❝Siempre estarás en mi corazón❞
🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾❝Kau confess tak lagi dekat adik aku?❞ Soal Huzair apabila hanya mereka berdua sahaja yang rehat diluar rumah.
Aariff menggeleng. Pandangannya dilemparkan pada taman bunga milik Puan Zurina.
Huzair menjongketkan kening melihat balasan Aariff.
❝Aik. Semalam aku dengar kau berbual dengan maira. Takkan tak terlepas kut cakap kau suka dia?❞ Dan sekali lagi Aariff mengeluh.
❝Habistu kau cakap apa je semalam, gila? Nanti kena rampas kau juga menyesal. Adik aku ramai peminat tau❞ Huzair tersenyum senget apabila melihat wajah Aariff bertukar tegang.
❝Aku usik dia je semalam. Tapi aku ada lah bagi hint dekat dia tapi dia je lambat nak pick up❞
❝Kau bagi hint apa?❞
❝Aku cakap lah kalau aku nak sentuh dia lebih-lebih nanti aku masuk meminang then kitorang kahwin. Lepastu dia hangin lah aku cakap macam tu❞ Selamba sahaja Aariff jawab. Tidak dihiraukan pandangan jengkel dari Huzair.
❝Gila kau ni. Tiba-tiba cakap macam tu siapa je tak hangin. Takde angin takde ribut cakap pasal kahwin. Lain kali buat slow-slow. Jangan terus lompat cakap kahwin❞ balas Huzair. Aariff membuat muka. Nasihat pun bukan dia dengar.
❝Haa buat muka la. Aku tak izinkan kau kahwin dengan adik aku baru tahu❞ Ehek Huzair. Terus berubah wajah Aariff.
Nasib baik abang ipar, kalau tak..
❝Bila kau start kerja pulak?❞ Huzair merenung wajah Aariff.
❝Minggu depan. Malas lagi lah aku nak hadap kertas projek. Takde mood nak travel sana sini lagi. Nanti kalau ada mood aku masuk lah tengok❞ Huzair mencebik.
❝Bis boss lah katakan. Mudah je jawapan. Kau tak payah masuk pun takpa, serah je dekat orang bawah kau. Kau just visit site je pantau kerja apa semua❞ balas Huzair sarkastik.
❝Orang bawah pun tak boleh nak diharap sangat. Buat kerja pun bukan nak elok❞
❝Azril kan ada. Orang kepercayaan kau untuk handle projek tu. Bagi dia jelah pantau❞ Balas Huzair tenang.
❝Hmm malas lah aku. Nanti aku sendiri lah yang turun❞ Huzair hanya mengganguk. Ikut Aariff lah.
❝Ni aku nak tanya sikit ni❞ Aariff menjongketkan kening.
❝Macam mana kau boleh suka Maira? Tiba-tiba je ni❞ Soal Huzair pelik.
Aariff diam sejenak. Dia terfikir bagaimana dia boleh silakan adik Huzair.
❝Kau percaya tak, love at first sight?❞ Soalan Huzair dibalas dengan soalan.
Huzair angguk. Percaya sebab dia pun suka pada seseorang pandang pertama jugak.❝Jadinya kenapa first sight?❞
❝Hari dimana kau bawa Maira datang cafe untuk jumpa dengan aku. Masa tu dia baru umur 23 tahun kan. So ath that time lah aku suka dia❞ Tenang Aariff menjawab. Teringat dia pada peristiwa itu dimana dia tersuka pada Maira.
❝Kau jarang tau nak suka atau rapat dengan perempuan. Jadi aku pelik kenapa first time kau tengok adik aku, kau boleh terus fall in love. Kau jangan nak pergunakan adik aku❞ Mata Huzair mengecil merenung wajah Aariff yang bersahaja itu.
Aariff tergelak kecil seraya menggeleng.
❝Aku suka dia sebab aku suka cara pakaian dia. Tak macam perempuan luar sana. Pakai macam tak cukup kain. Dedah sana dedah sini. Lagi, sebab keayuan dia. Tak dinafikan adik kau memang cantik. Buat aku jadi tak senang duduk. And yes, akhlak dia jadikan aku suka dia❞ jawab Aariff beserta senyuman bahagia.
YOU ARE READING
Mi Amado
Romance❝ Siempre estarás en mi corazón ❞ Tak nak cakap banyak, cukuplah satu dunia tahu yang wanita itu satu-satunya kesayangan dia dunia akhirat. Cantik? Yes Comel? Absolutely Pandai? Of course Kalau nak puji tu rasanya tak habis kut. Tapi itulah kebenara...