Bab 1

9 2 0
                                    

Melati Adara berjalan perlahan menuju ke perhentian bas sambil tangan kanannya diletakkan di perut. Perutnya terasa sakit gara-gara senggugut. Kepalanya sedikit pening kerana kelas yang baru sahaja selesai tadi. Belajar tentang perilaku manusia kadang-kadang amat memenatkan walaupun Melati Adara meminati subjek Psikologi.

Tidak lama kemudian, dia tiba di perhentian bas dan mengambil tempat duduk. Nampaknya Melati sendirian di situ. Melati mencari dompet di dalam beg. Puas dia mencari tapi tak jumpa. Matanya mula berair.

"Ini mesti tertinggal dalam kelas tadi" bisik Melati dan air matanya jatuh.

Tidak lama kemudian tangisannya semakin kuat. Melati menangis sambil masih tercari-cari dompetnya di dalam beg. Melati mengesat air matanya dan tiba-tiba muncul tangan yang memegang dompet berwarna ungu di hadapannya. Melati melihat ke arah empunya tangan itu. Seorang lelaki, berambut hitam, tinggi, mukanya kelihatan manis dan comel walaupun dia tidak senyum. Dia melihat Melati dengan pandangan yang datar.

Melati mengambil dompetnya. "Terima kasih. Maaf, saya tak biasa menangis macam ini tapi hari ini saya agak emosi pula" kata Melati dan membelek dompetnya itu. Lelaki itu tidak berkata apa-apa, malah duduk sedikit jauh daripada Melati.

"Faham" bisik Melati.

Beberapa minit kemudian, bas pun tiba. Melati dan jejaka itu bangun daripada tempat duduk mereka dan menuju ke bas. Sengaja Melati berjalan perlahan supaya lelaki itu mendahuluinya. Setelah masuk, Melati melihat sekeliling dan dia ternampak hanya di bahagian belakang masih kosong tetapi ia sebelah lelaki itu. Melati menuju ke arah tempat duduk kosong itu dan terpaksa duduk di sebelah lelaki yang hanya memandang ke arah luar tingkap bas.

Melati mengambil beberapa pek coklat kecil daripada dalam beg. Dia melihat ke arah lelaki itu, teragak- agak mahu menegur.

"Uhmm...hai" kata Melati perlahan. Jejaka itu memandangnya. Melati menghulurkan coklat yang berada di tangannya.

"Ambil lah. Ini untuk awak, terima kasih sebab jumpa dan pulangkan dompet saya" kata Melati kemudian memberikan senyuman kecil kepada jejaka itu.

Jejaka itu memandangnya seketika dan mengambil coklat-coklat itu daripada tangan Melati. "Terima kasih" ucapnya perlahan dan memandang semula ke arah luar tingkap semula.

Melati tersenyum lebar apabila mendengar suara jejaka itu. Tidak lama kemudian, bas berhenti di perhentian dituju oleh Melati. Melati lantas bangun dan keluar daripada bas. Perhentian bas dan rumahnya tidak terlalu jauh, hanya 5 minit jika berjalan kaki. Semasa berjalan pulang, Melati tersenyum-senyum memikirkan jejaka yang memulangkan dompetnya itu, entah kenapa, mungkin sudah terjatuh hati.

"Ishh tapi malunya. Dalam banyak-banyak hari, waktu emosi aku tak stabil lah aku terjumpa mamat itu. Mesti buruk muka aku waktu nangis tadi" keluh Melati yang kini sedang menendang batu-batu kecil di jalan. Tiba-tiba batu yang ditendangnya itu terkena lutut seseorang.

"Aduhhh! Kakak! Sakitlah!" marah Lily Afya atau dikenali sebagai Lily, adik kepada Melati.

Melati terkejut dan lantas menuju ke arah adiknya itu. "Ehhh Lily heeee maaf, tak sengaja. Lily, okay tak?" ujar Melati sambil mencangkung, mengusap lutut Lily.

"Kakak ini kalau ya pun tengah marah, tengoklah juga keadaan sekeliling. Kalau berlubang lutut Lily ini macam mana?" tegur Lily.

