❝Siempre estarás en mi corazón❞
🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾Dengan perlahan kakinya menjejak ke kawasan tapak pembinaan. Matanya memerhati segenap tapak itu. Hampir separuh sudah disiap.
Setelah selesai meneliti, kakinya melangkah kearah orang kanannya.
❝Taufiq!❞ Aariff memanggil kawannya beserta tepukan pada bahu itu. Taufiq yang sibuk menilik lakaran projek itu menoleh. Serta merta senyuman terlakar.
❝Eh bro. Asal tak bagitahu kau dah habis cuti ni?❞ salam dihulur lalu mereka berjabat tangan gaya lelaki. Slayyyy.
❝Saja nak buat suprise sikit. So macam mana? Semua okay tak?❞ taufiq angguk lalu kertas lakaran itu dihulurkan pada Aariff.
Jari telunjuk taufiq ditunjukkan pada satu bahagian bangunan yang dilakar pada kiri kertas.
❝Semua dah buat mengikut planning kita. And untuk bahagian department ni belum lagi. So far so good. Tadi pun aku naik jugak atas, jenguk apa yang patut❞ ujar taufiq sekilas.Mata Aariff memerhati sengenap kertas lakaran itu sebelum naik memandang wajah taufiq yang sedikit merah itu. Panas mungkin.
❝Kalau macam tu, aku nak naik atas kejap la. Nak tengok progress sikit. Kau nak balik ke macam mana ?❞ taufiq menggeleng laju.
❝Aku stay sini kut kejap. Nak tunggu owner. Dia bagitahu datang kejap lagi❞
❝Haaa okay jugak tu. Aku pun hajatnya nak jumpa dia jugak. Okaylah aku gerak dulu❞ sekali lagi bahu taufiq ditepuk beberapa kali sebelum dia berjalan kearah bangunan tersebut.
Tiba-tiba dia terhenti. Dia memegang kepalanya yang sedikit pening. Dia mengurut pelipisnya untuk hilangkan rasa pening.
Taufiq yang memerhati Aariff dari jauh terus bergegas ke arah Aariff yang menunduk itu.
❝Aariff. Kau okay tak ni?❞ risau apabila melihat Aariff yang tunduk sambil mengurut pelipisnya. Aariff angkat wajah. Dahinya berkerut menahan sinaran matahari yang memancar kearahnya.
❝Aku okay. Rasa pening sikit je tapi kau jangan risau la❞ ujar Aariff sambil melemparkan senyuman hambar.
Taufiq pula masih menayangkan wajah risau apabila melihat Aariff yang pucat itu.
❝Kau tak okay ni. Tak payah la pergi. Bahaya pula lagi-lagi kau ni macam tak boleh nak berdiri sangat . Kau pergi rehat dalam office dulu. Apa-apa aku inform je kat kau❞ sambil tangannya mengusap bahu Aariff perlahan.
Aariff terus menggeleng. Dia malas nak berlama disini, kerana rindu akan Humaira. Jadi dia ingin lakukan semua kerjanya dengan segera, bolehlah dia balik awal.
❝Aku okay taufiq. Kau jangan risau❞ taufiq terus mendengus geram.
❝Kau tak okay ni! Boleh tak dengar cakap aku pergi rehat dalam office dulu. Nanti kalau kau better sikit, kau pergi lah jenguk sampai taknak turun pun. Kau pun bukannya boleh banyak bergerak, kena cahaya lagi ❞ suara taufiq meninggi. Geram dengan perangai Aariff tidak mahu mendengar kata.
Aariff mengeluh. Dia memejam mata apabila rasa kepalanya semakin berdenyut. Mungkin sinaran matahari yang terlalu panas dan juga sakitnya membuatkan dia tak mampu nak berdiri lagi.
❝Hmn yelah. Nanti apa-apa kau inform aku tau. Aku nak pergi rest kejap ❞ taufiq terus angguk. Lega hatinya apabila Aariff mendengar kata. Terus lengan Aariff disambar apabila melihat Aariff yang tidak berdaya untuk berjalan.
Taufiq memapah Aariff hingga masuk ke office. Diletakkan diatas katil bujang yang disediakan untuk berehat sekejap.
❝Kau tunggu sini kejap. Aku pergi ambil ubat kau dulu ❞ Aariff hanya angguk sahaja. Dia sudah tidak larat untuk mengeluarkan suara. Dia hanya fikir untuk beredar sahaja.
YOU ARE READING
Mi Amado
Romance❝ Siempre estarás en mi corazón ❞ Tak nak cakap banyak, cukuplah satu dunia tahu yang wanita itu satu-satunya kesayangan dia dunia akhirat. Cantik? Yes Comel? Absolutely Pandai? Of course Kalau nak puji tu rasanya tak habis kut. Tapi itulah kebenara...