Bab 11

2 0 0
                                    

Melati menuju ke perpustakaan di universiti untuk meminjam beberapa buku mengenai psikologi dan membuat kajian lebih lanjut. Rakan-rakannya yang lain sibuk dengan kelab badminton mereka. Melati lebih memilih untuk tidak masuk ke mana-mana kelab kerana dia sudah penat datang ke universiti untuk belajar dan tidak mahu memenatkan dirinya lagi.

Dia menuju ke meja yang satu sahaja sedang kosong dan meletakkan barang-barangnya. Melati menghampiri rak-rak buku di dalam perpustakaan itu dan mencari buku-buku yang diperlukan.

Afi menuju ke perpustakaan untuk melakukan assignment coding. Dia masuk ke dalam perpustakaan dan melihat meja sudah penuh. Dia melihat sekeliling dan ternampak satu meja bersebelahan tingkap yang terdapat beg serta bekas pensil berwarna merah jambu dan buku nota berwarna putih yang dia pernah lihat sebelum ini. Dia tersenyum kecil dan lantas menuju ke meja itu.

Tidak lama kemudian, Melati menuju semula ke mejanya dan ternampak Afi sedang melakukan assignment menggunakan laptop di meja yang sudah dia letakkan barangnya. Melati berjalan perlahan menghampiri meja tersebut.

Afi mengangkat kepala melihat Melati yang sedang berdiri di hadapan. "Maaf meja lain penuh. Tak apa ke kalau saya duduk sini?" tanya Afi. Melati mengangguk perlahan dan duduk di kerusi berhadapan Afi. "Terima kasih" ucap Afi dan sambung membuat kerjanya.

Melati membuka buku psikologi yang dia ambil sebentar tadi dan mula membaca. Sesekali dia mencuri pandang apa yang dibuat oleh Afi. Afi kelihatan begitu fokus seperti dia sudah tenggelam ke dunia lain bersama laptop miliknya, tangan Afi laju bergerak menekan papan kekunci. Melati cuba membaca buku psikologi itu tapi semakin dia baca, semakin dia tidak faham kerana otaknya terganggu dan tidak dapat memproses maklumat dengan baik. Semua gara-gara seorang Afi Fahri.

"Macam mana dia boleh tahu ini meja aku? Ke ini kebetulan je?" getus Melati di dalam hati.

—---------

Setelah kira-kira satu jam kemudian, Afi melepaskan nafas lega apabila dia berjaya menyiapkan assignment dan menyandarkan dirinya ke kerusi. Dia merengangkan tangannya yang sudah berasa tegang itu. Melati melihat ke arah Afi dan cepat-cepat mengalihkan semula pandangan ke buku apabila Afi melihatnya. Afi menggerakkan badannya ke hadapan dan melihat ke arah buku yang dibaca oleh Melati. Tangan Melati mula terasa sejuk dan berpeluh.

"Awak ambil jurusan psikologi ke?" tanya Afi. Melati mengangkat kepala dan melihat ke arah Afi. Melati hanya mengangguk perlahan.

"Awak?" tanya Melati.

"Saya ambil sains komputer" jawab Afi. Melati hanya mengangguk. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu dan mencapai beg miliknya. Afi memerhatikan Melati yang sedang mengambil sesuatu di dalam beg. Melati mengeluarkan sebuah bungkusan petak berwarna biru dan memberikannya kepada Afi.

"Hadiah untuk awak yang saya janjikan tempoh hari" kata Melati. Afi mengambil bungkusan tersebut daripada Melati. "Jangan buka sekarang" kata Melati. Afi mengangguk dan mengukirkan senyuman yang tidak pernah Melati lihat sebelum ini. Kelihatan lesung pipit kecil dan dalam di sebelah kanan bawah pipi Afi. Melati dapat rasa yang hatinya kini sedang berdegup kencang.

—-----------------------------

Afi mencampakkan beg dan dirinya di atas katil. Dia mengeluh panjang kerana penat dan juga lega assignment yang patut dihantar lagi beberapa hari sudah siap. Dia membalikkan badan dan merenung ke arah siling bilik, melepaskan keluhan kecil pula. Afi mencapai begnya apabila teringat akan bungkusan yang dia terima daripada Melati.

Afi membelek bungkusan itu untuk seketika dan perlahan-lahan membuka kertas berwarna biru yang membungkusi hadiah di dalam. Apabila bungkusan kertas itu sudah dibuka sepenuhnya, kelihatan sebuah buku nota tebal berwarna hitam dan satu penanda buku berwarna biru yang dikait sendiri oleh Melati. Afi membuka kulit buku nota tersebut dan ada satu kertas kecil terselit. Bibir Afi mengukirkan senyuman apabila dia membaca ayat yang tertera di atas kertas kecil itu.

"Untuk Afi Fahri,

Terima kasih dan tahniah sekali lagi.

Yang ikhlas,

Melati Adara."

"Melati Adara" ucap Afi perlahan dan tersenyum kecil. Afi bangkit daripada katil dan meletakkan pemberian Melati termasuk kertas bungkusan berwarna biru di dalam laci meja belajarnya. Afi kemudian mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi, bersiap sedia untuk pergi kerja seperti biasa di kafe. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HancurWhere stories live. Discover now