"PARTY bodoh apa yang korang buat ni?!" Tan Sri Ammar memang naik berang betul-betul. Meluap suhu badannya bila rumah anak bujangnya diserbu oleh beberapa orang dari pejabat agama islam negeri.Ada juga yang menghadiri party tersebut ditangkap kerana melakukan perkara yang disabitkan kesalahan. Antara yang tertangkap, Maleeka dan Nuh sendiri.
Padahal mereka tidak ada apa-apa salah pun pada awalnya. Hanya hadir ke rumah Ghibran Husni sebagai tetamu sahaja.
"I cuma datang untuk birthday party, tak expect pula nak dapat malu macamni sekali" ujar Nuh di depan semua orang.
"Maafkan uncle, Nuh. Tapi apa yang uncle baru dapat tahu malamni benar-benar memalukan. Ghibran, tak rasa berdosa ke?!" Garang Tan Sri Ammar memandang anak sulungnya yang berdiri di satu sudut itu. Cuak sebenarnya bila kantoi begini.
"I'm sorry baba" tertunduk Ghibran tak berani nak bertentang mata dengan baba dia.
"Sebelum jadi yang tak sepatutnya terjadi, baba nak Maleeka ikut saranan Tuan Ilyas tadi"
Calla yang duduk menekur ke lantai mendongak memandang babanya.
"Baba, kenapa mesti Lee? Lee tak buat apa-apa pun dengan dia ni. Berhubungan percintaan apatah lagi. No! Lee sanggup bersumpah depan al-quran la yang Lee tak buat benda-benda bodoh tu!" Bentak Calla yang tengah angin satu badan.
"Memang Lee tak buat, tapi semua yang datang serbu rumah abang kamu tadi semua kenal baba. Kenal Nuh juga. Maruah keluarga kita ni tercalar tau disebabkan ulah abang kamu tu" kata Tan Sri Ammar lagi.
"Habis, Lee tak malu? Baba main semberono je suruh Lee ikut saranan Tuan Ilyas tu kahwin dengan Megat Nuh? Baba ingat Lee tak ada muka ke?" Calla sudah bangun dari sofa.
"Maafkan uncle, Nuh. Demi menjaga maruah keluarga uncle, maruah keluarga Nuh, uncle cadangkan—"
"A big no baba! Lee tak setuju" suara Calla naik seoktaf. Mata gadis itu juga sudah berair. Dia takkan benarkan ianya terjadi.
Nuh diam tak menambah apa-apa. Salah dia juga ke datang party Ghibran malam ini? Tapi kalau berita dia tertangkap malam ini sampai ke telinga Nenda Asiah, dia pun akan kena teruk juga.
"HELLO, cik bunga! Kau berangan apa?" Nuh memetik jari di depan muka Calla yang sudah jauh termenung itu. Calla tersedar dan memandang Nuh yang selamba membuka butang kemeja di hadapannya itu.
"Satu malam RM500 apa macam? Setuju pak dato'?" Calla senyum sinis. Dalam hidup ni semuanya tentang perniagaan.
Business is business.
"Tak habis-habis dengan duit la kau ni. Layan pondan dekat bukit bintang tu pun tak semahal kau tahu?" Bebel Nuh bosan lalu merebahkan badan di atas katil sebelah Calla.
"Dato' pernah langgan ke?" Tanya Calla Maleeka selamba.
"Tak main la benda haram-haram ni. Cepatlah Calla Lily, tolong la berlakon jadi girlfriend olok-olok aku depan nenda. Boleh kan?" Pujuk Nuh.
"Lepastu kenapa dato' nak balik tidur sini pula? Haa, dato' nak apa-apakan I eh?" Calla mengecilkan matanya memandang Nuh curiga.
"Alah balik tidur sini tu biasalah. Ini rumah aku kan? Tujuan aku utamanya sebab nak mintak tolong kau, itu je. Tak kuasa aku nak apa-apakan kau" jawab Nuh.
Calla Maleeka memuncungkan mulutnya. Sedang berfikir. Nak tolong atau tidak.
"Tapi tak semua dalam dunia ni free dato'. Kena ada bayarannya" ujar Calla sambil mengetuk dagunya.
"Kau ni, harapkan anak Tan Sri saja, tapi mata duitan. Ye lah, nanti aku bagilah upah. Tapi kau kena lah berlakon betul-betul. Janganla nak taknak je. Faham?"
"Faham dato'...lagi? Nak I buat apa?" Perli Calla dan tak semena-mena pinggangnya dicubit geram oleh Nuh.
"Aduh! Sakitlah orang tua!" Lengan Nuh pula ditampar kuat.
Begitulah suami isteri ini kalau dah berjumpa. Pasti bercakaran. Sebab itu Calla suka kalau Nuh tak balik. Tak adalah banyak sangat dosa kering dilaburkan sehari-hari.
"Pergilah mandi, badan busuk-busuk baring atas katil I. I baru je tukar cadar tau" bebel Calla.
"Cermat sikit, aku wangi eh. Tak percaya cuba cium ni" Nuh bangun dan menarik Calla rapat ke dadanya. Bergomol pula dua orang itu di atas katil sehinggalah keluar suara nyaring Calla dek lemas dengan perbuatan tak senonoh suaminya itu.
"Apa yang tak senonoh sangat orang tua ni! Ish!" Nuh ketawa melihat Calla yang tidak sudah dibuli olehnya. Patutlah tak suka kalau dia balik rumah ini selalu.
"Kau lagi tak senonoh. Tak pakai baju kecik, harapkan kain telekung saja" terus wajah Calla berbahang.
"Diamlah, orang baru sudah mandi biasalah—" Calla mempertahankan diri.
Nuh buat muka mengajuk semula gaya Calla Maleeka bercakap sambil turun daripada katil. Natijahnya, bantal golek yang duduk elok di atas katil tadi terus terbang singgah di belakang badannya.
"Padan muka" Calla tayang wajah puas.
"Tak sakit, tak sakit!" Ejek Nuh keanakkan di depan pintu bilik air. Calla jelir lidah.
Siapa sangka, dato' muda yang disangkakan serius, pendiam, tegas, tetapi begini perangainya apabila di rumah. Menjengkelkan.
Penat Calla nak melayan kalaulah betul Megat Nuh Iman Megat Terawis ni ubah fikiran nak menetap di sini pula dengannya.
Semua ni salah abang senget dia si Ghibran Husni. Mujur bila dah tua masing-masing dah insaf. Sebab Ghibran lah, Calla terpaksa jadi isteri Nuh. Dasar abang tak patuh syariah!
TBC.
YOU ARE READING
Nuh's Secret Wife [C]
Random"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak pernah kisah pun soal peneman hidup. Langsung tidak tercabar dengan adiknya yang terlebih dahulu mem...