Melati menuju ke kafe yang sama dengan langkah yang berat. Dia tidak mahu ada kena mengena dengan Afi tetapi di kafe itu saja dia mampu fokus dan membuat assignment dengan cepat. Melati menghentikan langkah di hadapan kafe itu dan mengeluh kecil.
"Kenapalah dekat sini tak ada kafe lain? Nanti nak kena hadap pula dia dengan girlfriend dia kerja sama-sama" kata Melati perlahan dan melepaskan keluhan kecil sekali lagi. Dia melangkah masuk ke dalam kafe dan meletakkan beg di meja yang sama. Dia melihat ke arah kaunter dan nampak Afi sedang mengelap kaunter. Dia mengeluh kecil sekali lagi. Dengan hati yang berat, dia berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Melati memandang ke arah menu di atas kaunter, mengelak daripada melihat kepada Afi.
"Satu Cappuccino panas dan satu slice kek carrot?" tanya Afi. Melati sedikit terkejut dengan kata-kata Afi kerana memang itu yang ingin dia pesan dan selalu dia pesan sebelum ini. Dia mengangkat kepala dan memandang Afi yang kini sedang memandangnya dengan pandangan yang datar. Melati perlahan-lahan mengangguk dan membuka dompetnya.
Setelah membuat pembayaran, Melati menunggu untuk Afi memberikan buzzer. Afi melihat Melati dengan pandangan hairan.
"Nanti saya hantarkan dekat meja awak" kata Afi. Melati dapat merasa seperti dirinya sedang diuji. Kalau boleh, dia tidak mahu hadap muka Afi lagi. Lebih-lebih lagi bila dia fikir girlfriend Afi kerja di kafe yang sama.
"Buzzer masih rosak ke?" tanya Melati. Afi terdiam seketika dan hanya mengangguk. "Oh, okay. Terima kasih" kata Melati perlahan dan menuju ke meja semula. Afi lantas menyiapkan pesanan Melati. Tidak lama kemudian, Nadirah keluar daripada bahagian dapur dan menghampiri Afi. Melati melihat mereka berdua daripada meja dan hanya mengeluh kecil. Dia mengalihkan pandangan kepada laptop di hadapannya.
Tidak lama kemudian, Afi menghampiri meja Melati dan meletakkan pesanan Melati termasuk sebuah kotak kecil yang mengandungi kek cawan.
"Terima kasih tapi saya tak order yang ini" kata Melati yang kemudian mengambil kotak kecil itu dan meletakkan semula di atas dulang yang dipegang oleh Afi. Afi meletakkan semula kotak kecil itu di atas meja.
"Hadiah saya sebagai tanda tahniah sebab awak dapat dekan" kata Afi. Melati mengeluh kecil dan belum sempat dia berkata apa-apa, Nadirah menghampiri mereka.
"Afi, tolong coverkan aku sekejap boleh? Boyfriend aku call" kata Nadirah perlahan sambil menunjuk fon miliknya. Melati sedikit terkejut apabila dia dengar Nadirah kata 'boyfriend', bermaksud yang Afi bukan kekasihnya. Melati perlahan-lahan mengambil kotak kecil itu dan letak di sebelah beg merah jambu miliknya. Afi hanya mengangguk tanda setuju kepada Nadirah.
"Thanks Afi" kata Nadirah dengan senyuman dan berlalu pergi ke dapur. Afi memandang ke arah Melati dan dia nampak kotak kecil itu sudah diambil. Melati melihat sekeliling, mengelak daripada memandang Afi. Afi tersenyum kecil dan berlalu pergi semula ke kaunter. Melati menjamah pesanannya sambil menahan diri daripada tersenyum.
"Ingatkan bercinta dua orang itu, rupanya tak. Sia-sia je aku overthinking selama ini" getus Melati di dalam hati.
—------------
Melati memasukkan barang-barangnya ke dalam beg. Pinggan dan cawan dia letak dengan kemas beserta dengan origami berbentuk bunga yang dia sempat buat sebentar tadi dan juga sebuah kertas kecil. Tanpa berfikir panjang, dia lantas keluar daripada kafe dan pulang ke rumah.
Afi menuju ke meja yang diduduki oleh Melati sebentar tadi kerana ingin mengemas. Dia mencapai origami bunga tersebut dan membaca isi di dalam sebuah kertas kecil di sebelah origami tersebut.
"Untuk Afi Fahri,
Terima kasih untuk kek cawan yang awak bagi. Tahniah juga sebab awak dapat dekan, ini saja yang saya mampu bagi sekarang sebab saya rasa bersalah kalau tak bagi apa-apa. Nanti saya bagi hadiah yang lain.
Yang ikhlas,
Melati Adara."
Bibir Afi mengukirkan senyuman. Dia memasukkan kertas kecil dan origami tersebut di dalam poket apron di hadapan dan sambung mengemas meja tersebut sambil senyuman tidak lekang daripada bibirnya.
YOU ARE READING
Hancur
RomanceKisah kehidupan Melati Adara dan juga Afi Fahri. Melati Adara merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Afi juga merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik lelaki. Hancur menceritakan tentang lika-liku kehidupan Melati dan Afi...