"Setiap memori itu bagaikan air,
air yang tidak berada di dalam bekas akan terus mengalir dan menjauh,"
PERINGATAN: Babak ini mungkin akan 'trigger' anda yang membaca secara emosional. Baca atas risiko anda sendiri. Saya dah ingatkan!
WAKTU dhuha, waktu biasa orang sibuk bekerja. Tapi aku hanya mampu memandang langit biru melalui jendela terletak di tepi katil. Rambutku ditolak ke belakang.
"Ya Allah,kenapa? Kenapa perasaan aku sedih, tapi aku tak tahu kenapa...sakitnya..." mata aku bergenang.
Jiwa aku...terasa kosong. Minda aku juga kosong tanpa fikiran. Kosong yang tiada jawapan. Satu perkara paling ditakuti oleh setiap manusia. Nafas diri aku menjadi lebih kencang.
Baru sahaja aku ingin mengalirkan air yang bertakung di mata, sekelip mata perasaan sedih itu hilang saat aku melihat cermin di hadapan katil, bayangan wajah yang kabur di belakang tubuh aku menghapus segala rasionaliti dalam diri aku.
Benci! BEnci! benci! BenCi! benci! BEnCi! BeENCi!! BENCI!!! BENCI!!!!
Barang berdekatan aku ditolak jatuh lantas semuanya berderai pecah. Waktu itu satu ayat berdesup laju melintasi fikiran aku.
SEMUA TU TAK PERNAH BERLAKU!
Ya...tak pernah...ya betul memang tak pernah....
Makin hari melanjut, makin aku lupa. Makin diri aku menjadi orang yang dikatakan 'normal' di pandangan orang ramai.
Langsung terlupa rasa sedih tadi dan minda aku mula fokus perkara yang lain. Perkara yang lebih perlu dikisahkan. Semuanya kerana aku mahu mengelak realiti. Di situ, pergerakan mataku tertumpu hanya pada satu objek.
Lensa kamera, objek yang dijadikan pengubat hati aku.
Lalu perasaan tadi itu... biarpun berkecamuk semuanya hilang begitu sahaja. Parut yang lama dipendam, langsung dilupakan dan dibenam.
@@@
TAHUN 2023,
Naratif Mayaa;
"Ini berapa ringgit satu kak?" Aku menunjukkan pada satu manisan di sebalik bekas kaca.
"Satu tu dalam 5 ringgit," aku terus terdiam. Donut 5 ringgit? Sejak bila mahal macam ni? Zaman dulu donat 50 sen je.
Aku melihat dompet aku dan hanya lalat saja keluar. Kering! Selamat tinggal donat, anda sudah tidak berstatus marhain lagi seperti 10 tahun lalu. Aku dahlah hidup bukan sebatang kara. Ada orang yang perlu di sara. Termenung aku seketika.
Maka keesokan harinya, aku membuat keputusan untuk pergi memohon kerja sebagai jurugambar produksi yang ada dalam Malaysia ni.
"Terima kasih bang, apa-apa tolonglah contact saya," ujarku saat keluar dari bangunan lot studio gambar. Kalau kau tanya aku dah berapa lama aku jadi jurugambar, mungkin dekat 9 tahun? Sejak aku sekolah menengah rasanya.
Sementara menunggu keputusan produksi-produksi tu rendam dan minum 'curriculum vitae' dan portfolio kerja aku, aku bercadang untuk tidak membuang masa dan terus membuat trend video TikTok.
Trend yang aku nak ikuti adalah video tangkap gambar orang awam dan hadiahkan polaroid tu. 'Street Photographer Trend' . Cari saja, nanti keluar dekat TikTok banyak.
Dengan itulah pilihan lokasi Pavillion Bukit Bintang ditetapkan sebagai tempat rakaman aku, sebab tempatnya ramai orang. Sesuai untuk aku yang baru mencari mangsa buruan.
YOU ARE READING
Love Lens [ON GOING]
Mystery / ThrillerKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend TikTok. Sebagai jurugambar, aku memang selalu ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang masuk dengan tr...
![Love Lens [ON GOING]](https://img.wattpad.com/cover/351068704-64-k518920.jpg)