakak nangis dia pula yang kasihan. Alahai anak oh anak...

"Megat Nuriel Al Farisi, pergi dekat mama. Kalau tak dengan awak sekali kena nanti" Nuh memberi arahan.

"Baba omish janan buat tatak nanes tau?" Mata bulat bundar utu memandang babanya seperti mengugut pun ada juga.

"Ya baba promise. Pergi dekat mama dulu. Biar baba dengan kakak je kat sini" terus terkedek-kedek Nuh versi kecil itu berjalan mencari mamanya.














         "KENAPA pulak ni?" Calla mengambil Merat Nuriel dan didudukkan di atas ribanya. Rambut yang lembab dengan peluh itu Calla kuak ke belakang. Baju Nuriel dibuka biar berseluar saja. Main apalah budak ini sakan berpeluhnya.

"Tatak Yara tena mawah denan baba" cerita Nuriel.

"Tak lain tak bukan, mesti Nuriel yang nak kakak kena marah kan? Kesian kakak Nuriel buat macamtu. Not good lah Megat Nuriel Al Farisi. Lain kali jangan buat lagi. Kalau tak Nuriel pula yang kena marah" nasihat Calla.

"Tatak Yarra tu, dia tanak kasi Yiel main macak-macak. Di takap tu menan girl je. Yiel nak main jugak" Alahai anak, dah tiga tahun tapi masih pelat.

"Yiel main lah mainan Yiel kalau macamtu. Baba belikan serba satu kan untuk kakak dengan Yiel. Kenapa sibuk nak main kakak punya?" Calla memiat telinga Nuriel.

"Alaa, cowie la mama. Nanti Yiel tak wat tatak Yara tena mawah lagi" jawab Megat Nuriel pelat.

Nuh mengambil Lily Ayyara dan didudukkan di atas ribanya. Rambut lurus dan panjang si anak disisir dengan jari. Air mata yang masih belum kering diseka lembut. Bunga kesayangan kedua selepas Calla Maleeka. Calla dan Lily. Cukup sempurnakan satu nama bunga yang cantik dan menjadi kegemaran Nuh.

Nuh's Secret Wife [C]Where stories live. Discover now