Bab 8

3 1 0
                                    

Melati baring di atas katilnya sambil memandang ke arah siling bilik. Fikirannya bercelaru dan hatinya berasa sedikit sedih memikirkan apa yang dilihatnya di kafe petang tadi. Melati mengeluh.

"Dah berpunya rupanya patutlah macam robot. Faham" kata Melati perlahan.

'Ping!' 'Ping!' bunyi notifikasi daripada fon Melati. Melati lantas mencapai fon dan membuka group chat dia dan rakan-rakannya.

Ruangan Rahsia (4 ahli)

Safiya: Melati punya cinta hati kerja dekat kafe yang kita orang pergi petang tadi.

Lisa: Haa? Betul ke?

Safiya: Iya, patutlah dia beria ajak aku pergi kafe itu.

Aliya: Ohhh, Melati dah pandai dah sekarang. Dulu dialah yang terpaling, 'I don't need a man'.

Lisa dan Safiya: *menghantar meme ketawa*

Melati mengeluh kecil dan meletakkan fon di meja kecil sebelah katilnya. Dia kembali baringkan kepala di bantal dan merenung siling bilik.

—-----------

Afi pulang ke rumah setelah tamat syif kerja. Dia menuju masuk ke pekarangan rumah dan melihat kereta berwarna hitam milik ayahnya. Afi menghampiri kereta ayahnya. Aidan keluar daripada rumah, membawa beg yang berisi pakaian sambil diiringi oleh ayahnya.

"Ayah nak bawa Aidan pergi mana?" tanya Afi. Ayah lantas memandang ke arah Afi dan tersenyum kecil. Ayahnya kini kelihatan lebih baik dan sihat berbanding beberapa tahun lepas. Setelah berkahwin lain, ayahnya kelihatan lebih bahagia dan itu membuatkan Afi terasa hati kerana melihat ayahnya bahagia dengan isteri baru berbanding bersama dengan mak dan adiknya.

"Ayah nak bawa Aidan pergi bercuti dekat Jepun sementara dia tengah cuti sekolah ini. Ayah nak bawa kamu sekali tapi kamu ada kelas kan. Lain kali ayah bawa kamu sekali" kata ayahnya yang kini mengangkat beg Aidan dan meletakkan ke dalam kereta. "Maaflah ayah datang tiba-tiba sebab ayah ada kerja dekat sana jadi alang-alang bolehlah bawa Aidan bercuti. Ayah mesej kamu tapi kamu tak jawab. Mak kamu pula tak ada dekat rumah. Tak tahulah mana dia pergi, tinggalkan Aidan seorang diri" kata ayah sambil menggelengkan kepala.

"Afi kerja tadi, tak tengok fon" balas Afi. Afi merendahkan badan sedikit untuk melihat wajah adiknya. Afi memberikan Aidan senyuman kecil. "Aidan, nanti dekat sana jaga diri elok-elok. Apa-apa mesej abang. Jangan nakal-nakal. Jangan susahkan ayah dan makcik Sara". Aidan hanya mengangguk dan mencebik sedikit, dia menahan tangisannya daripada jatuh.

"Abang tak apa ke seorang diri dekat rumah? Nanti kalau abang rindu Aidan macam mana?" tanya Aidan dengan nada yang perlahan, dia memandang ke bawah. Afi tertawa kecil.

"Abang rindu Aidan atau Aidan yang rindukan abang nanti?" kata Afi sambil mengusap rambut adiknya itu. "Abang bukan seorang dekat rumah. Ibu kan ada. Nanti kalau Aidan rindu atau abang yang rindu, kita video call okay?".

"Okay" jawab Aidan perlahan. Air matanya jatuh ke pipi. Afi tersenyum kecil dan mengelap air mata adiknya yang jatuh itu.

"Dah dah, tak mahu menangis. Aidan nak pergi Jepun kan? Nanti bolehlah jumpa Doraemon" kata Afi dengan senyuman. Aidan melihat abangnya dan tersenyum lebar, teruja apabila mendengar kartun kegemarannya iaitu Doraemon. Ayah yang sedang memerhatikan mereka hanya tersenyum kecil. Afi membuka pintu kereta untuk Aidan.

"Ayah pergi dulu, nanti kalau kamu nak kirim apa-apa, mesej saja ayah" kata Ayah. Afi hanya mengangguk dan bersalaman dengan ayahnya. Afi melambaikan tangan kepada Aidan dan melihat kereta hitam milik ayahnya itu berlalu pergi. Dia mengeluh perlahan kerana fikirannya bercelaru setiap kali dia berjumpa ayahnya. Dia tidak tahu ingin rasa apa setelah melihat ayahnya berubah menjadi baik sebegitu rupa setelah berpisah dengan maknya. 

HancurWhere stories live. Discover now