❝Siempre estarás en mi corazón❞
🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾Wajah Humaira merah menahan tangisan. Sikit lagi nak menangis tapi dia kuatkan hati. Tangannya lincah menyapu antibiotic pada tempat luka. Bunyi desis daripada Aariff.
❝I told you aariff. Jangan nak berlawan dengan dia. Tengok sekarang, apa yang jadi. Nasib baik luka ringan, kalau awak tertikam macam mana?❞ ujar Humaira dengan suara kian perlahan. Risau betul dia pada aariff tadi. Rasa tak bernyawa.
Aarif tersenyum nipis. Sesekali dia mengerutkan wajah, menahan sakit sedikit.
❝dont worry sweetheart. Aku ni kena toreh sikit je sebab tak berhati. Takdenya sampai nak kena tikam bagai. Lelaki tadi pun dibawah pengaruh dadah so dia pun mana kuat sangat nak berlawan❞ ujar Aariff selamba.
Humaira berdecit. Matanya tajam menikam Aariff yang selamba itu.
❝Jangan risau awak cakap? Hei, sebab saya jugak tau. Kalau saya tarik awak lari dari sana mesti benda ni tak jadi❞
❝Takpe sayang. Aku okay. Janganlah risau sangat. Ni aku dah selamat dah kan. Lelaki tadi pun dah kena tangkap❞ pujuk Aariff lembut. Ingin sahaja dia menarik humaira kedalam pelukan untuk tenangkan wanita itu tapi dia tahu batas.
❝Hmm. Lain kali jangan nak buat berani sangat. Nanti jadi apa-apa, saya takut. Saya risau❞ ujar Humaira tanpa sedar.
Aariff jangan cakaplah, terus tersenyum lebar. Rasa nak beritahu satu dunia yang Maira risau akan dia.
❝ye sayang. Lain kali aku call polis terus. Tapi itulah, kalau tunggu polis sampai, rasanya dah kena bunuh dah aku❞ muncung Humaira sudah panjang. Tidak suka dengan apa yang Aariff bagitahu.
❝Taknak lah cakap macam itu. Awak ni...❞
❝Sayang risaukan aku ke? Do you love me already? Aku boleh je nak salam dengan Tok Kadi terus sekarang. Aku dah bersedia❞ ujar Aariff teruja. Humaira menjeling.
❝Mengada!❞ first aid dikemaskan. Lalu menapak kearah rak untuk menyimpan alatan itu.
❝Kenapa ni?❞ soal Huwainaa setelah sampai keruang tamu. Matanya melihat kearah balutan ditangan Aariff
❝kena toreh tadi dengan pisau❞ huwainaa menjongketkan kening .
❝Dah kenapa? Aariff gila ke nak main pisau bagai ni? ❞ soal huwainaa pelik.
❝Tadi ada penagih dadah serang aku dengan maira. So, takkan lah aku nak berdiam diri, aku pun lawan lah dengan dia❞ huwainaa angguk kecil.
❝Okay tak lagi tu❞ aariff hanya angguk.
❝Adik kau rawat aku. Takde sakitnya. Happy lagi adalah sebab dia risaukan aku padahal aku okay je❞ huwainaa tergelak kecil.
❝Gedik lah kau ni. Saja je ambil kesempatan kan nak suruh Maira rawat kau❞ Aariff tersenyum senget.
❝Aariff, kakngah, Maira jom makan. Ibu dah siap hidang ni❞ Laung Puan zurina .
❝Okay ibu!❞
🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾
❝Bila lagi nak datang sini, Aariff? Selalulah datang jenguk ibu dengan babah tau❞ ujar Puan Zurina sebak.
❝Insya Allah Aariff datang sini lagi. Ibu dengan babah pun tahu kan ada sebab utama lain Aariff datang sini selalu❞ ujar Aariff dengan senyuman manis.
Encik Fauzan menepuk bahu Aariff perlahan.
❝Kalau kamu dah ready, bagitahu babah. Babah boleh berbincang dengan Maira secara elok. Babah pun tahu yang Aariff boleh jaga anak babah. Ye?❞ Aariff angguk kecil.
❝Babah doakan semoga Maira boleh terima Aariff ye. Aariff betul-betul sayang maira. Tapi Aariff taknak paksa Maira selagi dia belum terima aariff. Insya Allah Aariff akan terus sayang dia sepenuh hati aariff❞ucap Aariff jujur. Puan Zurina tersenyum.
❝Kalau rasa rindu datang je sini. Rumah ni sentiasa terbuka untuk aariff. Ibu dengan babah dah anggap Aariff sebagai anak kami dah. Jangan ingat Aariff seorang je dekat dunia ni❞ aariff menunduk.
❝Babah..❞ encik Fauzan angkat kening.
❝Boleh Aariff nak peluk babah? Aariff rindu sangat pelukan dari seorang ayah. Aarif rindu ayah❞ ucap Aariff sebak. Matanya tunak memandang wajah encik Fauzan meminta izin.
❝Boleh nak, boleh. Meh anak babah❞ encik Fauzan mendepakan tangan. Terus Aariff memeluk badan encik Fauzan. Air mata dengan perlahan mengalir membasahi pipi.
Rindunya pada arwah ayah masih utuh walaupun sudah berbelas tahun ayah meninggalkan dia
❝Aariff rindu ayah, babah. Rindu sangat..❞ suara Aariff tersedu sedan menahan sebak. Puan Zurina mengesat matanya lalu tangan dibawa mengusap belakang Aariff perlahan.
❝Anggap je babah ayah aariff. Babah sayang Aariff macam anak babah sendiri. Aariff ingat tu❞ ucap encik Fauzan jujur. Puan Zurina angguk. Bersetuju dengan apa yang suami katakan.
Tangan encik Fauzan mengusap belakang Aariff. Memberi ketenangan.
Aariff meleraikkan pelukan. Tangannya mengusap wajahnya. Dia tersenyum kecil.
❝Terima kasih babah. Terima kasih ibu sebab terima Aariff macam anak sendiri. Aariff minta maaf sebab menangis tadi. Aariff cuma rindu mereka je. Rindu yang terlalu sakit.❞
❝Dah tak payah cakap macam tu ibu tak suka. Sekarang ni lap air mata tu tenangkan diri. Aariff nak balik jauh ni❞ Aariff angguk kecil.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata memandang mereka dengan mata yang merah.
❝Jap. Awak panggil ibu saya, ibu?
❝Lebih-lebih pula awak eh. Panggil ibu orang dengan panggilan ibu. Saya taknak kongsi ibu saya dengan orang lain!❞
Ya Allah, bersalahnya aku..
❝Aariff, balik lah sini balik. Saya izinkan untuk jumpa ibu dengan babah..❞ hanya mampu terluah dalam hati.
Rindu yang tiada penghujung buat orang yang sudah tiada..
❝Te amo con todo mi corazon❞
YOU ARE READING
Mi Amado
Romance❝ Siempre estarás en mi corazón ❞ Tak nak cakap banyak, cukuplah satu dunia tahu yang wanita itu satu-satunya kesayangan dia dunia akhirat. Cantik? Yes Comel? Absolutely Pandai? Of course Kalau nak puji tu rasanya tak habis kut. Tapi itulah kebenara...