❝Siempre estarás en mi corazón❞
🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾❝Cantik sangat ni kak qas. Memang ikut citarasa Maira la❞ ibu jari diangkat lalu thumb up dibuat.
Qasrina tergelak kecil .
❝Macam lah kak Qas tak tahu adik kak Qas ni suka design macam mana. Kamu tu dari kecil sampai besar duduk depan mata kak Qas sampai anak kak Qas yang sulung pun dah masuk form 1 ❞ ujar Qasrina bersama tawa.
❝Cakap pasal anak kak qas. Mana awish? Dia tak ikut sekali ke datang sini?❞ bibir dicebikkan. Rindu lah pulak dengan budak kecil tu.
❝Tak. Ada homework katanya nak settle. Malas lah kak Qas nak ganggu dia❞ Humaira hanya angguk. Kalau begitu katanya, nak buat macam mana lagi.
❝Insya Allah dalam masa 1 bulan lagi cafe Maira ni boleh beroperasi la. Kak Qas yakin cafe Maira ni akan meletup nanti tau ❞ ujar Qasrina teruja. Humaira pula senyum lebar.
Kata-kata Qasrina tadi sedikit sebanyak membuatkan dia teringat pada lelaki yang telah berjaya menambat hatinya.
Hailah, Aariff awak tak call saya lagi tau harini. Tahu tak saya rindu awak?
Hmmph.
Qasrina tersengih melihat gelagat Humaira yang termenung.
❝Termenung fikir pasal Aariff ke?❞ usik Qasrina. Humaira membulatkan Mata apabila mendengar kata-kata Qasrina.
❝Hei akak. Bila masa Maira teringat dia ha? Eh takde masa lah❞ canggah Humaira. Wajahnya sudah merah apabila Qasrina menyebut nama Aariff. Akak ni, Maira rindu Aariff lah.
Qasrina mencebik.
❝Eleh macam lah akak tak tahu. Tengok muka pun dah tahu la. Akak hempuk kang apa tak dapat❞ Humaira pula menjegil matanya.
Marah tapi suka! Ahak
Bunyi deringan telefon menyentakkan lamunan Humaira. Humaira mendengus apabila diganggu. Baru nak teringat Aariff yang kacak tu.
Dia mengeluarkan iPhone dari handbag. Seketika senyuman lebar terukir apabila melihat nama si pemanggil.
Baru je sebut dah call kita. Macam tahu-tahu je kita rindu dia. Ahak.
Jarinya menggesek ke kanan. Telefon ditekap pada telinga sambil tangan satu lagi lincah membelek katalog design milik kak Qasrina.
❝Hai aariff !❞ sapa Humaira teruja. Qasrina yang berada dihadapan dijeling. Sempat dia melihat wajah Qasrina yang tersenyum mengejek kearahnya. Humaira hanya menjulingkan mata keatas.
❝Err hai puan. Ni isteri kepada Tuan Aariff ke?❞ soal lelaki.
Humaira mengerutkan dahinya apabila telinganya diterpa dengan satu suara asing.
❝Erm siapa ni erk? Ni phone Aariff Kan?❞ soal Humaira inginkan kepastian.
❝Ye ni phone tuan aariff. Saya staff dalam syarikat tuan aariff. Saya call Puan sebab nama Puan duduk atas sekali dalam list call tuan. Jadi sebab itu saya call Puan. Puan ni isteri pada tuan Aariff ke? ❞ Humaira sudah tidak senang duduk.
❝Kenapa ye encik? Ada benda terjadi ke pada tuan awak? ❞ soal Humaira cemas. Wajahnya sudah berpeluh. Soalan last yang diajukan tadi tidak dibalas.
❝Macam ni puan. Saya sekarang berada dekat hospital johor. Saya call Puan nak bagutahu yang suami Puan berada dalam kritikal akibat kemalangan di site pagi tadi. Saya harap Puan boleh datang ye jenguk tuan aariff ❞ kata-kata dari lelaki itu membuatkan Humaira pucat lesi. Tangannya bergetar hebat menerima berita itu.
YOU ARE READING
Mi Amado
Lãng mạn❝ Siempre estarás en mi corazón ❞ Tak nak cakap banyak, cukuplah satu dunia tahu yang wanita itu satu-satunya kesayangan dia dunia akhirat. Cantik? Yes Comel? Absolutely Pandai? Of course Kalau nak puji tu rasanya tak habis kut. Tapi itulah kebenara...