𝓜𝓲 𝓐𝓶𝓪𝓭𝓸 4

7 1 0
                                    

    ❝Siempre estarás en mi corazón❞
                  
                   🅼🅸 🅰🅼🅰🅳🅾

❝Besar jugak cafe kau ni, mi amado. Ni confirm terkenal satu Malaysia kalau cafe kau meletup❞ ujar Aariff setelah mereka sudah sampai dihadapan cafe milik humaira.

Humaira tersenyum lebar. Suka dengan kata-kata aariff mengenai cafenya.

❝Awak doakanlah cafe ni biar terkenal. Susah tau tak nak dapat cafe ni. Harga dah lah mahal❞ luah Humaira.

❝Kalau macam itu, kau kena letak harga makanan kau tu biarlah padan dengan harga kau beli cafe ni❞ Humaira berfikir sejenak.

❝Nanti saya tengok. Susah jugak nak bajet sebab belum fikir lagi nak jual apa dekat sini❞ Aariff angguk.

❝Eh jomlah masuk. Saya nak jumpa dengan orang yang akan bantu saya hias cafe ni jap❞ Humaira dan Aariff keluar. Mereka melangkah kearah cafe yang besar itu.

Masuk sahaja, mata Humaira meliar mencari keberadaan orang itu. Seketika dia tersenyum. Bahu orang itu ditepuk lembut membuatkan mereka berpaling.

❝Eh humaira. Sampai pun!❞ ujar Qasrina beserta senyuman manis. Humaira tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru.

❝Hehe sorry kak Qas. Along takde dekat rumah. Dia keluar kejap. Itu yang tumpang kawan maira. Hihi❞ Mata Qasrina merenung orang disebelah humaira.

❝Ni siapa Maira? Taknak kenalkan ke?❞ soal Qasrina beserta senyuman mengusik.

❝Tunang Humaira❞

❝Kawan Maira❞

Humaira memandang wajah Aariff dari sisi. Wajahnya berkerut mendengar jawapan yang keluar dari mulut aariff. Apakah?

Qasrina mengerutkan dahi. Sorang cakap tunang, sorang cakap kawan. Melihat wajah lelaki yang selamba itu, membuatkan dia faham. Dia menarik senyuman mengusik lalu memandang wajah Humaira yang merah itu.

❝Laju maira buat kerja. Tak cakap pun Maira dah tunang. Sampai hati buat macam tu dekat akak❞ suara sengaja diperlahankan. Saja mahu mengusik budak comel ni!

Humaira membulatkan mata. Dia memandang wajah qasrina. Takkanlah kak Qas pun percaya cakap mamat tak betul ni?

❝Kak Qas! Tak payah nak dengar sangat cakap mamat sewel ni! Dia bukan tunang maira. Maira masih muda lagi, nak enjoy hidup single lagi. Takde masa lah nak tunang-tunang bagai, lagi-lagi dengan lelaki sebelah Maira ni. No way!❞ lantang Humaira membalas. Tidak dihiraukan pandangan daripada Aariff.

Qasrina tergelak. Dia memandang Humaira dan Aariff silih ganti. Sepadan lah pulak!

❝Apa salahnya. Kak Qas tengok pun memang sepadan korang berdua. Sorang cantik, sorang handsome. Ish ni kalau dapat anak, confirm ramai rebut sebab cantik dengan handsome❞ usik Qasrina lagi. 

Wajah Humaira sudah merah menahan malu apabila diusik begitu.

❝Betul tu kak. Pandai akak baca fikiran saya. Nanti saya belanja akak makan❞ sempat dikenyitkan mata pada Humaira apabila melihat wajah itu merenung tajam wajah miliknya.

Lengan berlapik milik Aariff ditampar kuat. Tidak kisah kalau Aariff sakit sekalipun. Humaira malu sangat apabila diusik begitu. Bukan suka tapi tak suka!

❝Tak payah mengarut sangat aariff. Saya tendang awak kan!❞ ujar Humaira dengan suara garang.

❝Wow garang. I like. Rawrr❞ Jawab Aariff dengan tangan dibuat seperti mencakar. Humaira meluat. Dia terus menarik tangan kak Qasrina untuk berbincang. Qasrina pula tak habis gelakkan dia.

Mi  AmadoWhere stories live. Discover now