Melati yang tadi mencangkung lantas berdiri dan melihat adiknya itu sedikit menjeling. "Ish overnya budak ini. Kalau berlubang, tampal lah" gurau Melati.

Lily melihat kakaknya itu dengan pandangan yang tidak puas hati. "Apa? Ingat lutut Lily ini macam gigi ke boleh tampal-tampal?" marah Lily.

Melati hanya mampu mengeluh. "Iyalah, okay, baiklah, Lily menang. Haa kenapa ada dekat sini?" tanya Melati.

"Jemput kakaklah, risau hujan" kata Lily. Melati baru sedar yang langit di atas kepalanya itu sudah mendung, dipenuhi awan dan dia juga melihat payung yang dipegang oleh adiknya.

"Awww sayangnya Lily dekat akak" kata Melati.

"Bukan sayang tapi terpaksa. Tak reti nak bawa payung, dahlah sekarang musim hujan" bebel Lily sambil menjeling kakaknya itu.

"Iyalah Lily, apa-apa jelah. Dah jom balik" kata Melati sambil merangkul bahu adiknya dan mereka berjalan pulang bersama. Bukan selalu dia dapat meluangkan masa bersama adiknya itu kerana Lily merupakan seorang pelajar asrama tingkatan 4. Lily hanya pulang ke rumah sewaktu cuti panjang. Rindu Melati akan adik bongsunya itu.

..........

Jejaka yang telah memulangkan dompet Melati itu akhirnya tiba di perhentian yang dituju, selang 1 perhentian sahaja selepas Melati. Dia berjalan pulang sambil menikmati cuaca yang mendung dan dingin itu. Afi Fahri merupakan seorang yang suka akan hujan atau cuaca mendung, dia menemukan ketenangan atau kedamaian dalam cuaca sebegitu.

Afi tiba di kawasan rumah dan melihat adiknya tertidur di depan pintu, masih berpakaian sekolah. Afi melihat jam, sudah hampir 1 jam setelah adiknya tamat sesi persekolahan. Sekolah rendah adiknya dekat sahaja jadi adiknya selalu jalan kaki pulang ke rumah. Afi menggelengkan kepala dan lantas menuju ke arah adiknya yang bernama Aidan Farid itu.

"Aidan, bangun. Masuk rumah jom" kata Afi yang perlahan-lahan mengejutkan adiknya itu. Aidan membuka mata dan menggeliat.

"Abang dah balik?" Tanya Aidan, masih mamai.

Afi mengangguk. "Ibu mana?" tanya Afi sambil melihat sekeliling, kemudian mengalihkan pandangan kepada adiknya semula.

Aidan mengjungkitkan bahunya. "Entah. Aidan ketuk pintu daripada tadi tapi ibu tak jawab pun" kata Aidan. Afi tersenyum kecil dan mengusap kepala adiknya perlahan.

"Jom masuk" kata Afi yang lantas berdiri dan membuka kunci. Dia membiarkan adiknya masuk dahulu baru dia masuk ke rumah. Afi melihat sekeliling, mencari kelibat ibunya. Dia mengeluh kecil.

"Aidan, mandi, tukar baju. Abang masakkan nasi dengan telur boleh? Nanti balik kerja, abang belikan ayam goreng" kata Afi yang kini berada di dapur.

"Yay! Okay abang! Sayang abang!" jerit Aidan daripada dalam biliknya.

Afi tersenyum mendengar adiknya itu. "Sayang Aidan juga!" kata Afi kemudian sambung memasak. Setelah Aidan selesai mandi dan makan, Afi keluar untuk kerja part time di kafe yang tidak jauh daripada rumahnya. Dia bekerja daripada pukul 3.30 petang sehingga 9.00 malam.

Setelah waktu kerjanya tamat, Afi lantas menuju ke restoran yang menjual ayam goreng kegemaran adiknya. Dia juga tidak lupa membelikan untuk ibunya juga. 

HancurWhere stories live. Discover now