❝Siempre estarás en mi corazón❞
🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾❝Thanks sayang. Susahkan kau je tolong belikan semua ni. Sorry kalau susahkan kau❞ ujar Aariff setelah selesai menghabiskan makanan.
Humaira pula sibuk dengan bungkusan yang sudah habis makanan. Dia menoleh seketika ke wajah aariff.
❝Takde apala. Tak susahkan pun. Saya ikhlas jaga awak. So jangan fikir yang awak susahkan saya❞ langkahnya diatur ke arah tong sampah yang disediakan. Kemudian bergerak semula kearah katil Aariff. Dia menuang sedikit air kedalam cawan lalu diteguk perlahan.
Cawan yang kosong diletakkan semula diatas meja kecil. Matanya dibawa kearah aariff yang tunak memandang dirinya.
❝Erm awak ada nak apa-apa lagi?❞ soal humaira. Dia sebenarnya tidak selesa dengan pandangan Aariff terhadapnya. Dahlah sekarang hanya mereka berdua sahaja.
❝Aku nak pergi toilet. Nak mandi terus. Tapi..❞ Humaira menaikkan kening sebelah
❝Tapi?❞
❝Tapi aku susah nak bangun. Kena ada orang tolong pegang aku kejap. Hm❞ Humaira mengemam bibir.
Okay ni masalah betul. Macam mana eh? Takkan lah dia nak pegang Aariff pulak. Haram.
Along pula satu. Mana dia ni? Takkan tak sampai lagi. Tadi cakap dah nak sampai johor. Haih!
Masa nak guna perkhidmatan dia lah dia takde masa ni.
Mata kembali memandang Aariff.
❝Awak terdesak sangat ke nak masuk toilet?❞
❝Takde lah terdesak sangat. Kenapa?❞
❝Kalau tunggu along dulu boleh tak? Saya bukan taknak tolong cuma keadaan tak memgizinkan. Nanti berdosa pulak kalau saya pegang awak❞ ujar Humaira perlahan. Hati-hati dia menutur, takut Aariff terasa.
Aariff tersenyum.
❝Boleh je sayang. Huzair lambat lagi ke nak sampai?❞
❝Tadi saya call dia masa tengah beratur nak beli dekat cafe. Dia cakap dah sampai johor dah. Entah lah kenapa belum sampai lagi❞ Aariff hanya angguk.
Diam sejenak. Humaira dengan telefonnya manakala Aariff dengan pandangannya terhadap wajah Humaira.
❝Erm maira..❞ panggil Aariff perlahan.
❝Ye?❞
❝Pasal lamaran tadi..❞ dengar sahaja, terus Humaira berdebar. Sungguh dia tak sangka yang Aariff masih lagi dengan lamaran yang terhenti tadi.
Huamira tunak memandang wajah penuh harapan aariff. Entah kenapa susah sangat dia nak alihkan pandangan kearah lain.
❝Kau terima ke?❞ wajah penuh harapan dilemparkan pada humaira. Mengharap humaira nampak kesungguhannya dalam lamaran itu. Betul dia tak main-main masa lamaran itu. Memang ikhlas dari hati.
Aariff ingin buatkan humaira tahu perasaan dia terhadap wanita itu.
Humaira mengetap bibir. Pandangannya dilarikan ke segenap ruang bilik. Tidak mampu nak bermain mata dengan aariff.
❝Aku nak minta maaf kalau kau rasa tak selesa dengan lamaran aku. Cuma aku nak suruh kau tahu perasaan aku pada kau bukan main-main sayang. Aku betul-betul sayang kau. First time aku nampak kau, terus aku rasa yang aku memang suka kau, mi amado. For the first time aku rasa macam tak tenang kalau tak tengok muka kau dalam sehari. Sampaikan aku sanggup cuti and stay rumah kau sampai rindu aku terubat walaupun sikit❞ luah aariff. Harini dia nak suruh Humaira tahu perasaannya.
YOU ARE READING
Mi Amado
Romance❝ Siempre estarás en mi corazón ❞ Tak nak cakap banyak, cukuplah satu dunia tahu yang wanita itu satu-satunya kesayangan dia dunia akhirat. Cantik? Yes Comel? Absolutely Pandai? Of course Kalau nak puji tu rasanya tak habis kut. Tapi itulah kebenara...